Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

March 27, 2011

Bukan SATU, Tapi DUA !!

Gambar Hiasan
Tangannya di hulur, meminta Digital Single Lens Reflex(DSLR) D60, kamera milik rakan serumah yang saya gunakan sebagai memenuhi amanah menjadi exko multimedia malam itu.
“ Sekarang ni orang pakai DLSR macam pakai apa ja. Bersepah, macam DSLR tu barangan percuma beli sabun,” ujar saya sebagai muqaddimah celoteh.
“ Haa, tu aaa. Dulu orang pakai sibuk orang cari kamera digital. Sekarang kamera ni pulak,” balas Khairul, pangkat senior kepada saya.
“ Bukan murah benda ni. Bila ana fikir semula, mana laa depa semua ni dapat duit. Kenapa orang-orang yang tak ada fikrah(kefahaman) yang banyak duit? ….”

Abang Khairul hanya tersenyum simpul, tangannya ligat menekan butang pada kekunci kamera tersebut. Mungkin mencari butang untuk melihat kembali hasil gambar yang ditangkapnya, atau membuang gambar tersebut.
“ Jadi akan datang, photographer adalah kerja yang paling tak best. Sebab kebanyakan orang dah ada kamera sendiri ! ”
Abang Khairul tersenyum lagi. Kali ini berubah menjadi sengihan.
Mak aihh, tak best betul nak buat lawak dengan orang yang tak reti nak gelak ni.” gumam saya sendirian; tidak berpuas hati dengan sedikit hampa di hati.
Tertanya-tanya mengapa pengejaran terhadap perkara-perkara seperti itu berlaku dengan sangat deras. Logika akal memberitahu, adalah memalu dan membebankan diri untuk membawa alat sebesar batu lesung itu ke hulu dan ke muara.

Mungkin kerana gaya. Atau mungkin sekadar menghabiskan wang yang sentiasa berananak pinak, walau tiada jantan betinanya.

Sekadar memakai kamera betaraf VGA(Video Graphics Array) tidak memadai.

Pengguna kamera 1.0 Megapixel sudah sangat hebat kerana memiliki kamera tersebut ketika zaman di era 2006.

Kemudian 3.0 Megapiksel antara yang hebat. 5.0 Megapiksel menyusul, kemudian sehingga sekarang, DSLR dengan fungsi zum khas, penstabil imej automatik dan berbagai-bagai fungsi unik menjadi kegilaan belia seusia saya.

VGA juga kamera, kamera 1.0 Mp bukannya alat tulis, malahan DSLR semahal itu juga hanya untuk menangkap gambar.

Sama saja. Kamera tetap untuk menangkap gambar, dan sama sekali DSLR itu tidak akan dapat digunakan untuk menambah enak nasi briyani gam yang anda makan.


Dua? Satupun Dah Mahal...

Lama memikirkan, saya percaya kerana kesempurnaan. Mereka mengejar kesempurnaan. Kerana kita manusia sering dimanjakan dengan kesempurnaan.

Alasan memiliki DSLR tentulah kerana hasil gambar VGA tidak jelas, warna kurang menarik; kerana tidak memuaskan hati, serta bermacam lagi alasan untuk memiliki kamera tersebut. Begitu juga dengan kamera-kamera lainnya.

Rasa ketidakpuashatian itu tentunya datang dari diri yang tidak selesa dengan kualiti gambar yang tidak selaras dengan mata.

Kerana hasil gambar yang tidak kena dengan mata.

Saya ulangi, kerana kualiti hasil gambar yang tidak padan dengan kehendak mata.


Gambar Hiasan

Bagaimana dengan gambar di atas ini? Menyakitkan hati bukan? Mungkin itulah rasanya menjadi seekor lalat atau serangga yang bermata sama dengannya. Pandangan seperti inilah yang mereka nampak sepanjang hayat. Huh, nasib baik jadi manusia.
“..(Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur..”(Quran 67 : 23)
Gambar Hiasan

Kalau saja gambar itu tinggi kualiti, pasti tersembul kata seperti “ Berapa piksel kamera tu ? ”

Saya juga merasakannya. Kita tidak selesa melihat gambar yang tidak berpadanan dengan mata kita. Kita tidak selesa memandang perkara yang tidak seperti apa yang selalu mata kita sajikan.

Mata ini selalu menyajikan semua perkara dengan jelas. Imej yang terhasil dari lensa mata sangat memuaskan hati.

Tajam. Jelas. Menarik. Anti-goyang. Kecil. Mudah Selia. Ringan. Auto-manual Zum. Dimensi Luas. Dengan erti kata lain, PUAS.


Jika begitu, berapa MEGA pikselkah lensa mata kita ? mungkinkah bertaraf GIGA piksel? Ataukah TERA ?

Entahlah. Sudah pasti risolusinya yang sangat tinggi ini, bukan setakat VGA. Kerana kita selalu saja merasa puas dengan sepasang mata ini.

Beberapa minggu lepas saya tertarik melihat karenah seorang jurugambar yang leka mengambil gambar di pesta olahraga institiusi saya, dengan lensa tambahan pada muncung kamera sekitar suku depa panjangnya. Lensa sepanjang itu  tentu saja menghasilkan gambar hampir sepadan dengan lensa mata ini, dan mustahil melebihinya.

Tumpuan saya pada lensa panjang tersebut. Melihat telatahnya mengendalikan lensa sepanjang itu membuatkan saya turut merasa bebannya. Memang panjang dan kelihatan meletihkan, walau hanya sekadar melalui pandangan.

Tapi kehairanan. Kekaguman. Kesyukuran.

Bagaimanakah Tuhanku dapat mencipta lensa di mataku dengan ketebalan hanya seperti kulit bawang, namun kualitinya masih mendahului lensa setebal kamera itu? Saiznya pula sebesar duit syiling. Dua pulak tu..


Aduhhhh..


Kerdilnya kami di sini. Hinanya kami jika tidak bersyukur dengan dua lensa dengan ketebalan NANO dan kualiti TERA piksel kurniaan-MU, ya tuhanku.
“..Sungguh, telah kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya..” (Quran 95:4)
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah.

ALLAHUAKBAARRR WA LILLAHIL HAMD.

Mac 22, Anjung Lima, Bertam Perdana.

3 comments:

Anonymous said...

mcm tahu2 je org nk beli kamera..nice la..:)

Anonymous said...

woohaaaa..nice entry bro!

Nurfarahana Abdul Aziz said...

serious nice !..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...