Gambar Hiasan |
Sesekali menjeling ke arah jam di desktop.
5.13 minit pagi.
“ Malasnyaaa nak bangun..”. Kemahuan itu di turuti, mengakibatkan hampir jam tujuh barulah subuh berjaya ditunaikan.
Kesannya sepanjang hari. Lesu. Serba tak kena. Semakin parah apabila kekosongan itu merantai semangat merentasi minggu. Maka sepanjang minggu berlalu dengan kemurungan akibat kerinduan.
Terkadang membenci diri kerana memutuskan untuk ke kursus lebih dari pulang ke kampung bagi mendapatkan stok simpanan kasih dan ketenangan.Memujuk diri, semua lagu yang bersifat keibuan menjadi wadah utama mengubati hati.
Dari Satu Rindu ke Azimat Ibunda, melewati Belaian Ibu, sebelum menyapa Tak Semestinya Kita Lupa sebagai persediaan mengirim lambaian kerinduan kepada keluarga dan kampung.
Lama sedikit menyinggah di Azimat Ibunda, sedikit ketenangan yang diperolehi itu berjaya juga menggagahi jiwa yang memberontak menuntut keadilan.
Sebak sendirian mendengarkan lagu ini kerana menceritakan perihal orang yang telah pergi. Menambahtebalkan kerinduan terhadap dakapan seorang ibu, juga pelukan matang seorang bapa.
“ Sabar ya sayang, nanti kita pulang melangsai hutang. Dan ini akan aku elakkan dari berlaku lagi, InsyaAllah. ” ujar lidah memujuk hati, sambil tangan mengurut-urut dada.
Klik untuk dengar / muat turun
Langit *kirmizi menghantar dirimu menuju jalan pulang
Hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan
Wajah berona simpati kau tatapi buatkali terakhir
Sedih & sayu dari kamar *atma mengundang air mata
Hanya rindu & doa buatmu
Semoga kau tenang dan bahagia
Agar syurga menjadi milikmu
Bukan hanya di telapak kakimu
Menumpang di segenap ruang yang ada di lubuk perkasihan
Begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
Sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
Keperitan itu kau rasa indah demi anakmu
Setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
Segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
Tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
Azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam
Di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
Bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
Tiada yang terindah di dunia dapat mengganti hilangmu
Pilihan yang terbaik takkan dapat mengisi relung hatiku
* Kirmizi : Warna merah tua
Atma : Jiwa, Nyawa
2 comments:
" “ Sabar ya sayang, nanti kita pulang melangsai hutang. Dan ini akan aku elakkan dari berlaku lagi, InsyaAllah. ” ujar lidah memujuk hati, sambil tangan mengurut-urut dada."
sabar yah...nnt sampai masa, pulang lah...=)
mish ma family too~ sobsob..=(
best nyo....
Post a Comment