Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

March 31, 2011

Perjalanan ~ Se7endays

“ Lagu apa tu? Macam lagu orang mati je…”
“ Lagu orang mati kau kata? ba….. ”. Saya terdiam. Mulanya terlintas untuk mengutuk. Nyaris saja melanggar azam usia 21 ini. Huh!
Kutukan itu akhirnya berganti dengan tawa. Jadi kami menghadap set nasi minyak percuma itu dengan butiran nasi yang terpelanting keluar dari sempadan bibir.

Saya menyokong sedikit pendapat rakan serumah; lagu yang saya pasangkan itu sememangnya suram. Namun hati ini mendesaknya mahukannya.

Dia mahukan lagu berbentuk kesuraman yang boleh mengundang ingat pada sang Tuhan.

Maka lagu inilah yang saya pilih bagi menamatkan kemarau bagi entri ‘ suara ’.

Berkisah tentang tuntutan mengingati pada asal kejadian manusia, sememangnya agak berkesan untuk membawa ingatan pulang ke tempat yang asalnya.

Maafkan kerana tidak punya lirik untuknya. Mungkin kesan video lebih baik.


Klik untuk tonton





4 comments:

Anonymous said...

lirik?

admin said...

tak ketemuan sihh..

Anonymous said...

xblh nak tangkap dia kata apa..huhu

admin said...

Inilah perjalanan
Yang tak tahu di mana awalnya
Yang tak tahu di mana akhirnya
Tapi pastilah perjalanan
Ada awal dan juga akhir
Hitam manusia memeluk taqdir

Chorus :
Aku
Debu
Yang selalu di buru waktu
Hingga nanti aku
Kembali pada-Mu
Ucapkan salamku
Kita bertemu

Siapakah aku ini?
Sebelum menjadi yang ku yakini
Sebelum menjadi sebu yang palsu
Ku adalah nurani
Terkadang dunia sering mengisinya
Warnai hidupku dengan hasrat dan benci
Ulang chorus

ini juga ap ysaya berjaya dengari..sukar menemukannya bagai lirik lagu lain..maaf jika tersilap..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...