Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

March 13, 2011

Rapuh ~ Opick

Gambar Hiasan
Bukak tv3 sekarang. Ada lagu Opick kat cerekerama tu. Nanti bagi kat aku.”
“ Ooo, kau. Dulu kutuk aku bukan main lagi sebab aku suka lagu Opick. Kata aku villagers la, itulah , inilah. Jangan harap aku nak bagi. ”
“ Haha. Alaa, bukak ajelah.”
Beberapa minit peti mesej kami tidak sunyi menyambut mesej baru yang datang.

Keinginan untuk tahu yang kuat menggagahkan saya untuk menempuh jalan cerita yang hambar dan boleh dijangka, kualiti lakonan dan dialog yang tidak memuaskan langsung pada cerekerama malam itu.

Mungkin kerana lagu itu dia akan mendapat hidayah seperti yang telah saya dapatkan, siapa tahu.

Jenuh juga menunggu.

Banyak saja lagu yang dimainkan dalam cerita itu, namun bukan lagu Opick.

Akhirnya, pada sekitar 15 minit terakhir barulah lagu yang di nanti terpasang.

Setelah mendengarkan sedikit liriknya, saya penuh berkeyakinan dengan tajuk yang sememangya tercatat rapi di minda.

Gambar Hiasan
Klik untuk dengar/muat turun / tonton
Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Kupersembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidup ku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
DiriMu yang bertahta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu


Berbeza dengan lagu nasyid muslim Malaysia, lirik lagu Indonesia adalah lebih berterus terang, telus dan ringkas.

Sedangkan nasyid Malaysia kebanyakannya mempunyai lirik yang berat.

Berat dari segi panjangnya lirik dan tahap kepuitisan penulis liriknya.

Maka tiada yang dapat saya huraikan dari lirik lagu ini, kerana liriknya yang mudah di fahami dan di hadam.

Hampir terlupa, hanya si pengguna iman dan akal yang beroleh hidayah.

Moga nyata manfaatnya.



Mac 13, Pulau Gadong, Melaka.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...