Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

June 7, 2011

Hari Belia; Hari Mata Belia Menjadi Beliak !

Kemanakah ikon wanita Melayu yang biasanya bertudung?
“ Untuk pengetahuan hadirin sekalian, bajet tahun ini telah berkurangan dari tahun lepas. Kalau dulu, kita bagi enam kali sehari untuk makan. Sekarang berkurangan menjadi empat kali sahaja.”
Pernyataan tersebut disambut dengan keluhan ketara dari para peserta. Meski jumlah peserta hanya sekitar 400 orang, berkurangan hampir 200 orang, namun keluhan itu tetap ketara menggema di dewan Kolej Kediaman Kelima Universiti Pertanian Malaysia itu.
Dato Seri Najib sendiri menyasarkan sejuta orang belia akan berkumpul di bangunan pentadbiran kerajaan di Putrajaya. Saya pula ingin melihat apakah bentuk usaha yang dilakukan untuk mengumpulkan belia seramai itu dari seluruh Malaysia.
“ Setelah perasmian di buat, kita akan ada persembahan dari Super Junior. Untuk pengetahuan, Dato’ Seri Najib sendiri yang mahukan kumpulan Super Junior membuat persembahan..”
Satu keluhan kekaguman pula kedengaran. Kali ini lebih jelas dari yang sebelumnya
“ Fuyoo..dahsyat aa Najib. Patut la bajet kena cut. Dah habis buat panggil Super Junior rupanya. Tapi Super Junior tu sapa?” saya mengajukan persoalan.
“ Entah..”
***


Kepala saya sakit. Mata ini sakit. Rasa ini sakit. Hati ini sakit. Namun saya hanya mampu menggeleng dan menempelak. Menyaksikan sendiri acara di pentas utama pesta Himpunan Sejuta Belia 2011 di layar skrin mega sangat menyesakkan dada.

Kebencian terhadap kementerian melampau-lampau. Laknatlah untukmu wahai penganjur!

Bunyi-bunyian gendang bergema di hadapan Menara Kementerian Belia dan Sukan. Rapat umum lekas saja terbentuk kerananya. Juru tari berada di atas dan di bawah pentas. Bertentangan dengannya adalah khemah dan kerusi khas untuk para menteri jemputan. Saya melihat Dato’ Seri Dr Rais Yatim dan Dato’ Ahmad Shabery Cheek di kerusi hadapan.

Lemah gemalai penari perempuan bertudung di barisan hadapan membuat saya terpana seketika. Astaghfirullah ! Seketika itu juga saya memalingkan pandangan, dan secara spontan terfikirkan perasaan hadirin lain. Kebalkah mereka dengan gemalainya gadis seperti itu?

Laknatlah untukmu wahai penganjur !

Saya tidak tahu apa acara di pentas utama tersebut.  Namun sekumpulan wanita Cina mungkin, memakai jeans setakat pangkal peha yang sendat, berbaju nipis, menari dengan adegan yang mengghairahkan. Bukan seorang, sekumpulan. Malah acara yang bermula pada seawal 8 pagi itu, hanya berakhir pada waktu zuhur.

Paparan mengenainya berada hampir di sepanjang jalan. Hinggakan ada aktiviti-aktiviti sukan yang terhenti sejenak, kerana para petugasnya yang kebanyakan lelaki ghairah menumpukan perhatian pada layar skrin yang berada hampir 500 meter dari pentas utama.

Berjalan sambil mencaci membawa saya ke rapat umum yang seterusnya. Hadirin kelihatan khusyuk dengan acara di situ. Setelah berusaha menyusup masuk, saya di kurnia faham.


Acara pasukan sorak pelajar perempuan. Sebuah pertandingan. Ada beberapa lagi pasukan di sekeliling pentas. Saya memerhatikan raut wajah para peserta acara tersebut. Bercampur antara cina, melayu, dan beberapa kaum sikh. Satu Malaysia.

Kebencian terhadap kementerian melampau-lampau. Laknatlah untukmu wahai penganjur!

Sedang kebuntuan mencari hala tuju, tiba-tiba sebuah lagu irama techno terpasang, di sertai sedikit sorakan. Kami berpandangan, sebelum mencari arah bunyi tersebut. Jumpa. Sejumlah sekitar 50 orang remaja sedang menari. Raut wajah yang bangga dan gembira. Berbaju kuning, di barisi dengan beberapa pelajar wanita di barisan hadapan. Maka yang bersesak mencari lokasi selesa untuk menonton semestinya lelaki !

Laknatlah untukmu wahai penganjur!

***

Sesak. Tapak konsert yang di himpit ribuan penonton. Sekali sekala suara jeritan kekaguman berkumandang. Suara perempuan. Begitu fanatik.

Saya berlari anak ke tempat tersebut. Mencari tahu asbab kejadian. Ahli kumpulan Super Junior sedang mencuba suara juga perkakas. Setiap cubaan suaranya tersambut meriah dek kegilaan para belia.

