 |
| Gambar Hiasan |
Seminggu kami di uji dengan ketiadaan bekalan air.
Setiap orang disarankan untuk menyimpan sekurang-kurangnya sebaldi air dari tangki sementara yang di sediakan oleh Syarikat Air Melaka untuk kegunaan sendiri.
Saya keseronokan saat membaca pengumuman itu. Sebelum ini saya butuh benar melihat telatah manusia disaat-saat sukar.
Yang bertaring akan menunjukkan taringnya, yang berbelang dengan belangnya, yang bertanduk mungkin akan menggilap tanduknya.
Yang berkopiah berjubah boleh terdedah, yang telanjang jadi berselendang. Boleh jadi.
Saya sememangnya mengidamkan transformasi mereka. Bentuk apakah mereka akan berubah? Mungkinkah seperti dalam filem Transformers ?
Kesannya surau menjadi sunyi, pembesar suara kebisuan, subuhnya hening sekali.