Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

Showing posts with label Suara. Show all posts
Showing posts with label Suara. Show all posts

November 7, 2013

Deadly Weapon

 
"Ni lagu aku mase bercinta dulu," Ujar Halim.
 
Aku  memandang kepada skrin. Lagu duet jiwang 90-an oleh KRU dan Elite rupanya, lalu tersenyum. Dia sukakan lagu techno. Paling digemarinya adalah lagu2 Ne-Yo kerana Ne-Yo itu jogetnya cantik dn teratur.
 
"Lagu ni membentuk generasi rupanya kan?" aku menambah.
 

November 29, 2011

Ansar Muhajirin - Muadz, Akbar, Dak Nie

Hati sudah tertawan sejak pertama kali mendengarkan lagu ini. Liriknya, suaranya, intonasinya. Benar-benar menggamit. Tapi hanya selepas beberapa lama, barulah Allah mengizinkan saya untuk memilikinya sendiri.

Dengarlah. Telitilah. Carilah makna darinya.


Nabi dan Asma’ beriringan dalam bahasa yang sama
Melihat ke depan dengan pandangan tulus
Memandang ke belakang dengan fikiran dan pasir yang jerlus
Melingkari kerajaan hati dalam keadaan yang sangat lurus
Menjelma rasa sedih yang amat
Tanah yang menemukan anak dan isteri ditinggalkan…
Al Mukarramah…
Pasti suatu hari nanti akan kembali membawa kejayaan…
Insya Allah… 

May 23, 2011

Perang Dah Tamat ~ Malique feat Rabbani

Harakah AlMuqowwamah Al- Islamiyyah (HAMAS)
“ Lepas ni kita nak buat apa?.. Eh susahnya nak cari parking kat sini. Aku rasa Fauzi tu dah silap jalan laa..Lepas ni kau teman aku pergi buat lesen ea? Tak ingat aku lesen dah mati. Kalau..” 
“ Diam ! Sorry la, tapi aku nak dengar lirik dia…”. Tangan ini mencari butang pengawal tahap isipadu suara. 
Amri diam. Saya pula meneruskan perkara yang hampir mustahil itu; cuba mencari faham dari suara radio yang tenggelam dek kebisingan kota. 

April 30, 2011

Permata Hijjaz 1431 H

Gambar Hiasan
“ Tak sedap pun..kau memang takde taste ! ” kata Razi ketika saya menyajikan lagu-lagu baru yang menjadi penghuni baru koleksi external Seagate itu.
Beberapa hari kemudian, dia datang ke bilik saya.
“ Wey, tadi pagi aku ada dengar lagu best dari bilik kau. Bagi aku..”
“ Mana ada, lagu aku kan semuanya tak best. Aku kan memang takde taste. Semua lagu orang mati...”
“ Hahaha. Ada satu lagu tu. Aku ada dengar pagi tadi. Mana? Cepat bukak..”

April 6, 2011

Azimat Ibunda ~ FAReAST

Gambar Hiasan
Siling putih kosong itu di pandang dengan pandangan kosong. Mengagau-gagau tangan mencari tetikus buat mematikan penggera yang berdentang seperti yang ditetapkan.

Sesekali menjeling ke arah jam di desktop.

5.13 minit pagi.

“ Malasnyaaa nak bangun..”. Kemahuan itu di turuti, mengakibatkan hampir jam tujuh barulah subuh berjaya ditunaikan.

March 31, 2011

Perjalanan ~ Se7endays

“ Lagu apa tu? Macam lagu orang mati je…”
“ Lagu orang mati kau kata? ba….. ”. Saya terdiam. Mulanya terlintas untuk mengutuk. Nyaris saja melanggar azam usia 21 ini. Huh!
Kutukan itu akhirnya berganti dengan tawa. Jadi kami menghadap set nasi minyak percuma itu dengan butiran nasi yang terpelanting keluar dari sempadan bibir.

Saya menyokong sedikit pendapat rakan serumah; lagu yang saya pasangkan itu sememangnya suram. Namun hati ini mendesaknya mahukannya.

March 22, 2011

Terima Kasih ~ Vagetoz

Gambar Hiasan
Tiba-tiba terkesan dengan liriknya. Mungkin kerana sudah lama tidak cuba mencari erti pada syukur yang sering diucapkan.

Dahulunya sering saja mengucap terima kasih atas kurniaan dengan bahasa ibunda.

Pohon keegoan itu menjalar kukuh pada akarnya tanpa saya sadari. Mungkin kerana tiada faham pada kata yang terucap.

Syukurlah, Kau bangkitkan aku semula dari lenaku; dengan lagu ini.


March 13, 2011

Rapuh ~ Opick

Gambar Hiasan
Bukak tv3 sekarang. Ada lagu Opick kat cerekerama tu. Nanti bagi kat aku.”
“ Ooo, kau. Dulu kutuk aku bukan main lagi sebab aku suka lagu Opick. Kata aku villagers la, itulah , inilah. Jangan harap aku nak bagi. ”
“ Haha. Alaa, bukak ajelah.”
Beberapa minit peti mesej kami tidak sunyi menyambut mesej baru yang datang.

Keinginan untuk tahu yang kuat menggagahkan saya untuk menempuh jalan cerita yang hambar dan boleh dijangka, kualiti lakonan dan dialog yang tidak memuaskan langsung pada cerekerama malam itu.

March 7, 2011

Tanya Sama Itu Hud-Hud ~ M.Nasir

Gambar Hiasan
Ruh perjuangan kini beralih pada semangat Melayu islam.

Maka, lagu-lagu yang benar-benar bersifat kemelayuan saya kejarkan.

Bunyi seruling, rebana dan gendang apabila bercampur dengan bahasa Melayu yang indah, memang mengasyikkan.

