"Semalam I pergi beli budak tu punya pampers dan susu. I ambil sedozen tau, yang besar punya. dekat seribu I keluarkan duit untuk dia saja. Mak aih, tinggi siot kos hidup budak tu. I pun tak pakai duit sebanyak tu untuk sebulan," ujar Bos bercerita dengan penuh bersemangat seperti biasa.
Bos aku ceritakan tentang hal pengurusan duit. Dia berbelanja secara pukal untuk putera tunggalnya.
Apa rasionalnya ya? Kerana itu lebih dapat mengurangkan kos berkali-kali ganda lebih banyak berbanding pembelian biasa. Akan datang barang tentunya semakin naik harga. Jadi beli sekarang; ketika harga masih murah, dapat mengurangkan kos perbelanjaan di masa depan.
Aku yang sebelum ini menyangka, aku bekerja untuk memenuhkan kocek bos berubah fikiran. Kami bekerja untuk bos. Tapi kini aku tahu. Bos juga bekerja untuk bos di atasnya. Sangka ku dialah yang paling besar.
Rupanya ada lagi yang lebih besar dari bos.
Siapa bos kepada bos itu? Itulah anak lelakinya yang tunggal, kerana bos bekerja untuknya.
Maka selama ini aku bekerja untuk si kecil yang masih kencing beraknya bersepah itu rupanya. Maka bermula hari itu, sebelum pulang aku pasti akan mencubit pipi budak kecil itu bagi melepaskan geram. Haha.
Bukit Beruang, 13 November 2013
No comments:
Post a Comment