Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

April 30, 2011

Permata Hijjaz 1431 H

Gambar Hiasan
“ Tak sedap pun..kau memang takde taste ! ” kata Razi ketika saya menyajikan lagu-lagu baru yang menjadi penghuni baru koleksi external Seagate itu.
Beberapa hari kemudian, dia datang ke bilik saya.
“ Wey, tadi pagi aku ada dengar lagu best dari bilik kau. Bagi aku..”
“ Mana ada, lagu aku kan semuanya tak best. Aku kan memang takde taste. Semua lagu orang mati...”
“ Hahaha. Ada satu lagu tu. Aku ada dengar pagi tadi. Mana? Cepat bukak..”

Saya baru mendapatkan sedikit koleksi lagu baru hijjaz. Album itu dilancarkan pada 24 Mac 2010. Mungkin telah lama di milki orang lain. Akan tetapi, saya baru menjumpainya dari external milik Fauzi.

Album bertajuk Permata Hijjaz. Mengandungi 11 lagu.
1.       Gurindam Berkasih
2.       Embun Hidayah
3.       Satu Amanah
4.       Syukur pada-Mu
5.       Ratu Nil(Yukabid)
6.       Neraca Diri
7.       Ala Baladi
8.       Engkau Insan Sempurna
9.       Kekasih Agung 1431
10.   Iman Islam Ehsan
11.   Kalimah Utama
Mutu lirik dan muziknya semakin rasional dan bertambah bagus. Sesuai dengan usia mereka dalam persada seni nasyid.

Kandungan genre-genre lagu masih seperti dulu; ada lagu arab, syahdu, rakyat, rancak, dan balada. Namun itu tidak mengapa kerana sememangnya itulah genre yang sesuai dengan kehendak semasa.

Saban hari, itulah senarai-senarai lagu yang akan berkumandang bila terasa inginkan santapan melodi, terutama Neraca Diri, Yukabid, Engkau Insan Sempurna, Kalimah Utama dan Iman, Islam dan Ehsan. Perkongsian mengenai pengisiannya akan berlaku di entri Suara di lain waktu, dengan izin Allah jua.
" Mana lagu(Engkau Insan Sempurna) tu tadi? tergamak kau tutup lagu tu semata-mata nak tengok cerita kartun ni? Kau memang tak sempurna aa !", tempelak Razi pada suatu hari yang lain, kerana menghentikan lagu tersebut dari berkumandang di komputer riba saya.
Saya sekadar tersenyum simpul dengan karenahnya sebelum menekan semula butang 'play' sebagai menuruti usahanya mencari kebaikan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...