Darah kemelayuan ini mengalir deras saat mendengarnya, walau saya hanya Melayu pada bangsa, dan bukan keturunan.

Sifu industri muzik tanah air ini saya tabik.

March 3, 2011

Berubah ~ EdCoustic

Gambar Hiasan
Telinga ini sudah ingin bertukar selera pendengarannya.

Meski sukar mencari pengganti, namun lagu Opick, Mestica, dan beberapa lagi lagu yang biasa menjadi peneman sunyi kini sudah tidak begitu terkesan pada emosi hati.

Menggitari panel kekunci komputer riba, saya akhirnya menemukan keputusan untuk memuat turun sebilangan lagu yang akhirnya menjadi peneman setia sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Liriknya manis dan ringkas.

Dengarkan.

February 25, 2011

Pemuda Palestina ~ Ed Coustic

Gambar Hiasan
Sengaja meletakkan entri(lagu) ini sebagai mengingati Palestin.

Kumpulan ini berkonsepkan nasyid balada pop. Sesuai buat mereka yang tidak gemarkan muzik head bangging atau trash metal.

Liriknya membayangkan bahawa anda adalah pemuda/pemudi palestin yang sedang meluahkan rasa kepada si b*ngsat yahudi zionis; jika anda hayatinya.

Moga ada hidayah yang anda dapatkan darinya. Ameen.

February 16, 2011

Gerimis ~ FAReAST

Gambar Hiasan

Lagu ini saya dedikasikan buat Nabi saw juga ruh Muhammad Syafiq Kusnin yang baru sahaja kembali kepangkuan Allahnya pada tarikh pengunduran rejim Hosni Mubarak, petang 11 Februari 2011, sehari sebelum genap 60 tahun tarikh kesyahidan murabbi kami, al- Syahid al-Imam Hassan al-Banna. Moga kubur mereka adalah salah sebuah taman syurga. Allaahuakbar.


Tika Terkuak Jendela Hari 
Fajar Belum Pun Menyisih Lagi 
Tercari-Cari Kemana Pergi
Dia Yang Pernah Menemani Disisi


February 11, 2011

Hidup Hanya Sementara ~ Vagetoz


Gambar Hiasan
Klik untuk dengar/ muat turun
Hidup di dunia hanyalah sementara
Jangan sampai kita semua terlena

Coba kau renungkan arti hidup ini
Tiada lain untuk beribadah padaNya



February 8, 2011

Setelah Aku di Paling ~ Rast

Gambar Hiasan
Klik untuk dengar/ muat turun
Meski lama, lagu ini selalu baru dalam membawa saya kembali berpijak di lapangan kebenaran. Mengingatkan mengenai kewaspadaan terhadap hakikat harta juga perkara yang fana. Hayatilah.

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu


February 6, 2011

Rindu ~ Hijjaz

Gambar Hiasan

Walau lagu ini dikategorikan lagu nasyid klasik, yang mana pendengar akan segera menukar ke lagu lain tika terdengar intro lagu ini berkumandang, namun pada saya lagu ini tetap berguna sebagai skala iman.

Lagu ini menerangkan perihal keinginan iman manusia pada setiap peringkat, dari selemah-lemah iman hingga ke setinggi-tinginya. 

Apa iman keinginan manusia biasa, apa keinginan manusia yang punya fikrah, apa keinginan manusia yang punya taqwa, apa keinginan manusia yang punya hidayah, insyaAllah boleh difahami pada lagu ini.

Koreksi tahap iman dalam dada, agar langkah tersusun penuh makna.

Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu

Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan

Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya

Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia

February 3, 2011

PadaMu Ya Allah ~ Vagetoz

Gambar Hiasan
Klik untuk dengar/ muat turun
PadaMu ya Allah
Tempat kami memohon
AmpunanMu dari segala dosa
Yang pernah kami perbuat

Dan hanya padaMu Allah
Tempat kami berlindung
Dari siksa api nerakaMu
Sungguh kami takkan sanggup

Godaan selalu datang silih berganti
Seakan membawa ke arah nafsu dunia
Bimbinglah serta kuatkanlah iman kami
Ku mohon padaMu, ya Allah


February 1, 2011

Aman ~ FAReAST

Gambar Hiasan
Klik untuk dengar/ muat turun
Persaudaraan lesu, kasih sayang kelabu
Yang dulu ramainya kita miliki bersama
Ke mana hilangnya hidup yang bahagia
Kelembutan dalam bermesra
Kemanisan dalam bicara
Seni pekerti insan dunia
Si kecil kini merana yang tua rasa sengsara
Dalam sedar atau lena tiada hidup bersama

January 30, 2011

Ilmu ~ Hijjaz

Gambar Hiasan

Ilmu ibarat penyuluh kegelapan
Menerangi segenap ruang belajar beramal
Mencari bekal perjalanan panjang
Hilangkan resah singkir kegusaran
Bina peradaban garapkan kemajuan
Berpengetahuan dan berilmu cerdik pandai

January 28, 2011

Doa ~ Matta


Lirik :
Bertemu doa lagi berteman suka duka hati
Bisikan nurani
Tatkala hidup terasa resah dan disaat hati gelisah
Baru ku sadari

Ku renungi penuh rasa
Ku minta hati dekatkan diri
Pada Yang Kuasa
Ku sadari semua ini
Dan ku cuba untuk mengerti jalan hidup ini

January 26, 2011

Satu ~ Tan Sri SM Salim + Zainal Abidin


Lirik:
Bila ku dengar
Irama lagu yang satu
Hati bertambah sayu
Terkenang kampung halamanku

Nah ! Di sini ku berdiri
Kau akan melalui
Ku pernah merasai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...