Gambar Hiasan |
“ Panasnyaa..Panas dia mencengkam siott. Gila ah Terengganu.”
Ahli sekretariat saya sekadar mendiamkan diri, sesetengahnya tersenyum. Kami membuat lawatan diplomasi selama dua hari ke salah sebuah universiti utama di Terengganu. Jadi aktiviti menziarahi kawasan-kawasan terkenal di sana menjadi keutamaan kedua selepas menyelesaikan misi utama.
“ Selalu aku terfikir.. Macamana la muslimat ni semua boleh stand to use those hijab. Kita yang dok pakai camni(pakaian formal majlis rasmi) pun dah rasa rimas."
“ Padahal kain depa tu bukannya yang jenis nipis. Semua yang jenis legap punya. Tebal semacam. Kita ni boleh la lepaskan butang kalau panas. Depa tu? Tudung labuh bukan tutup tengkuk ja, siap dengan dada sampai ke perut. Dahsyat tol aa..”
Bebelan yang berhasil dari usaha berempati(*empathy) itu terus berkumandang, mengukir sengih pada para pendengar yang terperangkap dengan situasi. “ Padan muka. Siapa suruh jalan dengan aku. Kan dah kena ceramah. Haha...”
Kepanasan yang amat itu nyatanya gagal menghindarkan minda ini dari memikirkan konsep empati.
“ Adilkah Allah? Lelaki boleh buka sana sini. Perempuan tak boleh. Adil ke camtu?”, bisikan itu terdengarkan dek telinga.
Mujur fikiran itu di suluhi cahaya Sang Illahi. Jika tidak bisa saja nilai empati yang berbaur pemberontakan itu menggadaikan kepercayaan diri pada-Nya, menganjur kepada pembatalan syahadah. Na’u dzu billahi min dzalik.
Nah. Bersyukurlah jika anda lelaki. Anda tidak perlu hidup terperangkap dalam kepanasan yang saban hari memamah bumi!
Simpati Itu Bukan Empati
Ketika saya di semester pertama pengajian di universiti, teman serumah saya merupakan seorang Cina yang mengakui tidak bertuhan. Dan pernah juga mencabar diri untuk ‘memberikan’ Tuhan kepadanya, juga berimpikan dia akan mengucap syahadah suatu hari nanti.
Dia pernah menyatakan beberapa isu yang tidak di fahaminya tentang islam. Berkenaan hijab juga disentuh. Dia menyatakan rasa simpatinya terhadap muslimah kerana terpaksa bertudung, apatah lagi yang labuh, malah berpurdah. Katanya Malaysia sangat panas, sambil mengambil contoh rumah kami yang seolahnya sauna bila menjelang cuaca petang.
Terfikir juga bahawa saya bukanlah selayaknya menjawab pertanyaan tersebut; kerana saya sendiri tidak pernah mengenakan jubah panjang, apatah lagi berjilbab, purdah jauh sekali.
Makhluk Allah yang satu itu melontarkan persoalannya dengan penuh penghayatan. Seakan pernah di laluinya perasaan memakai tudung dan purdah itu. Sebagai muslim, saya cuba menyusun kata untuknya, bimbang-bimbang dia melihat keberatan dan kezaliman dalam syariat islam. Dan perbincangan itu berakhir dengan give and take, fair and square. Kami menghormati pendapat dan fahaman masing-masing.
Dia berempati. Dan empatinya boleh di kira sebagai tinggi, kerana itu dia berupaya merasakan kesusahan dan kepayahan yang dialami oleh orang lain.
Seorang anak boleh memasak, membasuh, mengemas, mendidik adik-adiknya, serta membantu ibu dan bapanya menguruskan rumah tangga kerana bermula dengan nilai empati yang ada pada anak tersebut.
Freedom Flotilla yang mengusahakan pelayaran kedua memasuki Ghaza baru-baru ini juga kerana nilai empati yang wujud dalam diri para penggeraknya.
Penduduk Palestin sedang Menunaikan Solat |
Kerana kebiasaanya empati melahirkan simpati. Tapi simpati belum cukup untuk menjadikan diri di rahmati, selagi gerakan menundukkan nafsu dan usaha memahami quran itu tidak terpenuhi.
