Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

February 16, 2014

Ahaa, Giliran Sudah Tiba!


Lagi penyembelihan muslim secara terang-terangan. Kali ini di Afrika Tengah oleh penganut agama Salibi. Juga pembulian di Myanmar oleh kerajaannya. Selatan Thai yang bergolak semula. Syria, Mesir, Afghantistan, Palestin, Iran masih berterusan. Bosnia, Libya, Iraq masih berbaki.

Datanglah pemimpin2 dunia islam yang akan bersidang, menasihatkan para pembuli supaya bersikap rasional dan berperikemanusiaan. Datanglah badan-badan NGO menyediakan saluran untuk para mangsa. Datang pula para demonstran menzahirkan ketidakpuashatian.

Senyap jap. Pastu nanti jadi lagi. Kompem. Banyak kali dah camtu.

Haisshh! Sampai bila ni??

November 19, 2013

Sabotaj Yang Tidak Dapat Dihalang


Bila tahu perut si isteri berisi, kedua suami dan isteri masing menjaga adab dan tutur kata; elak mengumpat dn mengutuk. Takut terkenan dengan si bayi dgn org yDikutuk.

Si isteri, Nak makan apa? Sebut saja sambil pegang perut dn buat muka comel. Komfem cair punyalah si suami. Dengan berat hati pun si suami akn bgun dan pergi cari walau camnepun.

November 17, 2013

Kenajisan Dalam Kesucian


Gigi mesti bersih bersinar. Setiap pagi makan penyegar nafas. 3kali sehari gosok gigi. Pagi2, ptg2, Sblm tidur. Lepas makan paling tak berkumuh/cungkil gigi. Kalau tak pun guna listerine. Berus gigi ganti setiap 2bulan, ikut nasihat pakar sebab nak jaga gigi. Pergi klinik gigi dan buang ketarak setiap beberapa bulan.

Setiap kali mandi mesti cuci muka punyalah. Jadi wajib ada pencuci muka. Tghari lepas makan lap muka dgn mekap utk elak habuk dn berminyak. Nak tidur pakai mask pulak. Berharap muka jadi cerah, kulit halus, tak tumbuh jerawat, atau penyakit2 kulit yLain. Janggut, misai, bulu hidung mesti pada kadar panjang yang terkawal.

November 13, 2013

Bos Sebenarnya


"Semalam I pergi beli budak tu punya pampers dan susu. I ambil sedozen tau, yang besar punya. dekat seribu I keluarkan duit untuk dia saja. Mak aih, tinggi siot kos hidup budak tu. I pun tak pakai duit sebanyak tu untuk sebulan," ujar Bos bercerita dengan penuh bersemangat seperti biasa.

Bos aku ceritakan tentang hal pengurusan duit. Dia berbelanja secara pukal untuk putera tunggalnya.

Apa rasionalnya ya? Kerana itu lebih dapat mengurangkan kos berkali-kali ganda lebih banyak berbanding pembelian biasa. Akan datang barang tentunya semakin naik harga. Jadi beli sekarang; ketika harga masih murah, dapat mengurangkan kos perbelanjaan di masa depan.

Aku yang sebelum ini menyangka, aku bekerja untuk memenuhkan kocek bos berubah fikiran. Kami bekerja untuk bos. Tapi kini aku tahu. Bos juga bekerja untuk bos di atasnya. Sangka ku dialah yang paling besar. 
Rupanya ada lagi yang lebih besar dari bos. 

Siapa bos kepada bos itu? Itulah anak lelakinya yang tunggal, kerana bos bekerja untuknya.

Maka selama ini aku bekerja untuk si kecil yang masih kencing beraknya bersepah itu rupanya. Maka bermula hari itu, sebelum pulang aku pasti akan mencubit pipi budak kecil itu bagi melepaskan geram. Haha.

Bukit Beruang, 13 November 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...