“ Daus, kenapa kau kurus sangat aa ? "
Gambar Hiasan
Saya menoleh, memakukan mata kepada wajah penyoal itu. Soalannya yang saya kira sengal itu memburukkan lagi mood saya yang sedia tak baik pagi itu.
“ Kalau aku kurus pun kenapa ? Aku tak solat ke kalau aku kurus ? ”
“ …..”
“ Eyy, ape bende kau ni. Orang tanya lain, jawab lain pulak. “
“ Yelah, yang kau sibuk-sibuk tanya benda sengal macam tu kenapa? Badan aku kurus macamanepun, bukannya aku tak solat. "
" Lantak la badan aku nak macamana bentuk pun, yang penting aku buat kewajipan aku! ", jawab saya beremosi.
Mudah saja melenting waktu itu. Sekitar usia 16 rasanya. Semudah itu ammarah membuak.
Namun, bukan sekadar membuak kosong.
Kerana bukan semua soalan perlu di jawab.
Sebilangannya perlu diperbetulkan kembali.
Perbetul dengan maksud tiada pemikiran silap dalam usaha memahami erti syahadah yang diucap.
Fikirkan semula. Untuk apa ditanya soalan seperti itu ?
Saya sepertinya di tanya, mengapakah haiwan tidak perlu memasak setiap makanan mereka, sedangkan manusia perlu melakukan sebaliknya.
Jawapannya pasti.
Kerana Allahku berkuasa atas segalanya.
Sedang Dia mengatur dengan penuh saksama.
Namun, saya dikurnia fahaman yang lebih jelas kini.
Berkenaan soalan itu, bertahun saya menyimpan jawapan sebenarnya.
Kerana kefahaman yang dikurnia pada saya, bererti amanah buat saya adalah dalam menyampaikannya.
Saya bertanggungjawab berkenaan jawapannya.
Hanya kini barulah saya berpeluang berkongsi, maka fahamilah.
Sebermulanya, di sebuah kawasan tandus.
Ada seorang lelaki memanjat sebatang pokok, berhasrat untuk mempersembahkan buahnya kepada sahabat tercinta. Jasad lelaki itu kecil, kurus dan rendah.
Sedang lelah menyelubungi sendinya di atas pokok itu, terdengar gelak tawa yang meriah di bawah sana.
Sekumpulan manusia memuntahkan gelak tawa. Mereka terpandangkan betisnya. Mereka mentertawakan betisnya yang kecil.
Berhamburan. Semakin lama semakin galak.
Lelaki itu hanya mendiamkan diri.
Benar sekali. Betisnya kecil, jasadnya kurus, dan rendah pula ketinggiannya. Tambahan pula dia bukan golongan bangsawan, malah miskin papa.
Mendiamkan diri adalah pilihan yang tepat.
Tanpa disedari, situasi itu diperhatikan oleh seorang’alim, lalu berkatalah dia :
“ Apa yang menyebabkan kamu ketawa? Sesungguhnya kaki Abdullah itu lebih berat timbangannya dari bukit Uhud.“
Tentu saja kata-kata campuran teguran dengan sindiran itu menhentikan gemaan tawa mereka.
Adapun lelaki yang ditertawakan itu adalah Abdullah Ibnu Mas’ud, manakala ‘alim itu adalah Nabi saw, utusan Allah yang mulia.
“..Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu..” (Quran 49:13)
Begitu tuhan menilai manusia, memandang taqwa lebih tinggi dari paras rupa.
Ini jawapan saya untuk soalan empat tahun yang lampau.
Bertahun saya menyimpan, menjawab jua dengan izin tuhan.
Dan, bertitik tolak dari ini, ambillah masa dalam memberikan jawapan.
“ Orang yang bijak tidak akan segera memberikan jawapan muktamad, selagi belum ada kepastian dalam dirinya.”
Itu pesan guru tercinta.
Ambillah beberapa ketika sebelum bersuara, fikirkan apa yang ingin dilafazkan.
Kerana tiap tutur pasti akan di ukur.
Jangan kerananya kita tersungkur.
Mac 11, 2011, Anjung 5, Bertam Perdana.
4 comments:
jadi! tak kesah la kurus ke gemuk,, sume tu ciptaan Allah,, bersyukur lah,,
xpe, ,law kurus, ,mkn byk2x k , ,tp law da mkn byk pn x gmok2x cmne?? cnfius2x, ,
yes, ,i got a solution, ,u ll get fat once u're married 1 day. .jus wait n c bro~~
kurus ke, kering ke, gemuk ke, besar ke...
yang dilihat hanya taqwa.. ^_^
Alhamdulillah....
Post a Comment