Gambar Hiasan |
Tali merah penanda bacaan terselak keatas angkara jejari di tangan kiri yang memain peranan. Berbekalkan sedikit niat mencari naungan Tuhan, ilmu bacaan dipertaruhkan seadanya; menghadam makna sepotong qalam Tuhan.
Permukaan jalan yang tidak rata menyebabkan lensa mata ini beberapa kali terlepas tumpuan.
Sekali tertangkap nokhtah di akhir ayat, lensa itu segera memandang jauh menembus saujana ciptaan Illahi, melepasi kaca yang menjadi perantara.
Saat terasa suara jiwa yang gembira di kurnia sedikit faham, potongan ayat seterusnya menjadi santapan.
Dua ayat untuk setengah jam perjalanan. Syukurlah, terkadang hanya sepotong.
***
“ Kau pergi ke kursus kahwin yang kelab anjurkan hujung minggu ni?
“ Aku? Mestilah takk. Belum tiba masanya.” jawab muslimat itu selamba ketika di soal rakannya. Usia kami sebaya.
Perbualan itu menarik perhatian saya yang duduk tidak jauh dari mereka.
Telinga ini selalu saja saya nipiskan semenjak pertama kali dicucurkan hidayah oleh Allah sekitar beberapa tahun yang lepas.
Maafkan saya jika perbualan anda secara umum kini saya rekodkan sebagai bahan untuk entri dan perkongsian bersama. Sudah tentu saja identiti sebenar akan saya sembunyikan. Itulah risiko utama menjadi rakan saya sejak saya memutuskan untuk menguruskan blog; menjadi sumber bagi penjanaan idea.
Sebetulnya, pendapatnya bercanggah dengan putusan saya, walaupun kami sebulu dalam fikrah. Terdorong oleh rasa gilakan kefahaman, telinga ini sering saja saya nipiskan terhadap sebarang perbualan di sekeliling.
Kursus pra perkahwinan di usia 21? Terlewat benar rasanya.
Kerana Begini dan Begitu
Bayaran yuran semurah RM50 untuk sehari setengah, sijil kursus yang sah untuk satu tempoh pernikahan seumur hidup, di tambah dengan taufan nafsu yang kerap kali mengumbang-ambingkan bahtera iman. Taqdir tuhan saja yang akan menghentikan penyertaan saya!
Namun tersepit antara kursus nikah dan kerinduan terhadap kampung halaman sangat menyiksakan. Ilmu mengenai fiqh keutamaan yang saya pelajari benar-benar teruji.
Ruang waktu yang singkat, akhirnya meletakkan nama saya di bilangan ke 54 peserta lelaki yang mendaftarkan diri. Bermakna, kerinduan terhadap kampung halaman dan rasa kasih ibu saya bentengi dengan alasan mendapatkan ilmu bagi memenuhi saku kebenaran.
Saya kemudiannya melewati senarai panjang peserta yang secara pantas terpamer di halaman utama blog kelab.
Jenuh. Hanya sebahagian kecil dari kami menyertainya. Kehairanan memikirkan asbab teman seusia atau sefikrah melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam perkara seperti ini. Rakan yang lebih berusia dari saya apatah lagi.
Kendatipun begitu, memiliki sijil pra perkahwinan itu bukanlah asbab utama pengejaran yang saya lakukan itu; walaupun benar saya ditakutkan dengan kerisauan pindaan terhadap kursus yang mungkin dipanjangkan tempoh dan bayarannya.
Bukan juga kerana ajakan taulan serumah; Razi kemungkinan besar selesa menghirup teduhan kasih sayang keluarga di Selangor hujung minggu itu.
Beberapa orang teman saya jadikan sebagai bahan ujikaji dalam memahami pemikiran manusia.
“ Aku rasa ada orang lain yang lagi perlu pergi kursus tu. Lagi cepat diorang kursus, lagi senang dan cepat diorang kahwin. Daripada dok couple sampai ke sudah. Lagipun penyertaan kan melimpah ruah.”
“ Ana join sebab tambah ilmu perkahwinan sebelum kahwin. Alang-alang, jadi ajak join la sekali tiga(dengan rakan serumah). Murah dari kat luar. Temankan kawan.”
Gambar Hiasan |
Alasan-alasan yang sama juga menyerang pemikiran saya pada mulanya. Namun, saya percaya naskhah hijau itu mengesampingkan, dan menggantikannya dengan suatu asbab yang lebih senang mencetuskan semangat untuk kaki ini melangkah.
“ Alangkan Quran yang belajar dari kecik tu pun sekarang baru faham sikit-sikit, tak mungkin aku dapat fahami seluruh ilmu berkaitan kahwin dalam masa dua hari ni.” bisik nurani ini, berdesir nyata nun dari muara teluk jiwa.
“ Nanti, kau pergi kursus kahwin tu, kau gitaulah aku. Share kat dalam blog.”
“ …..”
“ Jangan haghap! ” ujar saya sambil mencebik, dengan nada sedikit mengherdik ketika Razi memberikan cadangan yang telah tersemat lebih awal di minda ini. Tetapi herdikan itu membuahkan gelak kecil padanya kerana dia mengerti cara gurauan saya. ‘InsyaAllah’ saya akhirnya tenggelam dalam gelak tawanya.
30 Mac 2011, Pusat Persatuan Pelajar.
8 comments:
Salam..share la sikit..cek x dpt p la..
sebelum pergi selesai hutang-hutang lu hehehe
buku hijau hadith 40 darjah khas k syeikh???
izzat: ada rentetan peristiwany nnti, insyaAllah.
TLukme: pegi dah pun. jadi huang kena selesai lepas ni la..
Lamka: bkn da bro. mse 2 ak xbeli pn buku 2. tapi ak ad je bku hdis 40. bru bace sampai hdis ke7. quran terjemahan ak 2 ywarna ijau.
salam admin a.k.a badshah(jus joking)
bile tgk tjuk entry, i felt excite to read( yesh2x, ,ohoh , ,monolog dlm haty) sbb ingtkn u r going to give us an anwer y u put urself on las sat n sun n share wat u got, ,but, unfortunally, bile da baca, ,u r not actually giving us anyting, i mean, input sal kawen (kcewa) to , ,kcewa-(, ,bru ingat ley dpt sdikit input FREE (tnp byr 50 dan bley blek umh wlaupn xsmpt mkn msk lmk cili padi-((muhahahahha)). . hope admin willing to share some wif us~ may Allah bless u
nak tanye, adakah 2 ayat yang kamu hafal itu menjadi penguat untuk kamu pergi?
Apakah ayat2 itu dan dari surah apa ya?
agree dgn azri,, ceit,, kongsi2 la dgn kami yg xbrpeluang pi ni,, haishh~
yg x pegi lg tuh mungkin rse blum tiba mse.. klu g awal2, ad probability nk trlupa kan input kursus.. =) so, da pegi..hope x lpe lah input2 nye.. klu da langsung, jgn lpe roger2.. hikhik..joking k..=)
Post a Comment