Empati adalah satu tuntutan. Masyarakat melayu mengungkapkannya sebagai cubit peha kanan, peha kiri akan sama berkongsikan pedihnya sebuah cubitan yang di rasai peha kanan. Baginda Muhammad pula menyabdakannya sebagai
“Tidak beriman seseorang kamu hingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.” ..Riwayat Bukhari & Muslim; Hadith no.13, Hadith 40 Imam Nawawi.
Bagimana untuk beriman sekiranya tidak mengasihi orang lain sepertimana kita mengasihi diri sendiri? Mengasihi dengan maksud, sehingga ke tahap kita berupaya menegur orang lain terhadap perkara yang kita tidak suka, dan mengajak kepada perkara yang kita suka. Dengan kata lain sehingga terlaksananya amar ma’aruf dan nahi mungkar.
Bagaimana mahu mengasihi jika tidak memahami perihal orang lain?
Bagaimana hendak memahami kalau tidak meletakkan diri pada situasi orang lain? Atau dengan kata lainnya tidak mahu berempati?
Kenapa perlu berempati? Kerana empati salah satu kunci mendapatkan kefahaman. Salah satu punca datangnya iman !
Dengan berempati anda akan lebih menjadi muslim, tidak suka menghukum dan menuduh tanpa asbab kukuh, menghargai setiap kurniaan, malah jika bertuah anda akan mensyukuri menjadi diri anda sendiri.
Melihatkan ligatnya rakyat Malaysia mendaftarkan diri dan mendepositkan diri untuk menempati neraka yang sangat menepati petunjuk dan petanda yang dinyatakan oleh hadis dan quran, saya fikir kerana mereka menghadapi kegontangan empati yang berlarutan sejak sekian lama.
Kenapa mereka kurang empati? Kerana mereka yang tidak mahu berempati. Kubur lain-lain katanya.
Jangan begitu. Hujan fitnah akhir zaman ini sangat mendesak kita semua memiliki setidak-tidaknya sekaki payung empati. Itupun jika anda sedari.
Pihak berkepentingan dunia kini semakin giat mengembar-gemburkan isu-isu kotor dan jijik di kaca media arus perdana. Si A menuduh si B berzina. Di petiknya bukti-bukti yang nyata tidak sempurna sebagai hujjah, siar di media perdana, terpacullah perkataan dan pemikiran yang bersifat songsang dengan kebenaran.
" Kami Menipu, Anda Percaya" |
Si C menuduh Si D sesat, walhal si D hanya menyampaikan perkataan yang di petiknya dari Quran. Memasuki kaca TV, menjadilah si D kelihatan benar-benar sesat di mata penonton. Lalu meyakini mata dan telinga yang sering bernoda, menilai tanpa empati di hati, terus menyebarkan fitnah berbentuk berita itu. Sedangkan mereka tidak pernah untuk cuba mengerti betapa si D terbeban dengan amanah yang ditanggungnya kerana dia memahami dia dikurniai kefahaman tentang quran dan kebenaran.
Berbanding jika punya empati di hati. Segala berita yang di terima pasti di nilai dengan rasa mencari kebenaran. Terutama jika datangnya dari orang yang jelas fasiqnya.
Anda akan menghargai setiap apa yang datang dari Quran dan hadis nabi jika empati anda tidak di pengaruhi nafsu duniawi.
Fahamilah mengapa para nabi bermati-matian menyampaikan kebenaran, sehingga di halau, di pulau, di ancam bunuh, di gelar sebagai ahli sihir, orang gila, di hina, tetapi masih mendoakan kita di akhir zaman ini walaupun telah berbaring di ranjang kematiannya.
Mereka para sahabat pula berusaha membukukan Quran dan hadis sehingga habis beberapa generasi barulah hajat tersebut berjaya disempurnakan. Jika bukan kerana nilai empati terhadap kita yang terkemudian ini, tiadalah mereka semua akan melakukannya.
Cubalah memahami segala perkara yang terjadi dengan anda meletakkan diri sendiri ke dalam situasi tersebut. Itulah empati. Anda akan nampak dengan jelas perkara yang SEPATUTNYA menjadi amalan dan yang mesti dijauhi, insyaAllah.
Sekali lagi di ulangi, empati itu salah satu kunci untuk memahami. Memahami adalah pangkal jalan untuk beriman.
Dan jangan menuruti perkara yang belum anda fahami. Allah melarangnya. Kelak tiada siapa yang akan menanggung silap itu melainkan anda sendiri. Walaupun anda mengikuti telunjuk pemimpin dalam melakukannya. Pemimpin-pemimpin itu akan mendustakan anda, begitu juga para syaitan.
