Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

March 18, 2011

Syahwat, Puasa & Dot Dot Dot

Gambar Hiasan
Kentang putar itu tersuap lembut ke bibir. Set Delight B yang saya pesan ditangguhkan 15 minit. Meneka kerana ayamnya belum di goreng, saya redha menamatkan riwayat kentang putar itu sendirian.

“ Zul, ana nak tanya sikit la. Berkenaan nafsu ni.”ujar saya, atas cubaan membawa suasana perbualan ke zon pemikiran dewasa.

Zul memandang, alisnya di balik kaca mata jelas terbeliak. Namun masih menyumbat ayam ke dalam mulut, menelan, sebelum memberikan reaksi buat pernyataan saya.

“ Ohoo, itu yang tulis kat dalam blog tu ? Haa, kenapa ? ”.


“ Haha, baca ke? Terima kasih. Macam kat dalam blog tu. Hisssh, tak boleh laa. Susah betul nak kawal syahwat ni. Memang betul-betul buas siot. ”

“ Betul ke, gelojak nafsu ni memang berkaitan dengan umur yang meningkat 21? Ikut anta punya pengalaman la kan, Sampai bila ek rasa macam ni? ”

“ Hmm, ana sampai sekarang pun terasa lagi. Sampai kahwin la jawabnya! ”

Termengkelan sejenak. Terpaku melihat matanya, berhasrat mencari bukti gurauan dalam pernyataanya tadi.

Tiada. Sahabat itu serius nampaknya. Aduh, parah ni.

“ Sampai nikah ?? ”

Mak aiii. Habis la macam ni. Nikah mungkin empat lima tahun lagi. Bermakna ada empat lima tahun lagi la baru boleh setel ke masalah ni ? ”

“ Nampaknya macam tu lah. Sebab itulah, sesiapa yang berkemampuan, kena nikah awal. “

Saya masih terperanjat. Cheesy Wedges RFC itu saya kunyah dengan tenaga kegeraman bercampur hampa. Tidak berpuas hati rasanya.


Signifikasinya; Cuma Terfikir
"..Memberi janji kepadaku oleh Nabi (s.a.w) tiga (perkara): (pertama) bahawasanya tidak aku tidur kecuali atas (solat) witir (yakni, tidur hanya setelah mengerjakan solat Witir), dan (kedua) berpuasa tiga hari di dalam tiap-tiap bulan (yakni, ‘puasa putih’, iaitu pada 13, 14 dan 15 bulan-bulan Hijrah), dan (ketiga) dan bahawasanya aku Solat Duha (sekurang-kurangnya 4 dan sebaik-baiknya 12 rakaat).’  
Daripada Nabi saw, Abi Rabi’, Abi Hurairah (r.a), (Hadith sahih at-Termidzi, Kitab Saum)

“ Baru-baru ni, ana terfikir. Kenapa kita disuruh berpuasa untuk mengekang nafsu. Anta rasa kenapa ? ” ujar saya dalam cubaan menolak jauh rasa kehampaan tadi.

“ Mmm, mestilah sebab nak jaga nafsu, ” balas Zul, meneka.

“ Memanglah sebab kawal nafsu. Tapi  apa signifikannya? ”

“ Anta pernah dengar kan hadis berkenaan puasa tiga hari sebulan? Sebagai amalan tambahan..”

“ Ooh, pernah. Yang pahala berpuasa tiga hari dalam sebulan sama dengan berpuasa sebulan.”

“ Ooh ada ke? Ana tak tahu. Kan ana dah kata, ana tak kisah sanga tentang nilai ganjaran ni.”
"...Berpuasalah dan berbukalah, tidurlah dan bangunlah untuk solat (qiam) serta berpuasalah tiga hari setiap bulan kerana pahalanya dilipatkan sepuluh kali. Jika setiap bulan kamu berpuasa 3 hari, itu seperti berpuasa sepanjang masa..."
Riwayat Bukhari dan Muslim
“ Haa, ok lah. Ada lah tu. Haa, sekarang, kenapa Allah suruh puasa?”

“ Ini cuma apa yang ana fikirkanlah kan. Gunanya puasa tu nanti, bila si isteri tidak dapat melayani syahwat suami..” segera saya melontarkan jawapan bila melihat tiada reaksi positif dari Zul.

“ Ha’ah, masa haid semua tu kan tak boleh..”sambut Zul perlahan.

