Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

March 3, 2011

Dendam Sampai Jahannam

Gambar Hiasan
“ Tapi aku belum solat. Lagipun sekarang dah pukul sembilan lebih. Kedai tutup pukul sepuluh. Mana nak sempat…”
“ Kau nak ke tak nak ??”
“ Kalau kau tak nak, kau pergi balik bilik, pergi tidur !” Arah Ariff.
“ Err, nak…”
“ Kalau kau nak, kau pergi pakai baju, start motor, pergi kedai depan. Setel.”
“ Esok kau meniaga.”
Tersentak.

Dikejutkan oleh rakan yang jelas lintang pukang solatnya? Sungguh mengujakan.


Petang hari keesokannya saya keletihan sendirian mengangkat perkakas yang digunakan dalam penjualan air.
***

Kisahnya bermula saya terlelap pada lewat petang, sehari sebelum berjaya menjual air.

Sesedarnya kembali hari telah gelap dengan sedikit keriuhan.


9.30 malam.


Terbeban dengan janji kepada Allah terhadap Asar dan Maghrib, yang sudahpun berlalu meninggalkan orang-orang yang terlalai seperti saya.

Keadilan terhadap pengurusan asasi diri; mandi makannya belum saya tunaikan.

Memikirkan tanggungjawab sebagai pengerusi kelab yang dikambinghitamkan oleh sikap tidak bertanggungjawab exko keusahawana kelab menambah gelapkan lagi dunia saya.
“ Dua minggu lagi fakulti nak buat futsal. 
Aku nak kau incharge. Jual lah apa pun. 
Yang penting ada gerak. Aku cadang jual air je. 
Aku boleh tolong set up barang-barang. 
Nanti kau bincanglah dengan Ain nak buat macam mana. 
Dah confirm semua gitau aku. Nanti aku keep up.”


Terdengar-dengar perbualan itu; menghidupkan api kegeraman yang lama membara.


Melangkah malas ke bilik Ariff melepaskan rasa, menyebabkan berlaku perbualan di di atas.

Tanpa kesedaran yang penuh, lebar senyuman yang terukir saat saya melangkah keluar dari bilik itu.

Kehampaan saya lenyap, berganti dengan semangat tidak berputus asa yang meluap-luap. Dunia saya berhenti berputar.

Terasa benar kebesaran-Nya.

Maha suci tuhanku yang menyelamatkan aku dari belenggu rasa kehampaan dan putus asa yang dirangka oleh musuh nyataku; syaitan dan konco-konconya yang tidak pernah mengaku tewas.

Maha suci Tuhanku yang membebaskan aku dari penyakit was-was.



Dendam Sampai ke Jahannam

Hilangnya keyakinan atau timbulnya was-was adalah salah satu senjata ampuh syaitan dalam menjerat anak cucu Adam.

Setelah menemui kegagalan dalam cubaan menghalang di peringkat pemasangan niat, di cubanya pada peringkat gerakan beramal.

Maka kerana itu salah satu dari ayat pelindung saranan nabi terhadap empat helah terbesar syaitan adalah mengenai perlindungan dari sikap was-was.

Sikap was-was bolehlah diertikan sebagai ragu-ragu atau tidak punya keyakinan.

Dan keraguan itu datangnya dalam bentuk bisikan.
Gambar Hiasan
Berkali-kali mengangkat takbir, dan wudhuk yang berulang adalah contoh yang jelas.

Kalau anda memandang perbuatan tersebut adalah perkara kecil, sedarlah !

islam memandang besar apa yang anda pandang sebagai kecil itu.

Dengan was-was, seseorang akan diselubungi kebosanan, maka kemalasan yang menanti di hadapan, berlaku penangguhan kerja, akhirnya memungkinkan pembatalan gerak kerja ke arah kebaikan.

Maka tiada kebaikan akan berlaku !

Ringkasnya begitu.

Besar bukan ?

Maka mohonlah pemeliharaan terhadap keraguan.

Mungkin anda adalah jutawan masa depan, atau seorang ilmuwan, mungkin sekali hartawan, atau budiman.

Tapi bahana keraguan, anda menjadi banduan yang meringkuk di dalam penjara, terperangkap dalam lingkaran fitnah dunia.

Siapa tahu.

Maka jangan sekadar ‘ terduduk ’ jika di uji dengan ujian yang menekan.

Tapi biarkanlah ujian itu membuatkan kita ‘ tersujud’  memohon bantuan Tuhan.

Bermula dengan usaha menghindarkan diri dari keraguan, maka katakanlah:

 “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. 
“Yang Menguasai sekalian manusia, 
“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, 
Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, - 
“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, 
“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.
(Quran; 114:1-6)



Februari 22, 2011, Bertam Perdana, Melaka


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...