“ Sesungguhnya (pengikut-pengikut) mereka berkata (kepada pemimpin-pemimpin mereka), “ Kamulah yang dahulu datang kepada kami dari kanan.”
“ (Pemimpin-pemimpin) mereka menjawab, “ (Tidak), Bahkan kamulah yang tidak (mahu) menjadi orang mukmin, sedangkan kami tidak berkuasa terhadap mu…
“ Maka kami telah menyesatkan kamu, sesungguhnya kami sendiri, orang-orang yang sesat..”
“ Maka sesungguhnya mereka pada hari itu sama-sama merasakan azab..”
(Quran 37; 22-30, 33)
Dengan empati, akhirnya Allah izinkan saya memahami. Bahawasanya perempuan dikehendaki Allah bertudung litup mungkin kerana sifatnya yang lemah dari segi tenaga. Sebagai sumber maksiat paling utama, maka Allah mengutamakan supaya mereka lebih menjaga diri mereka sendiri. Agar orang lain terpelihara pula dengannya.
Manakala lelaki kurang kawasan jagaan auratnya, akan tetapi diamanahkan untuk menjaga para wanita dan keluarga, yang tentu sahaja memerlukan tenaga mereka yang banyak itu. Keberatan amanah yang sama nampaknya. Sungguh, Allah maha kaya dengan sifat empati.
Difikirkan kembali, memang benar semua itu adalah kurniaan Illahi.
Tapi, kalau orang tak minta, macamana Allah nak bagi? Kang manusia cakap Allah tak memahami(kurang empati) pulak…
Doa senjata ampuh muslim. Berdoalah. |
*Empathy:
1-the power of understanding and imaginatively entering into another person's feelings (thefreedictionary.com),
2- English saying goes : put yourself into others shoe - to understand them.
April 26, 2011, Pasar Payang, Terengganu.
7 comments:
sebagai seorang muslimat, saya rasa terpanggil untuk bagi sikit ulasan mengenai hijab yang dikenakan keatas kaum saya. hijab/tudung tu adalah lambang wanita Islam. setiap wanita Islam yang hormat pada agama mesti akan pakai tudung. labuh atau pendek tudung tu bergantung pulak kat tahap keimanan. tapi once wanita dah bertudung, that's mean dia hormat kat agama. tak kisahlah panas dalam, peluh2 teruk masa hiking, basah dalam hujan, dia akan tetap setia dengan hijab.
yo lo doh,
tapi jangan risau dik..
bila dah biasa pakai tudung..
bila pakai tudung sebab Allah suruh, yang panas dah tak rasa panas..sbb terbayang2kan api neraka lagi panass.. =)
panas memang panas, tapi memikirkan hikmah di sebalik kepanasan itu ada kesejukkn kelak.. jadi xde masalah dengan kepanasan itu.. itu cuma dugaan kecil... i'allah
‘…’
“ Maka sesungguhnya mereka pada hari itu sama-sama merasakan azab..”
(Quran 37; .., 33)
asif.. i means untuk perbetulkan rujukan di atas..
"…"
“ Maka sesungguhnya mereka pada hari itu sama-sama merasakan azab..”
(Quran 37; .., 33)
ayat yang di rujuk adalah 33, bukan 32..
“Wahai Nabi! Katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin, “Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Quran, Al Ahzab: 59)
Kami bangga mengenakan jilbab kerana ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada kami.. Barang yang 'berharga' biasanya ditutup dengan rapi, dijaga dengan cermat, tidak dibiar kan terdedah.. Masakan permata di biarkan bersepah-sepah? Dijaja di pasar-pasar malam, disentuh dan dipegang sewenang-wenangnya.. Alangkah rasa diri dihargai apabila mengikuti syariat yang betul.. alhamduliLah.. terima kasih ya Allah..
Wahai kaum hawa.. hormat dan kasihani lah diri sendiri.. berilah hak diri untuk merasai kasih sayang Allah.. mengapa perlu ditempah tiket ke neraka sedangkan Allah menawarkan syurga yang indah..? ikutilah syariat dengan sebetulnya.. labuhkan tudung kalian.. walLahua’lam..
tq cahaya iman. khilaf yang jelas. mohon maaf buat para pembaca.
Post a Comment