Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

May 3, 2011

Antara Terpercaya & Terpedaya

Gambar Hiasan
“ Obama cakap..”
Saya pula melakukan pertanyaan berulang, membongkar keyakinan dalam kata-kata Isman tadi. Nampaknya dia yakin benar.

Maafkan aku saudaraku, sungguhpun kamu tidak pernah menipu aku, tapi aku hanya boleh berpegang 10% dari berita yang kamu bawakan itu. Taufan fitnah yang kerap melanda sangat memaksa. Dan aku percaya akan suatu perkara yang lain.

Namun benarkah begitu? Benarkah berita itu?
***



Dengan kawalan terhadap media yang berada di tangan, pantas berita tersebut tersebar oleh barat. Maka berpestalah segolongan besar manusia yang hidup dengan kedegilan menentang kebenaran dan pemikiran dangkal yang berhasil dari cernaan terhadap media utama dunia.

Itu berita ‘baik’ bagi orang yang ‘baik’.

Seorang lagi pendukung gerakan memusuhi kuffar barat telah di isytiharkan mati oleh pemimpin negara penguasa dunia, Barrack Hussien  Obama. Osama bin Laden dikhabarkan menemui ajalnya setelah berlaku kejadian tembak-menembak di sebuah banglo di Abad-Abad, Afghanistan.

Saya menggitari pad kekunci di panel computer riba. Ya, banyak sumber berita menyatakan sedemikian, namun ramai yang meragui, terutama para pengurus blog. Dan saya termasuk dari golongan yang meragui.

Sejak 2001, sepuluh tahun telah berlalu, namun saya masih kagum setiap kali mendapatkan berita tentangnya. Di buru oleh tentera dari rejim paling terkenal di dunia, meloloskan diri selama satu dekad, sempat juga melakukan beberapa siri serangan balas. Patutkah saya nyatakan perasaan selain kekaguman?

Bagaimana mungkin pengganas sejati dapat tersenyum ikhlas dengan wajah ketenangan ini?
Osama di momokkan barat sebagai pengganas. Termomokkah anda? Patutkah kita  mempercayai pernyataan yang penguasaanya berada di luar penjagaan landasan islami itu? Boleh saja jika mereka ingin mereka-reka sesuatu berita. Mereka mampu menjadikannya  SEAKAN benar. Dan begitulah bahayanya fitnah di zaman akhir yang serba canggih ini.

Lihat saja teknologi perfileman mereka. Lihat saja kecanggihan gajet-gajet keluaran mereka. Lihat saja di Malaysia tercinta. Beberapa kebelakangan ini begitu ramai manusia begitu mudah di bodohi, walaupun dengan fitnah campuran teknologi tahap asas. Itu baru tahap asas. Dengan teknologi yang mereka miliki, bayangkan sahajalah semantap mana fitnah dan konspirasi yang mereka bawa.

Satu soalan. Adakah anda percaya dengan mereka? Anda yakin sepenuhnya dengan dakwaan mereka terhadap semua perkara yang mereka sarankan?

Mengecam Korea Utara dan Iran kerana penggayaan uranium. Namun mereka melakukannya.

Menghantar tentera ke Iraq, Afghanistan, Lebanon, juga kelengkapan ketenteraan ke Libya dan beberapa negara bergolak lain atas nama keamanan dan kedamaian. Begitukah caranya perdamaian dari lensa mata mereka yang kononnya bijak pandai itu?

Baiklah, Amerika menghantar tentera ke Afghanistan atas alasan perdamaian. alQaeda pula adalah diberitakan sebagai pengganas kerana seringkali melakukan pengeboman terhadap sekutu-sekutu dan warga AS. Dan berita itu datangnya dari barat.
 “..Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti,..”
(Quran; 49:6)
Beberapa pembongkaran yang telah di buat terhadap berita tersebut.
Anda percayakan barat atau anda percayakan alQaeda?

Pernahkah alQaeda menipu kita dan berapa kali pula kita tertipu dengan helah dan agenda durjana pihak barat?

Berapa banyak kalikah barat menyesatkan kita, dan pernahkah walaupun sekali alQaeda menyesatkan kita sepanjang sejarah ketamadunan manusia?

