Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

February 16, 2014

Ahaa, Giliran Sudah Tiba!


Lagi penyembelihan muslim secara terang-terangan. Kali ini di Afrika Tengah oleh penganut agama Salibi. Juga pembulian di Myanmar oleh kerajaannya. Selatan Thai yang bergolak semula. Syria, Mesir, Afghantistan, Palestin, Iran masih berterusan. Bosnia, Libya, Iraq masih berbaki.

Datanglah pemimpin2 dunia islam yang akan bersidang, menasihatkan para pembuli supaya bersikap rasional dan berperikemanusiaan. Datanglah badan-badan NGO menyediakan saluran untuk para mangsa. Datang pula para demonstran menzahirkan ketidakpuashatian.

Senyap jap. Pastu nanti jadi lagi. Kompem. Banyak kali dah camtu.

Haisshh! Sampai bila ni??
Memula aku boring gak. Tapi, sekarang aku faham sesuatu.

Dunia ni bergerak atas sistem pertukaran yang adil. Patah akan tumbuh. Hilang akan berganti. Nak hilangkan lapar, kita kena hilang duit, tenaga, dll untuk kenyangkan perut.

Untuk dapat sesuatu akan hilang sesuatu. Dan itu akan bergantung pada berapa tinggi/besar benda yang kita nak dapatkan tu. Makin besar, makin banyak/keraslah ujian yang akan datang sebagai yuran. Dalam dunia ini, yang paling mahal dan berharga adalah DARAH dan NYAWA.

Sebagai muslim dan mukmin, aku percaya bahawa semua event2 dunia yang berlaku yang mana semuanya berlaku atas kehendak Allah. Atau kata lainnya, semuanya berlaku atas pengurusan Allah.

Hadis2 nabi saw banyak menyatakan keadaan kembalinya islam di akhir zaman < Perkara paling besar semua urusan.

Dalam pemerhatian aku yang dangkal ni, aku nampak Orang islam adalah kelompok yang paling mahukan islam kembali naik dan berkuasa. Jadi harga yang mesti dibayar oleh orang islam untuk mendapatkan penguasaan semula khilafah mestilah setimpal dengan apa yang mereka impikan. Jadi, benda termahal akan digunakan: Darah dan Nyawa. Darah yang tumpah, nyawa yang hilang mestinya sangat2 besar jumlahnya.

Allah mentaqdirkan islam akan kembali berkuasa dan mengatur dunia.
Sekarang kita tengok event2 yang berlaku kepada umat islam. Tak pernah putus dengan penindasan oleh musuh2nya sejak 1924.

Sebenarnya setelah isu Syria sejuk tempoh hari, aku tertanya2: Umat islam mana pula yang akan dikorbankan untuk kebangkitan semula islam ini?

Dengan isu Mesir, Palestin, Syria masih tak reda dan selesai lagi, Kini dunia islam dikhabarkan pula tentang pembulian terbaru muslim di Myanmar, Selatan Thai, dan Afrika. Darah dan nyawa lagi.

Ni hasil pemikiran aku saja. Tiada langsung niat mahu mempertikai pengurusan Allah.

Top of that, untuk kita sebagai muslim dan mukmin, iklan Allah selalu datang dan khabarkan kita PELUANG untuk kita buat sesuatu demi islam. Peluang untuk berjihad dengan harta dan jiwa akan terus ada. Jadi ambil peluang ini dan tanya diri:
"Bila aku nak korban harta, jiwa dan masa untuk islam? Peluang dah berkali2 datang ni"

Ingat, makin banyak benda berharga yang kita korbankan, makin besar dan cepat islam akan kembali berkuasa. Kemudian, tunggulah Allah menebus segala pengorbanan kita dengan sebaik2 pembalasan.

Hidup mulia atau mati syahid.

2014, Feb 16, Melaka Tengah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...