Ke sana sini, mana saja lorong di kebisingan kota kami masuk, demi mencari rumah yang sesuai dengan selera dan poket.
Tahun ketiga pengajian, kami diwajibkan menghuni kediaman luar, setelah empat semester menghirup keselesaan di bawah kelolaan kediaman universiti.
Beberapa yang ditemui, namun masih tiada yang pasti.
Mahukan rumah sekitar RM 4++ lengkap berkemudahan, dekat Bandar Melaka ? Bertuah badan kalau ketemu yang sepadan dengan rasa.
Dalam kelelahan itu, terkenang pelawaan rakan sefikrah lama dahulu, tika mereka mencari bahu untuk digalaskan bersama menyewa kediaman.
Sememangnya sangat murah,berkongsi bersama tujuh yang lain membayar sewa sekitar RM 250 dan dilengkapi perabot, rumah yang luas, di dalam kampung yang terceruk ditengah bandar, dengan kemudahan yang tersedia, langsung tidak pusing kepala. Standard harga rumah kampung.
Dua ratus peratus saya sukakannya.
Solat bersama, mendengarkan kuliah bersama, makan sedulang, tidur setilam, saling mengusik dan bercanda mesra, saling berkongsi rasa. Segalanya dilakukan bersama atas dasar sahabat dan saudara.
Indahnya menggamit rasa, walau hanya bayangan maya.
Gambar Hiasan |
Atas beberapa asbab insani, segera pelawaan pilihan pertama itu di tolak; meski poket berkeras mahukannya terpenuhi.
Kerana di pilihan kedua, mereka perlukan sokongan dan panduan dalam melakukan kebaikan. Dua tahun benih itu saya cuba tanamkan, masih belum boleh ditinggal pada masa tumbesarannya kini.
Alangkah berbahayanya jika langkah awal mereka terarah ke persimpangan yang nyata silapnya, sedang saya berupaya merubah.
Namun, pilihan itu memerlukan saya untuk memiliki keteguhan yang fahaman yang jelas tentang jalan hidup yang dikurnia kepada diri ini: islam.
Jika tidak, bukan saja saya akan gagal membawa mereka, malahan saya pula yang bakal menjadi seperti mereka.
Tersilap percaturan, tergadai badan dan harapan. Parah kiranya yang dikejar tak dapat, yang di gendong berciciran.
Merapati Illahi adalah jalan yang tersuluh dan mesti saya tempuh; sebagai persiapan menghadapi karenah mereka.
Akhirnya saya memutuskan untuk tinggal bersama mereka, golongan yang di gelar nabi saw sebagai tukang besi. Supaya pakaian merekalah yang akan berbau minyak wangi, bukannya pakaian saya yang akan terbakar!
“..Dari Abu Musa al-Asy'ari r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Hanyasanya perumpamaan kawan yang baik dan kawan yang buruk adalah sebagai pembawa minyak wangi - yang baunya harum dan tukang besi.
Pembawa minyak wangi ada kalanya memberikan minyaknya padamu, atau engkau dapat membelinya, atau setidak-tidaknya engkau memperoleh untuk mencium bau yang harum daripadanya.
Adapun tukang besi, ada kalanya akan membakarkan pakaianmu atau engkau akan memperoleh bau yang busuk daripadanya..." (Muttafaq 'alaih)
Pedagang minyak wangi menerjah masuk dunia tukang besi? sedikit sebanyak terbakar juga pakaian ini.
Kau perkuatkanlah kerahmatanMu keatas ku, perkemaskan langkahku dengan hidayahMu, moga ada hidayah pula buat aku dan mereka. Mohon diperkenan, ya Mujiibud Da’awaat.
Mac 15, 2011, B-2-19-3, Jalan Pulau Gadong.
7 comments:
jangan risau innalah maa'na,,
lagi satu, gaye bahasa memang A1 sahabat!!
teruskan usaha
pfi amanillah,,,=)
bahasa jiwa bangsa. jangan bangga menjadi perosak bangsa(",)
insyaAllah yang terbaik.. =)
chill..u can face it..
have faith in Him.. =)
InsyaAllah..tiada dugaan diberikan melebihi dari apa yang boleh ditanggung...hadapi dengan senyuman..
insyaAllah. tapi rumah pon tak jumpa lagi..tinggal sebulan ja lagi..adoyai melaka..
pjalann utk hamba2nya yg mmpu..moga kita sbgai hmba trs istiqamah di jln kbaikan..insyaAllah..amin..
Post a Comment