Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

February 25, 2011

Pemuda Palestina ~ Ed Coustic

Gambar Hiasan
Sengaja meletakkan entri(lagu) ini sebagai mengingati Palestin.

Kumpulan ini berkonsepkan nasyid balada pop. Sesuai buat mereka yang tidak gemarkan muzik head bangging atau trash metal.

Liriknya membayangkan bahawa anda adalah pemuda/pemudi palestin yang sedang meluahkan rasa kepada si b*ngsat yahudi zionis; jika anda hayatinya.

Moga ada hidayah yang anda dapatkan darinya. Ameen.

February 24, 2011

Patah Yang Tak Bisa Tumbuh Semula

Gambar Hiasan
Terasa bagaikan dicabut nikmat berbicara.

Hidup sekitar sepuluh minit, sebelum mati penuh tragis tanpa sebarang wasiat.

Dengan tengkuknya yang langsung patah; sentiasa memerlukan sokongan untuk mendongak.

Sunyi sebentar entri di blog dek penyakit ini.

Komputer riba yang juga lisan kedua saya; ASUS FXGL 59 Series telah rosak teruk. Status terkini : koma.

February 23, 2011

Langkah Tari Yang Diberkati

Gambar Hiasan
Sana sini terdengar bisikan serong terhadap kami.

Ustaz ustazah memulaukan kami.

Sepanjang minggu kami hanya berguru dengan rakan-rakan.

Mengapa?

Puas kami berbincang mengenainya, namun jawapan sebenar masih belum puas menyembunyikan diri.

Angin lalu menyampaikan berita kononnya kempen memboikot saya dan beberapa rakan pelajar tingkatan empat kelas aliran sains agama itu adalah disebabkan oleh tindakan kami yang menjadi penari tarian zapin pada sambutan hari kemerdekaan yang ke-49 tempoh hari.

February 20, 2011

Hanya Seperti Suasa

Gambar Hiasan
Tandus lapangan selera jasadku ,
Lunak gembira, mengudang duka
Aku berjalan, melilau pandangan, menambah hina,
Ingin tersedu, tuli hatiku, butanya dia, kelu tuturnya
Kami berjumpa, mereka ketawa, aku melara,
Dengkur kerap, iman berkurap
Ujian datang aku kecundang
Masa terluang sering ku buang
Cinta membuak, tak kenal muak
Menguis perhatian, mencoret catatan, duka ku simpan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...