Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

March 24, 2011

Di Larang Menjadi Buih Yang Kotor

Kuantiti tanpa kualiti
364, 046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dahulunya cuma 347, 443.

Beza hampir 17, 000 orang.

Manakala 7, 987 mendapat A(termasuk A+, A, A-), berbanding 6,277 sebelumnya.

Hampir 2, 000 orang pula bezanya.

MasyaAllah, banyaknyaaa. Hebat sungguh mereka semua.

Tapi sebenarnya, saya tak tahu apa yang harus saya rasakan.

Perlu bergembirakah? Terasa sukar kerana kerisauan juga menggamit minda.

Kedua rasa itu bercampur baur; dengan kerisauan yang sering mendahului.

Apakah mereka itu akan menjadi buih ?


Hadis Nombor 4297
“.. Nabi berkata: Bahkan, pada saat itu kalian(kaum muslimin) banyak jumlahnya, tetapi kalian bagai ghutsa' (buih kotor yang dihanyutkan air ketika banjir)…”
Hadis Sohih Riwayat Abu Daud, Ahmad 5/278, Abu Nu'aim dalam At Hilyah m.s. 182.
Pada zaman saya menamatkan sesi pengajian di bangku sekolah, jumlah kemerlangan mendahului jumlah pada tahun sebelumnya; yang juga mendahului jumlah dari tahun sebelumnya lagi.

Situasi itu berulang. Tempo dan rentak itu sudah boleh di ramal. Jumlah kecemerlangan setiap tahun pasti bertambah, selaras dengan percambahan minda dan gerak kerja serta kemajuan yang dikecapi manusiawi dengan izin Illahi.

Kini, membaca berita-berita yang dihasilkan penerbit yang mungkin sekali berqiblatkan wang selalu saja menyesakkan dada.

Fitnah saja yang memenuhi ruangan utama. Beleklah akhbar tabloid yang mudah di genggami itu jika menyangka kata ini berunsur dusta.

Membaca mengenai keruntuhan moraliti dan akhlaki muslim dengan kadar purata lima kali seminggu, dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan pasti saja memualkan.

Tiada apa yang saya jumpa kecuali berita mengenai fitnah dan masalah yang menunggu penyelesaian leceh hasil pemikiran manusia yang tidak punya hidayah. Pembaziran masa yang nyata!

Ada saja episod fitnah dan masalahnya. Sering juga bertanya pada diri, anak siapakah yang melarikan diri dari rumah kerana mengikut kekasih durjana?

Pelajar sekolah menonton dan bermain permainan berunsur lucah itu, siapakah ibu bapanya?

Siapa pula yang di tahan atas jenayah dadah itu? Golongan penguasa yang saling menumpahkan fitnah itu pula siapa ?

Siapakah mereka semua?

Hei, saya tahu jawapannya.

Terdahulu, batch seangkatan mereka merupakan golongan yang mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang berperingkat kebangsaan.

Gambar Hiasan
Kini mereka adalah pencorak zaman yang bertanggungjawab terhadap segala perkara yang kita lihat di bumi tercinta ini. Merekalah orangnya yang mendasari semua ini.

Namun masalahnya tertumpu pada sebahagian besar mereka-mereka yang lebih rela membelek penulisan dan pemikiran kufur para penentang syariat ketuhanan dan kebenaran !

Kerana mereka dan anak didik merekalah yang seringkali membuahkan cerita kotor untuk dijadikan berita kepada para wartawan; dimuatkan dalam akhbar harian yang kita baca setiap kali.

Mereka bukan saja menjadi buih kotor dalam banjir, malah mendidik anak-anak muda menjadi buih kotor seperti mereka, sama ada mereka sedari atau tidak !

Sedangkan bumi Malaysia pernah bergembira dengan kejayaan cemerlang mereka satu ketika dahulu.

Mereka bijak. Mereka pintar. Mungkin kerana itu mereka menentang syariat ketuhanan. Mungkin.

Terasa benar kemutlakan hak Allah dalam urusan hidayah.

Kini, sejarah mereka diulangi. Malaysia sekali lagi bergembira dengan keputusan peperiksaan yang meningkat dengan mendadak.

Bermakna kumpulan pelajar cemerlang itu pulalah yang akan menjadi pencorak suasana dunia akan datang, terutama di bumi Malaysia tercinta.

Hamdulillah. Itu sudah bagus. Biarlah.

Cuma membiarkan para pelajar cemerlang itu mengulangi sejarah kedegilan para ‘durjanawi ’ yang menggadai dan merosak kebenaran, itu jangan sesekali kita biarkan.

Saya tidak akan redha jika anda membiarkan itu berlaku. Saya juga yakin dan percaya, bumi Malaysia ini juga sependapat dengan saya.

Suasana yang mereka akan bawakan itu biarlah bercorak kenabian; kerana corak ITU SAHAJALAH yang mengundang rahmat dan hidayah Tuhan.

Usahakanlah anak-anak muda sebaya atau lebih muda dari kita tidak menjadi buih kotor sabdaan nabi, supaya tanah air ini tidak di perintah oleh Si Buih-buih Kotor pula, bermula dengan kita sendiri berusaha sedayanya untuk tidak menjadi buih yang kotor itu.


Ingat, saya melarang keras untuk anda menjadi buih yang kotor !
Lihatlah Allah ya Tuhan, telah aku usahakan memberi kefahaman dan peringatan. Maka kepada mereka para pembaca aku berlepas tangan. Berkehendakkanlah agar ada hidayah-Mu untuk mereka dan aku.
“..Tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki..” (Quran 28: 56)

Mac 24, 2011, Bandar Teknologi hijau.


8 comments:

hafizah nasruddin said...

sangat menyedihkan bile tengok adek2 kite zaman sekarang,, sob3~

Anonymous said...

entri kamu yg tbek~!!,,,,great job!!

may allah bless always wif u~~:)

admin said...

hafizah: sedih itu tanda iman di hati(",).
Anynomous: moga ada faham yang kamu miliki(",)

azri@azrai said...

"BUIH YANG KOTOR"
PERUMPAMAAN YG SGT BAEK. I LOVE IT.
TO LA, BILE KENANG BALEK, ,OUR PROPHET MUHAMMAD PBUH ALREADY STATED LONG2X TIME AGO, HE REMIND US,N NOW, WE STAND IN YEAR 2011 TO REMIND OUR BROTHERHOOD AGAIN AS IT HAD BECOME TRMENDOUSLY WORST!! WHEN I VISUALISE WAT OUR PROPHET SAID N THINKING OF THE PRESENT DAYS, , ITS REALLY2X SAD EVEN TO THINK OF IT. .N I FELT BADLY WORRIED FOR OUR FUTURE BROTHERS N SISTERS,,, THATS WAT OUR PROPHET HAD EXPERIENCE SINCE LONG, LONG N LONG TIME AGO,HE WAS SO WORRIED ABOUT US ,JUST LOOK AT HIM, I JUST STARTED TO REALISE N THINK OF THEM, BUT HIM??? HE HAD RANG A BELL TO REMIND US EARLY BUT IT IS A MATTER OF US WHO DONT WANT TO AT LEAST TO THINK OF WAT BEING THOUGHT, I ADORE U O MESSENGER OF ALLAH ,!!! DA LA, NAK MENAGIS JP, ,

admin said...

azrai: SELAWAT DAN SALAAM BUAT MUHAMMAD SAW DAN KELUARGA MUHAMMAD ITU.
Bro, nanti lu kawen, cetak anak bebanyak, then lu kasi lu pnya anak faham apa yang nabi nak kita faham k.
BUKTIKAN KITA BUKAN BUIH KOTOR ITU !!

A said...

ya Allah...semoga kita,generasi skrg dan akan datang x menjadi buih kotor itu~ ameeen -_-

atul kiena said...

saye suke bce semue blog bapak..
teruskan lagi dlam buat entry2 yg mcm ni..=)

admin said...

daisy oiii. blog bapak ad satu ja. niway tQ(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...