Gambar Hiasan |
“ Eh, ghazi clump tu maksudnya apa? ”
“ Kan ada kat blog tu.. ”
“ Eh ada ke? ”
“ Adaaa. Masa mula-mula set up blog ana dah buat dah benda tu. Tengok kat pages, admin. ”
Mungkin anda sudahpun menekan butang Admin tersebut, dan menelaah isinya. Jika belum, itu sepenuhnya hak mutlak anda, dan tiada pula hak buat saya memaksa.
Memikirkan pentingnya pernyataan harapan dan cita-cita dalam melakukan sesuatu urusan, entri ini saya pergunakan sebagai slot huraian berkenaan nama yang saya gunakan untuk blog ini.
Ghazi pada kamus diertikan sebagai orang yang menentang kekafiran dengan jaya. Sementara sesetengah buku yang saya bacai menyebutnya sebagai ‘orang-orang yang syahid’.
Adapun saya lebih berkenan mengambil maksud kedua sebagai jolokan; kerana sememangnya itulah harapan sejak di bangku sekolah lagi.
Clump adalah bahasa Inggeris yang bermaksud rumpun, atau kawanan atau perkumpulan.
Nama Ghazi Clump di ambil sebagai harapan dan cita-cita untuk menjadikan laman ini sebagai salah sebuah medium untuk mereka-mereka yang berkenan mencari redha Allah mendapatkan hidayah, lantas membawa mereka ke cita-cita tertinggi seorang muslim iaitu mendapatkan syurga dengan jalan syahid.
Berkenaan erti kata Pasha pada kamus di sebut sebagai kepala atau ketua yang memimpin sesebuah pasukan ketenteraan. Istilah ini banyak di guna pakai di Negara Turki dan Afrika Utara. Manakala yang saya fahami sebagai jeneral, atau leftenan, mungkin panglima, atau apa saja gelaran buat pemimpin.
Jadi, jangan terperanjat jika akan datang anda terjumpa perkataan Pasha pada orang-orang seb*ngsat Mustafa Kamal Attaturk, kerana dia juga pernah menggunakan gelaran tersebut.
Makanya Ghazi Pasha suka saya ertikan sebagai panglima bagi orang-orang yang syahid atau seumpamanya, selaku orang yang bertanggungjawab menguruskan blog ini.
Begitulah, harapan itulah yang mendesak di sebalik Ghazi Clump.
Jadi, apakah harapan hidup anda ?
Sungguh, tentangnya anda akan di tanya.
Mac 18, 2011, Bertam Perdana, Melaka.
1 comment:
owh!! baru tahu,,
Post a Comment