“ Kita baliklah dulu. Tu baru rehearsal. Malam nanti baru yang betul,” seorang ibu memujuk anak perempuannya yang tidak mahu beredar dari kesesakan itu. Anak perempuannya bertudung molek. Namun juga turut sama mengeluarkan telefon canggihnya untuk merakam. Kasihan ibu itu.

Beberapa kalimat takbir termuntah dari lisan, di sertai gelengan demi gelengan yang lahir saat mata bertentang sebagai merasakan kehampaan terhadap keadaan tersebut. Dahsyat penangan Super Junior ni. Tak hairanlah Dato’ Seri sendiri mahukan keberadaannya pada temasya kali ini. Cara mudah mengumpulkan belia.


Tujuannya? Berikut adalah petikan ucapan perdana menteri Malaysia pada petang tersebut:

“Di Malaysia, satu juta pemuda berhimpun untuk mempertahankan Putrajaya,” katanya.
“Adakah anda bersedia untuk mempertahankan Putrajaya?” tanya beliau berulang kali ketika berucap di hadapan sekitar 8,000 orang hadirin.
“Ada yang panggil saya Bapa Transformasi, saya tidak tahu, tetapi anda semua adalah pemangkin perubahan,” katanya.
Jika belia bersama dengan kerajaan, negara kita akan aman dan kita boleh menjadikan negara kita makmur,” katanya lagi.
Beliau mahu para belia bersatu dengan kerajaan pimpinannya mempertahankan Putrajaya. Pengumpulan sebesar itu adalah bertujuan memikat hati belia agar menjadi dinding bagi menghadapi asakan dari barisan alternatif pada pilihan raya umum akan datang.

Sememangnya itulah cara paling berkesan untuk menghampiri belia dalam jumlah yang begitu besar; hiburan dan permainan. Malang sekali bagi kerajaan PAS di Kelantan yang mengadakan Temasya kepenggunaan barangan halal pada tarikh yang sama kerana program tersebut sedikit tenggelam oleh kemegahan program kerajaan persekutuan.

Mengumpulkan belia dengan menyajikan aktiviti penggalak hendonisme sebagai wadah pengumpulan sememangnya gaya pemikiran orang yang kurang beriman kepada hari kebangkitan dan satu taktik yang sangat menjijikkan.


Enam pentas. Semuanya nyanyian, persembahan dan tarian yang langsung tidak membawa hadirin kearah mengingati Tuhan. Kecuali satu pentas, nun jauh di ceruk hadapan bangunan kementerian kewangan. Satu pentas kecil dengan pertandingan nasyid. Walaupun pentasnya kecil, namun langsung tidak sesak. Ajaib. Hadirinnya mungkin ahli keluarga peserta, serta beberapa orang petugas yang di bayar. Kali ini saya saja yang menggeleng.

Apakah yang bakal terjadi di masa hadapan jika inilah corak pendidikan yang diterapkan dalam diri generasi muda atau belia?

Transformasi bentuk apakah yang Perdana Menteri keenam ini mahukan dengan penganjuran acara joget, menyanyi, dan berhibur secara terlampau dan melampau?

Sedihnya bila melihatkan wajah-wajah pelajar sekolah rendah yang terperangkap dalam jerat minda si durjana. Begitu ramai yang belia yang terjebak menghabiskan waktu pada hiburan melampau anjuran kementerian. Sedikit pun tidak ada peringatan mengenai kewajiban terhadap perlaksanaan solat dan penjagaan ikhtilat.

Pada borang soal selidik saya melepaskan rasa ‘tahniah’ dan ‘terima kasih’ kepada pihak kementerian.
“ Pentas utama menyajikan aksi yang mengghairahkan. Terlalu banyak aktiviti yang menggalakkan hendonisme. Azan langsung tidak kedengaran. Yang dulu lebih baik. Tahniah ! ”
Itulah hakikatnya Hari Belia 2011. Hari di mana mata belia terbeliak. Mungkin Hari Beliak lebih sesuai untuk menggambarkan keadaannya.

Laknatlah untukmu wahai penganjur !

Jun 7, 2011, Durian Tunggal.

8 comments:

drfadzly said...

sy dengar, bunyi2 azan syaitan tu tak berhenti langsung wpun khutbah jumaat sedang berlangsung, Alhamdulillah hati saya tak terdetik utk kesana

zulhelmi said...

Hari Jumaat?

soniacamili said...

rasa-rasanya kalau diikutkan hari jummat bukan hujung minggu bagi warga kota...mengapalah mereka tak anjurkan pada hujung minggu...

hari jummat adalah penghulu hari. mengapa tidak menganjurkan acara yang lebih berfaedah dan lebih berilmu pada hari jumaat?

renung-renungkan lah...;(

admin said...

himpunan sejuta belia 2011: 27-29 mei(jumaat - ahad), putrajaya

Unknown said...

cakap di mulut nk bawa islam... tapi jahil..

Nrzkh said...

duniaaaaaaaa. kuasa bukan kat tangan kitaaa.

Anonymous said...

Hallo brother, awak ada masalah ke dengan Hari Belia ni, sila cerita sikit.

Anonymous said...

bro, kalo nak jadi alim, silakan. xyah menghakimi org lain dulu, betulkan diri sendiri dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...