“ Kita boleh nampak kes-kes dimana suami mendapatkan perempuan lain walaupun setelah berumah tangga. Kenapa? ”

“ Ana fikir kemungkinan besarnya kerana dia tak dapat kawal syahwatnya. Kalau buat seks semasa isteri mengandung mungkin membahayakan kandungan. Bukan salah dia kalau tak dapat tahan syahwat. Benda tu kan datang sendiri. ”

“ Heyy, dahsyat syahwat ni. Paling kuat pun boleh tahan dua minggu. Lepas tu dah separa gila dah. Dua minggu bebb. Bini mengandung sembilan bulan. Macamana nak buat ? ”

“ Maka sebab itulah, disarankan berpuasa, sebagai latihan menguruskan nafsu bila saat nafsu bergolak, tapi tak dapat tempat halal untuk dilepaskan. “

“ Sebagai si suami, bayangkanlah isteri tengah mengandung, dia pi cari perempuan lain, atau melakukan perkara-perkara yang tidak disarankan dalam islam. Kemungkinan besar akan memberi kesan pada akhlak anak. "

Keratan salah sebuah akhbar tabloid
“ Berbanding kalau dia dah biasa berpuasa, kesan dari jihadnya dalam mengawal nafsu tu memungkinkan anak dalam kandungan tu terkesan dengan akhlak baik dia dan isterinya. Mungkinlah kan, ana cuma terfikir. ”

“ Maaf terlewat,” ujar pelayan lelaki itu ketika menghantar set hidangan yang saya pesan tadi, sekaligus memotong topik perbualan kami. Memang benar mereka terlewat.

Kelaparan yang amat sangat menafikan semua kesilapan teknikal itu; menyebabkan segala yang boleh dimakan habis menjadi penghuni perut yang baharu.

Bersambung-sambung episod perbualan kami setelah itu, sehingga akhirnya hampir jam sebelas barulah kami bergerak pulang, sedari awal isyak kami bersama.


Begitulah bicara tentang nafsu, yang hadirnya tidak menentu, seringkali mengheret diri ke lembah lesu.


Aduhai Nafsu, seteru yang sering menjadi teman karibku !


Mac 14, 2011, One Stop Centre, Kampus Bandar.

5 comments:

Ria Insyirah said...

Di syurga kelak, Allah mencipta bidadari yang cantikk untuk insan pilihan.

Diriwayatkan Rasulullah ada bersabda bermaksud:

Sesungguhnya Allah ketika menciptakan syurga Adnin ada memanggil malaikat Jibril.

" Pergilah engkau dan lihatlah apa-apa yang telah aku ciptakan untuk hamba-Ku dan wali-Ku?
Maka,malaikat Jibril pun pergi mengelilingi syurga Adnin yang cukup indah. Tiba-tiba seorang bidadari yang cantik jelita keluar dari salah sebuah istana,lalu mendekati Jibril seraya tersenyum simpul.Tiba-tiba syurga itu menjadi terang benderang daripada sinaran dua batang gigi serinya.Maka,Jibril pun sujud kerana dia mengira bahawa sinaran itu adalah daripada cahaya Allah.

Melihat keadaan itu,bidadari pun berkata,

" Wahai Jibril,malaikat kepercayaan Allah,angkatlah kepalamu".

Maka Jibril pun mengangkat kepalanya dan memandang bidadari dengan penuh kekaguman,sambil berkata :

" Maha Suci Allah yang menciptakan engkau wahai bidadari".

Kata bidadari :

" Hai!Jibril,tahukah engkau untuk siapa aku diciptakan ?

Jibril pun bertanya balik :

" Untuk siapa engkau diciptakan? "

Bidadari pun menjawab :

" Sesungguhnya,aku diciptakan untuk orang yang lebih mengutamakan keredaan Allah,mengatasi hawa nafsunya".

NAFSU ini sifatnya liar, maka pemilik nafsu perlu GARANG dengan dirinya. Sibukkan diri dengan kerja-kerja dakwah agar nafsu itu terdidik dengan kesibukan pemiliknya. Segalanya kembali padaNya.

hafizah nasruddin said...

incik ghazi: terbaeklah,, kawal nafsu pasni,, pose banyak2,, :]

ria insyirah : nice one!

zulhelmi said...

kat Melaka ada RFC eh?

riangria said...

Assalamualaikum.. 1 Malaysia.. 1 senyuman.. smoge hari ini lebih baik dari semalam.. terime kasih atas coretan luahan perasaan anta.. @ mugkin ini hanyelah sekadar suatu bahan perkongsian kehidupan seorg insan bernama ‘lelaki’. Bagi ana, anta ini da ble dikategorikan ‘wajib’ kawin ni.. hihi.. Ketahuilah perempuan itu bukanlah tempat untuk melepaskn nafsu semate.. perkahwinan itu suci, terbine atas dasar amanah dan tanggungjawab. Jika difahami sedalamnya, insyaAllah x akan berlaku ‘suami bermain kayu tiga’ di blakg isteri.. renungknla.. akhirkate, terime kasih atas coretan pendek ini, buat mase ini, harapnye anta dptla melupakn sejenak perihal nafsu ini, sibukknla diri anta dgn tanggungjawab hidup di dunia ini yg sama sekali tiade penghujungnya. Dan, kita akan ditanye akan segala tanggungjawab itu. