Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

May 23, 2011

Perang Dah Tamat ~ Malique feat Rabbani

Harakah AlMuqowwamah Al- Islamiyyah (HAMAS)
“ Lepas ni kita nak buat apa?.. Eh susahnya nak cari parking kat sini. Aku rasa Fauzi tu dah silap jalan laa..Lepas ni kau teman aku pergi buat lesen ea? Tak ingat aku lesen dah mati. Kalau..” 
“ Diam ! Sorry la, tapi aku nak dengar lirik dia…”. Tangan ini mencari butang pengawal tahap isipadu suara. 
Amri diam. Saya pula meneruskan perkara yang hampir mustahil itu; cuba mencari faham dari suara radio yang tenggelam dek kebisingan kota. 


Dengar/Muat Turun   Tonton
[Tun Dr. Mahathir - Intro]

The world now lives in fear.
We are afraid of everything.

[Rabbani - Korus]
Alhamdulillah
Kita selamat
Kabus dah hilang
Perang dah tamat
Nyanyikan lagu
Damai dalam lena
Jangan buka mata
Realitinya sungguh berbeza

[Malique]
Berita yang ditunggu
Kini sedang tersebar
Seluruh umut manusia
Boleh tersenyum lebar
Perang sudah tamat
Terpampang di dada akhbar
Senjata dah dilucutkan
Malahan dibakar

Jalan dah dibuka
Bekalan dah dihantar
Pengawal sempadan bersalaman
Dan bergambar
Tiada lagi askar-askar luka
Main kejar-kejar
Kerna dunia tidak lagi perlukan pendekar

Bumi berhenti bergetar
Tak perlu rasa gentar
Tiang dah dipacakkan
Bendera berkibar
Yang sembunyi keluar
Dah bersinar di luar
Burung besi pulang
Yang sebenar legar-legar

Langit koyak dah ditampal
Tiada halilintar
Laut merah pudar
Jala kembali ditebar
Di desa bunga mekar
Di bandar bangunan tegar
Bunyi mercun
Bunga api gantikan bunyi bom dan mortar
Apakah benar?
Perang dah tamat

[Ulang Korus]

Perang sudah tamat
Kita jadi buta warna
Lihat kulit manusia
Semuanya sama saja
Pembunuhan
Permusuhan
Semua syak wasangka
Harus dihentikan
Berkuatkuasa serta merta

Piagam Madinah dihidup dan dijana
Semua agama Ibrahim aman hidup bersama
Perang cuma tinggal kata dalam kamus lama
Tak disebut
Tak diguna
Tak lagi dicari makna

Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebiji peluru
Dapat sebatang cigar
Perang sudah bubar
Perang sudah bubar
Ganti sebatang senapang
Dapat sebiji gitar

Mereka kata tidak mungkin
Aku balas benar
Cuba tutup mata
Baca risalah diedar
Perang sudah tamat
Ku nyanyi separa sedar
Perang sudah tamat
Maaf bukan cerita sebenar

[Ulang Korus]

[Rabbani - Bridge]
Uthrul Horriyah
Auqifull Haq

[Malique]
Hari-hari tengok berita buruk jam lapan
Hari-hari tengok saudaraku berbunuhan
Bukankah mengambil nyawa itu kerja Tuhan
Bukan aku
Bukan kamu
Ajal Dia yang tentukan

Ada Torah
Zabur
Injil
Ada Quran
Kalau Iqra’
Tiada ibu-bayi mati berpelukan
Ada I-Ching
Ada Tipitaka
Ada Veda
Habis baca semua
Baru sedar kita tiada beza

Kita manusia
Lain nama dan fizikal
Persamaan utamanya kita akal
Biar haiwan saja bersifat territorial
Ok, hypothetical – tiada peta politikal

Saya orang aman
Saya bukan orang jahat
Saya benci perang
Saya rela bersahabat
Nyanyi lagu damai
Satu dunia ikut rapat
Sambil tunggu hari Osama dan Obama berjabat

[Ulang Korus 2X]

[Tun Dr. Mahathir - Outro]
War must therefore be made illegal.

Perang tamat? Jauh lagi la Malique. Walaupun bunyinya sedikit prejudis, namun saya percaya bahawa perang tidak akan tamat dalam masa terdekat ini.

Kerana si pencetus peperangan nampaknya masih belum di bersihkan oleh Imam Mahdi dan Isa a.s. Malah kelibat mereka juga belum di dengari dek berita kewujudan sosoknya dari mana-mana pelosok dunia. Keamanan dunia hanya akan di kecapi selepas kekufuran dibersihkan. The propercies told.
“..Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari Qiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang hari (Qiamat) itu, dan turutilah (pertunju) Ku ; inilah jalan yang lurus..” (Quran; 43:61 ) 
 “..Demi Zat yang diriku dalam kekuasaan-Nya. Tidak diragukan lagi bahawa Nabi Isa akan turun kepada kamu, lalu menjadi Hakim yang adil, memecahkan kayu salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah dan pada waktu itu mengalirlah harta kekayaan yang banyak sehingga ada orang yang bersedekah namun tidak orang yang mahu menerimanya..” (HR Tirmizi)
Lagi tentang kiamat 
Hadis ini panjang usianya. Perkara-perkara di atas adalah perkara yang akan di lakukan oleh Isa a.s. bermula dari kemunculan keduanya ke muka bumi, sehinggalah kesan kemunculannya. Saya tidak kira itu akan mengambil masa yang singkat. Namun, setelah ni berlaku barulah perang tamat. Jauh lagi Malique, tapi pasti akan sangat sekejap saja berlalu, insyaAllah.

HAMAS Current Mastermind

1 comment:

Anonymous said...

Tak lama lagi, perang akan tamat! Masa bergerak pantas, kiamat makin hampir!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...