Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

Showing posts with label Liku. Show all posts
Showing posts with label Liku. Show all posts

April 14, 2011

Betulkan yang Biasa, Biasakan yang Betul

Gambar Hiasan
Sekumpulan kanak-kanak memanjat mercu tanda berbentuk separa bulat itu, memegang kuat, mengira sehingga tiga, sebelum menggelongsor ke bawah dan ketawa gembira.

Di kejauhan, kelihatan keputihan kopiah di bawah khemah. Kerusi yang tersusun itu masih banyak rongganya.

Empat buah khemah putih terpasak teguh memayungi hadirin di hadapan pentas Dataran Keris, Alor Gajah itu.

Kami mengikut selera Azam, mahukan lokasi yang menghadap terus ke hadapan pentas. “Kalau tak, tak puas doe.” ujarnya.

Ringan di Badan, Berat di Mizan. Demikian tajuk perbahasan.

March 29, 2011

Inilah Tarikhnya, Inilah Waktunya

Gambar Hiasan
Kerisauan menyengat. Rasa cemas mendepani pemikiran. Ombak debaran  gulung gemulung menghempas tebing hatinya. Peluh dingin berputik, bercantum sesama sendiri sebelum menuruni wajah menuju ke bucu dagu.
“ Berdoalah agar anak yang bakal lahir itu adalah lelaki. Kekanda memerlukan seorang putera untuk menerajui kerajaan ini.” ujar sultan itu perlahan seakan berbisik kepada Panglima Tharhan, adindanya. Dia juga turut sama berkongsi kerisauan, namun pasti saja tidak sekencang debaran seorang bapa di dadanya.
“ Bagaimana jika anak itu perempuan? ”
Kata-kata adindanya itu langsung tidak membantu dalam menenangkan naluri kebapaannya, namun berhasil memberikan buah fikiran kepada Sultan Murad untuk menemukan jalan mendapatkan ketenangan.

March 11, 2011

Sihat Menjana Ligat

Gambar Hiasan
“ Siapa antara kamu yang bersenam pagi ni? ” soal Pak Anjang prihatin pada slot selepas sarapan pagi itu. Senyum dewasanya terukir riang.
Tiada reaksi positif. Yang ada hanyalah culaan mengenakan rakan dan gelak-gelak kecil.
“ Ada sesiapa?”
Suasana masih seperti tadi.
Tiada tangan yang di angkat, dengan mulut masih berbisik sesama sendiri, sesetengahnya masih melayan rasa mengantuk.
“ MACAMANA BOLEH TAK ADA ??! ”

March 8, 2011

Aduhh, Kenapa Ni ???

Gambar Hiasan
“ Kenapa rasa ingin mencari pasangan ini begitu kuat ?
“ Berombak ganas nampaknya syahwat ni. Semakin kerap pula rasanya.
“Aku memang perlukan pasangan.
“ Adakah semua lelaki yang berusia hampir 21 tahun merasakan gelojak jiwa yang sama ?
“ Bagaimana mereka menghadapinya ??

March 3, 2011

Dendam Sampai Jahannam

Gambar Hiasan
“ Tapi aku belum solat. Lagipun sekarang dah pukul sembilan lebih. Kedai tutup pukul sepuluh. Mana nak sempat…”
“ Kau nak ke tak nak ??”
“ Kalau kau tak nak, kau pergi balik bilik, pergi tidur !” Arah Ariff.
“ Err, nak…”
“ Kalau kau nak, kau pergi pakai baju, start motor, pergi kedai depan. Setel.”
“ Esok kau meniaga.”
Tersentak.

Dikejutkan oleh rakan yang jelas lintang pukang solatnya? Sungguh mengujakan.


February 27, 2011

Banyak Janji, Berapa di Tepati ?

Klik untuk ke web rasmi KEMM 1511
“ Takpelah kalau tak dapat datang. Aku cadang nak pergi, insyaAllah. Nanti aku gitau apa yang aku dapat dari konvensyen tu. ”

Dengan pernyataan itu saya menutup perbualan dengan saudara saya mengenai Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka.


Hamba punya esa, Tuan punya kuasa.

Manusia merencana, Tuhan melaksana.

Tanggal 29 Januari tersebut saya tersangkut di sebuah perkampungan usahawan di utara tanah air sekaligus menggagalkan rancangan saya untuk menghadiri konvensyen istimewa tersebut.

