Gambar Hiasan |
“ Siapa antara kamu yang bersenam pagi ni? ” soal Pak Anjang prihatin pada slot selepas sarapan pagi itu. Senyum dewasanya terukir riang.
Tiada reaksi positif. Yang ada hanyalah culaan mengenakan rakan dan gelak-gelak kecil.
“ Ada sesiapa?”
Suasana masih seperti tadi.
Tiada tangan yang di angkat, dengan mulut masih berbisik sesama sendiri, sesetengahnya masih melayan rasa mengantuk.
“ MACAMANA BOLEH TAK ADA ??! ”
Hadirin terjegil.
“ MACAMANA KALAU TIBA-TIBA MALAYSIA DI SERANG TENTERA ISRAEL ATAU SEKUTUNYA ??”
“ MACAMANA KALAU TIBA-TIBA SEMUA REMAJA MUSLIM DI KERAH UNTUK DI BAWA SEBAGAI TENTERA BANTUAN KE PALESTIN ?? “
“ MACAMANA KALAU MALAYSIA DI TIMPA GEMPA BUMI YANG TERUK ?? “
“ APAKAH KAMU MAMPU MENGHADAPI CABARAN DAN MENYAHUT SERUAN ITU DENGAN KONDISI KAMU YANG TIDAK MENJAGA KESIHATAN ?? ”
Semua menunduk. Memakukan pandangan sepertinya ingin menembusi lantai di bawah.
Dalam diam saya mengakui kesilapan yang menyebabkan kami dimarahi.
Malu.
Malu benar rasanya.
Tidak bersedia. Memang besar silapnya.
Sedang muslim adalah golongan yang sentiasa bersedia.
Selalu Terlupa
Apa ?
Anda tidak mengikuti perkembangan berita sukan ?
Anda tidak tahu Chelsea menewaskan Manchester United dengan sepakan penalti ?
Anda tidak pernah tahu yang Christiano Ronaldo menyumbang besar untuk kemenangan Real Madrid dengan tujuh berbalas kosong ?
Anda tidak kisah Azizul Hasni Awang dengan kecederaan serius di betis ketika berbasikal di litar ?
Sudah anda saksikan tayangan pasukan Malaysia menumpaskan Pakistan dalam saringan ke sukan Olimpik tempoh hari ?
Apa ?
Anda dilahirkan tiada bakat dalam bersukan.
Anda kaki bangku , dan bertangan kayu ?
Oh, kasihannya.
Apa?
Sosok anda adalah lagak gaya ustaz, jadi tidak sesuai orang berjubah bercerita perihal sukan ?
Rakan-rakan anda menggelar anda ustazah, jadi tudung labuh anda kelihatan janggal jika di bawa bersukan.
Anda wakil pelajar yang banyak urusan, sehingga tidak sempat untuk bersukan ?
Oh, aku cuma buat sunnah nabi dalam beriadhah. Nabi suruh berkuda, berenang, dan memanah. Main bola atau badminton ni semua lagha je. Bid’ah. Dholalah lagi !
Begitukah yang anda fikirkan ?
P E R S E T A N semua itu !
Jadi nak tunggu ada kuda, ada kolam, ada busur baru nak beriadhah?
Sejumud itukah islam yang anda agungkan ?
Jangan bawa fitnah pada agama !
Apa yang nabi saw sabdakan itu adalah teras utama dalam bersukan.
Nah sekarang, gunakan akal sihat anda untuk memahami teras amalan saranan nabi itu.
Berenang memerlukan tenaga yang di kawal secara sedikit dan konsisten.
Memanah selain mementingkan fokus yang tinggi, juga menuntut kawalan tenaga yang tepat dan berkesan.
Berkuda. Saya percaya adalah berkenaan kemahiran insaniah berkaitan kenderaan. Kerana peri pentingnya kenderaan dalam usaha mendapatkan kebaikan dan kesinambungan usaha menyebarkan kebaikan.
Jadi anda perlu tahu mengapa lampu kenderaan boleh menyala, fungsi plug pada kenderaan, aerodinamik dan ergonomiknya, sedikit pendawaian asas, rupa spoket yang kehausan, waktu yang tepat untuk menggunakan chock, atau bentuk sebenar gasket dalam enjin.
Jika anda benar tidak berbakat dalam sukan, itu bukan lesen anda untuk mengabaikan kesihatan badan anda serta tidak mengambi tahu perihal kesukanan.
Jika tidak, bagaimana untuk anda mendekati mat motor ?
Itu, rakan anda si kaki eskpidisi dan sukan lasak, siapa yang anda harapkan menjadi penegur mereka kalau bukan anda sendiri ?
Rakan sekelas anda yang hanya tahu bergembira, huha sana, huha sini. Tidak pernah anda tegur kerana tidak sekepala dengannya ?
Apakah anda hanya memberi peringatan kepada si ahlul musolla, dan tidak kepada si kaki bola?
Barang diingat hai saudara.
Muslim adalah golongan yang wajib sentiasa bersedia.
Kestabilan emosi dan jasmaninya mestilah sentiasa optimum.
Di minta menjadi itu, cemerlang. Di minta menjadi ini, gemilang.
Menjadi pulau jika tercampak ke laut, menjadi bintang jika terlantun ke langit.
Jika anda rumput yang lembut, tak perlu impikan menjadi karang yang teguh.
Gambar Hiasan |
Tapi impikanlah menjadi rumput yang mempunyai pelbagai guna.
Bermula dengan keadaan kesihatan anda yang berada di tahap optimum.
Kerana jasad yang sihat memungkinkan tindakan yang ligat.
Awasilah sihatmu, sungguh, itu nikmat yang sering manusia terlupakan.
Mac 6, 2011, Jalan Haji Banus, Pontian.
No comments:
Post a Comment