Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

April 1, 2011

Sanggup ?

Gambar Hiasan
“ Farid, kau ada cerita Cuti-Cuti Cinta?”
“ Ada. Tapi cerita tu tak best la. Baik kau tak payah tengok. ”
“ Kau mana boleh cakap macam tu Farid,” celah saya, bersuara. “ Best ke tak semua tu kan subjektif. Kau rasa tak best, itu pendapat kau. Mana tau si Mirul suka cerita tu. Camane? ”
“ Masalahnya cerita tu memang tak best ! Lainlah kalau best…pot pet…pot pet…”
Ayatnya pedas seperti biasa. Kepalanya juga keras seperti biasa.

Namun, saya mendiamkan diri. Saya tahu kami sama-sama keras kepala. Sama-sama degil dengan keputusan masing-masing.

Mendiamkan diri dalam situasi seperti itu sememangnya menggugat mahkota kesabaran.

Namun berdiam diri untuk suara yang akan didengari, saya lebih rela.

Dalam usaha memberikan pemahaman kepada para pencari nilai kedewasaan, kedegilan anak muda seperti itu tidak patut saya balas dengan kedegilan sama yang mengalir di pembuluh darah muda ini. Kefahaman yag saya cuba bawakan itu akan gagal tertanam jika saya bertindak demikian.

Kedegilan itu patut di balasi dengan menganugerahkan kemenangan yang bersifat sementara pada berkepala batu orang-orang seperti itu.

Berilah mereka rasakan ketenangan dengan kedegilan itu buat sementara waktu. Bimbang kemarahan yang lahir dari kedegilan itu akan menghilangkan kewarasan pemikiran. Maka usaha sedari mula tadi hanya akan menjadi angin.

Biarkan sebentar, masanya perlu sesuai. Ayatnya perlu tepat.
“ Best doe cerita tu.”  ujar Mirul seketika dia tamat menonton cerita tersebut. Sedikit menjerit sepertinya.
Hamdulillah ! Penantian berakhir tanpa perlu saya cetuskan kesudahan. Terbukti tanpa perlu saya melakukan pembuktian. Terima kasih Tuhan !


Putusan dengan Pengaruh Wajar

Perkara-perkara seperti itu adalah subjektif. Bukan boleh di tafsir mengikut pendapat sebelah pihak kerana sudah tentulah pihak menilai mengikut komponen asasi dirinya.

Mungkin saja cerita tersebut menarik, tapi kerana tidak sukakan pelakonnya atau pengarahnya, terus saja menjadi habuan sikap iri yang membusuk membebaskan pekung. Maka kesannya adalah pada penilaian.

Memanjangkan pemikiran, penilaian silap itu akan menjadi falsafah yang menjadi pegangan, yang akan menjadi teras dalam beramal dan membuat keputusan, malah falsafah itulah yang diperturunkan kepada si waris keturunan.

Jika si pewaris itu hanya menjadi kerbau, maka falsafah silap itu akan terus menyucuk-nyucuk hidungnya hingga ke generasi seterusnya. Bersambung-sambung.

Cuma kerana kedegilan seminit itu, sepanjang keturunan mewarisi kekhilafan. Bahaya bukan?

Kecantikan, wangian, kesedapan, keindahan. Semuanya itu adalah subjektif. Selalu saja kita berjumpa dengan pendapat rakan yang bercanggah dengan rasa kita. dan jika difiikirkan dari aspek cinta, kita lebih tertarik dengan orang yang punya rasa yang sama dengan kita.

Lukisan ini bertajuk " Si Tenggang ". Walaupun seperti lukisan kanak-kanak, tetapi jangan hairan kerana si pencinta seni lukisan sanggup membelinya dengan harga jutaan ringgit.
Makanya, perkara subjektif seperti itu usah dengan yakin dinyatakan.

Rendahkan sedikit keegoan yang berkepentingan sifar itu, dan mungkin bolehlah menyatakan perkataan yang lebih adil seperti:
“ Cerita ni tak best. Pada aku tak bestlah. Tak tahulah kalau kau suka. Tengoklah dulu.” atau
“ Cerita ni best, insyaAllah. ”
Semudah itu.

Tapi dengannya putusan anda lebih matang dan berpatutan. Malah mungkin memandu kepada pencetusan hidayah buat anda dan orang sekelilling, malah mungkin keturunan anda.

Saya percaya bahawasanya ugutan bunuh yang didatangkan kepada Ibrahim ‘alaihissalaam; ketika baginda secara panjang lebar telah memberikan petanda jelas tentang kekuasaan Allah dan kenabiannya, adalah kerana sikap kaumnya yang menilai dengan rasa yang dipengaruhi ketidakadilan.
“..maka tidak ada jawapan kaumnya(Ibrahim), selain menyatakan, “ bunuhlah atau bakarlah dia,”..” (Quran 29:24)
Sedangkan tiada sebarang bayaran yang mereka perlu jelaskan kepada baginda Nabi Ibrahim, juga tiada sebarang nyawa yang perlu mereka dikorbankan. Tetapi lebih berkesanggupan mereka membunuhnya kerana penilaian yang berat kepada kehendak nafsu.

Ketidakadilan terhadap kebenaran yang nyata.

Hanya perlu menilai dan berkata tanpa pengaruh rasa ketidakadilan. Maka berangkalian untuk mendapatkan kebaikan akan menjulang tinggi.

Sanggup?


Mac 22 2011, One Stop Centre.

2 comments:

Nurfarahana Abdul Aziz said...

pendapat dan pandangan setiap orang memang lain2..so takleh la nak kondem pendapat orang lain melainkan pendapat itu dah sah2 la salah disisi syarak...kan kan kan?...sape stuju angkat tgn macam saya..hihi

admin said...

benar...sangat benar..benar gila..benar habisssss...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...