Mudahnya begini. Baik lawannya jahat. Tiada istilah atas pagar seperti ‘baik sikit’ atau ‘ jahat sikit’. Jadi BAIK lawannya dengan jelas sekali adalah JAHAT.

Kalau Zionis itu ditunggangi oleh orang-orang jahat, maka orang yang mereka musuhi; para penggerak islam dan penduduk Palestin khususnya, adalah orang yang baik. Kalau Amerika itu penguasanya jahat, mustahil MUSUHNYA adalah orang yang juga jahat. Tentu saja mereka memusuhi orang yang menentang kejahatan yang mereka bawa. Maka adakah alQaeda itu jahat?

Begitu juga dengan HAMAS, FATAH, dan Zionis.

Dahulunya FATAH adalah boneka zionis untuk menentang HAMAS dari dalam. Kerana HAMAS adalah pejuang kebebasan yang berlandaskan islam, berhasrat menegakkan syariat Allah di bumi kenabian itu. Namun dunia digegarkan dengan persefahaman politik dan perjanjian damai antara HAMAS dan FATAH yang termaterai di Mesir secara sembunyi-sembunyi beberapa hari lalu.

Mahmoud Abbas dan Ismail Haniyeh telah bersatu! Sememangnya suatu perkara yang sangat-sangat menggembirakan bagi dunia dakwah islam. Hamdulillah, bermakna kiamat semakin hampir.

Namun, Benjamin Nentanyahu, presiden Zionis di Israel amat marah dengan FATAH atas keputusan yang mereka buat itu. Dan memberikan kata dua buat FATAH; mahu berbaik dengan HAMAS; yang bermaksud menjadi musuhnya, ataupun kekal memusuhi HAMAS dengan jaminan keselamatan dan kemewahan. Kenapa Zionis begitu berang mendengarkan berita tersebut? Kerana HAMAS yang memperjuangkan islam, islam itu sifatnya benar dan 'adil. Nyata bertentang dengan pembawaan mereka. HAMAS telah hilang musuh sebangsanya FATAH, maka itu menguatkan HAMAS dan masalah besar buat mereka.

Jika anda pandang islam itu baik, maka yang jahat semestinya pihak zionis, kerana HAMAS di perangi kerana memperjuangkan kebebasan islam.

Jadi, di mana anda? ujilah sejauh mana anda beriman kepada mereka yang bertaraf harbi(diperangi) itu dengan persoalan ringkas di atas.

Ringkasnya, kalau ada orang yang menyukai(redha) akan segala pembawaan jahat pimpinan durjana Amerika dan Zionis, orang itu jelasnya adalah jahat. Begitulah sebaliknya.

Maka saya meminta jasa baik anda untuk menilai ini, nilailah pernyataan ini dengan konsep yang sama seperti di atas:
"..Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini..."
Sumber: malaysiakini.com. Lagi berita klik sini.
Gambar Hiasan
Aduhai Datuk Seri kita, perlu di kelaskan ke dalam golongan alQaeda atau Amerika? Anda kelaskanlah sendiri...Merujuk kembali, patutkah kita menyedekahkan al fatihah buat Osama? Terpercaya atau terpedaya. Keduanya mesti dan BOLEH di hindari.


Mei 3, 2011, Bertam Perdana, Malim.




4 comments:

mohd Lamka said...

kewujudan osama pon ramai x percaya, sekarang die dah mati plak hurm agenda blake,,,,

Anonymous said...

al-fatihah utk pjuang islam kita..

Anonymous said...

tp betul ke die dh meninggal??
dlm paper pon nmpk gmbr 2 mcm kena edit..

Anonymous said...

AlhamdulilLah.. bagus, anda berani bersuara dengan izin Allah.. semoga sentiasa istiqomah.. syabas dan tahniah serta teruskan usaha..

Semoga rakyat Malaysia terus membuka mata.. pandanglah sinar cahaya yang di bawa, ‘dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osman bin Laden, atau dunia akan lebih selamat tanpa Amerika Syarikat..???’
berfikir lah dengan mata hati..

'Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati(akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada.' (Quran 22; 46)

'Allah menjanjikan (mengancam) orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka Jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah (neraka) itu bagi mereka. Allah melaknat mereka; dan mereka mendapat azab yang kekal.’ (Quran 9; 68)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...