Kecil Lidah, Besar Hidayah

Gambar Hiasan
“ *Daeng Daus, awak tak nak pergi masjid ke?” soal bocah kecil itu kepada saya saat dia mendengar laungan keramat dari masjid berhampiran, namun hairan dengan saya yang masih duduk terpaku. 
“ Nak, nak. Kejap, sikit lagi. Awak dah ambik wudhuk ke? Pergi ambik dulu,” soal saya terpinga-pinga mencari alasan menyembunyikan rasa malu.
Melirikkan semula pandangan kepada komputer riba, senyuman gembira kebanggaan saya ukirkan, di sambut dengan pujian kepada Tuhan atas kurniaan kesedaran dari kanak-kanak sekecil itu. Hamdulillah.

February 24, 2011

Patah Yang Tak Bisa Tumbuh Semula

Gambar Hiasan
Terasa bagaikan dicabut nikmat berbicara.

Hidup sekitar sepuluh minit, sebelum mati penuh tragis tanpa sebarang wasiat.

Dengan tengkuknya yang langsung patah; sentiasa memerlukan sokongan untuk mendongak.

Sunyi sebentar entri di blog dek penyakit ini.

Komputer riba yang juga lisan kedua saya; ASUS FXGL 59 Series telah rosak teruk. Status terkini : koma.

February 23, 2011

Langkah Tari Yang Diberkati

Gambar Hiasan
Sana sini terdengar bisikan serong terhadap kami.

Ustaz ustazah memulaukan kami.

Sepanjang minggu kami hanya berguru dengan rakan-rakan.

Mengapa?

Puas kami berbincang mengenainya, namun jawapan sebenar masih belum puas menyembunyikan diri.

Angin lalu menyampaikan berita kononnya kempen memboikot saya dan beberapa rakan pelajar tingkatan empat kelas aliran sains agama itu adalah disebabkan oleh tindakan kami yang menjadi penari tarian zapin pada sambutan hari kemerdekaan yang ke-49 tempoh hari.

February 20, 2011

Hanya Seperti Suasa

Gambar Hiasan
Tandus lapangan selera jasadku ,
Lunak gembira, mengudang duka
Aku berjalan, melilau pandangan, menambah hina,
Ingin tersedu, tuli hatiku, butanya dia, kelu tuturnya
Kami berjumpa, mereka ketawa, aku melara,
Dengkur kerap, iman berkurap
Ujian datang aku kecundang
Masa terluang sering ku buang
Cinta membuak, tak kenal muak
Menguis perhatian, mencoret catatan, duka ku simpan

January 29, 2011

Tiada Lampu Merah Untuknya

“ Kau sekarang ni asyik bukak laptop je dalam kelas ea?” tegur Nor memulakan perbualan.
“ Takpelah, bukannya aku tak tumpukan perhatian. Aku cuma bukak je, untuk tunggu download siap.” Saya berhujah mempertahankan diri.
“ Memanglah, tapi kan lecturer mengajar kat depan tu. Dahlah kau duduk depan sekali, apa pula kata lecturer tu nanti.”
“ Mmmmmm. Ha’ah la. Betul jugak kau cakap. Tak beradab kan? ”
Soalan itu hanya dijawab dengan anggukan ringkas dan kening yang diangkat berulang-ulang.
Dalam memahami ertinya tarbiyyah(pendidikan), perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah kesediaan untuk menerima pendidikan itu sendiri.

Hakikatnya muslim bukanlah golongan yang hanya belajar apabila pergi ke kelas atau kuliah.

Mendapatkan ilmu pada waktu-waktu tersebut sudah menjadi ketetapan.

Jadi, daripada menunggu peluang untuk mendapatkan ilmu, mengapa tidak kita cipta peluang tersebut?

January 21, 2011

Kan Dah Hilang !


" Tiada bicara , Tiada kata-kata
Terurai sudah patri janji
Manis madah senyum tawa persona
Terpadam satu dunia dari lubuk jiwa."

Berkali-kali lagu itu berulang sebagai mengingatkan saya supaya bangkit dari tidur. Supaya saya bergegas mencari redha Illahi di hening malam. 

Jejari malas ini kemudiannya menggapai mouse, menghentikan penggera tersebut, dan meraikannya dengan mencari posisi yang lebih selesa untuk meneruskan dengkuran.

Semangat untuk bangun biasanya hanya muncul setelah hampir tiga puluh minit kelas bermula. Atau kerana ingin ke tandas. Atau kerana mesej, mencari selimut, assignment yang terbengkalai, atau memperbetulkan kipas. 

Bangkit kerana telah terdesak. Kerana tak tahan. BUKAN KERANA CINTA KEPADA SANG TUHAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...