Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

November 9, 2011

sayang = terima kasih = SYUKUR


“ Alahh. Rosak pulak..” Amir duduk membetulkan zip begnya yang rosak.

Saya menjeling. Mengerlingkan mata pada beg tersebut sebentar, kemudian bersuara.

“ Buang ajelah beg tu Mir..Engkau pun banyak dah beg.”

“ Sayang doe beg ni.” Beg percuma yang didapatinya dari program sukan antara fakulti itu masih lagi diusahakan kesembuhannya.

“ Hah, sayang sangat harta. Dah tak boleh pakai, buang ajelah. Bukan kau tak ada beg lain pun. Tu beg kau yang lain tu. Bukan guna pun !” sambung saya memuncungkan mulut, mengarah kepada susunan begnya yang menimbun.



Amir menoleh. Geram benar nampaknya. Biasalah. Prinsip hidup dipertikaikan. Saya pun boleh melenting. Maka teguran saya itu berlarutan menjadi perang mulut yang sudah menjadi rutin harian kami sebagai rakan sebilik.

Seminggu.

Telefon menghadapi masalah dan terpaksa berganti baru. Pemain muzik tercampak dari tingkat empat ke bawah. Motosikal meragam. Keciciran telefon dan dompet. Kehilangan gugusan kunci motosikal dan rumah. Kesemuanya harta-harta yang sangat penting buat saya meneruskan kehidupan seharian. Seperti merajuk semuanya.

Kejadian tersebut mengisi sirah hidup saya seminggu berikutnya. 

Saya merenung sejenak kehidupan yang kelam-kabut tersebut. Mengapa demikian ? Apa sebabnya ?


Musuh Terbesar
Saya memang tak begitu kisah sekiranya harta saya mengalami kerosakan atau sebarang permasalahan. Jika ada alhamdulillah. Jika tiada atau rosak, saya redha. Jika itu satu-satunya harta yang ada saya akan usahakan kesembuhannya, jika tidak gunakan saja yang lain. Seperti biasanya, pendirian itu bersebab. Kali ini kerana tidak mahu terlalu sayangkan harta, yang mampu membuatkan saya lupa bahawa yang membantu saya disebalik semua itu adalah Allah, dengan harta tersebut sebagai asbab zahir.

Namun apa yang saya lalui sepanjang minggu tersebut semestinya meresahkan walaupun itulah alasan saya mengecam tindakan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling, sekiranya mereka kelihatan terlalu sayang akan harta. Balasannya, kasih sayang saya terhadap harta di uji kuat. Maka melekeklah si Amir mentertawakan situasi yang saya hadapi itu. Padanlah dengan muka.

Kembali memikirkan, sungguh saya merasakan saya telah faham prinsip layanan terhadap harta. Namun peristiwa-peristiwa tersebut menggoncang dan mengkucar-kacirkan segala-galanya. Hanya ayat 2-3 surah atTaubah terbayang dan bermain di minda.

Saya bercerita kepada sahabat sefikrah. Dia memulangkan paku dengan buah keras. Dia juga mengalami perkara yang sama. Dia juga di uji dengan kata-kata yang diujarkannya.

Dia menetapkan untuk tidak memberi bonceng kepada mana-mana perempuan di belakang motosikalnya. Suatu ketika dia mendapati seorang perempuan tiba-tiba melompat naik keatas motosikal tersebut. Dia pernah menyatakan rasa tidak sukanya pada sambal ikan bilis. Kini dia menjadi hantu sambal ikan bilis. Dia pernah mencela anak-anak muda yang berzina. Tanpa disangka seorang perempuan mengajaknya serius dalam berzina !

“ Allah uji kita denga kata-kata kitalah..Jadi apa yang kita ucapkan adalah ancaman buat diri kita sendiri. Terutama bagi mereka-mereka yang sering ingin menegur kesilapan yang berlaku dihadapan mata..” saya cuba membuat kesimpulan.

Sahabat itu bersetuju. “ Aku sibuk kata aku ni tak suka perempuan yang tak banyak cakap dan pasif. Sekali tengok-tengok si Fairuz timbalan aku yang senyap tu nampaknya yang lebih memahami aku.” Kepalanya digeleng. Saya tersengih, melintas sebentar ciri wanita idaman yang kemudiannya meresahkan rasa. Segera dihentikan lamunan itu.



Obsesi Harta
Saya akui kekhilafan dalam mengurus hak kepada harta. Saya tidak menghargai jasanya. Namun saya tetap tidak mengiayakan bahawa tindakan rakan serumah yang sayangkan harta diatas sebagai tepat.

Sememangnya Allahlah yang berada disebalik setiap perkara yang berlaku pada kita. Dia adalah asbab bagi segala-galanya. Perkara ini mestilah jelas. Namun Allah tidak kita mengarahkan untuk melupakan sesiapa saja, atau apa jua yang pernah berjasa kepada kita, walaupun kita mengetahui bahawa mereka cumalah asbab zahir untuk memenuhi sunnatullahi ta’ala.

Sebagai seorang anak contohnya. Taat kepada ibu dan bapa adalah suatu kewajiban, walaupun kedua-duanya kafir, selagi kehendak mereka tidak melaggari kehendak syara’. Allah yang maha pengasih menganjurkan untuk kita untuk melihat dan mengingati kembali jasa-jasa yang kita terima, serta bereaksi positif dengan membalas jasa tersebut sekiranya mampu, atau melakukan apa yang terdaya untuk membalasinya. Perhatikan tindakan Allah dalam firman-Nya:
 "… Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…" (Surah Luqman, ayat 14) "
Perkara yang sama Allah nukilkan dalam surah Al-Ahqaf, ayat 15. Allah menjelaskan apa yang telah di lalui oleh seorang ibu untuk dalam proses kelahiran bayi yang dikandungkannya. Dengan penyataan jasa ibu tersebut, Allah arahkan untuk si anak patuh kepada ibunya yang telah berjasa dalam melahirkan dan membesarkannya.

Walhal kita tahu, Allahlah yang memberi keizinan kepada si ibu untuk berjasa. Allah adalah segala-galanya. Tapi Dia masih mahu kita untuk melahirkan rasa terima kasih terhadap orang yang berjasa kepada kita. Mungkin sebagai tanda bersyukur. Maha Kaya Allah dengan sifat pengasih. ALLAHUAKBAR.

Atas kefahaman ini, kepala motosikal itu akan saya usap sebelum memulakan perjalanan. Sekiranya perlu saya akan mengelap ringkas jasadnya sekali. Begitu pula dengan harta-harta elektronik dalam jagaan yang sekali-sekala akan saya ‘bedah’ untuk menzahirkan rasa terima kasih kerana menjadi asbab dan memudahkan kehidupan seharian ini.

Demikianlah Allah mengajar saya mengurus harta. Ternyata harta bukan untuk di sayangi, tapi untuk disyukuri !

1 comment:

Anonymous said...

awal yang baik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...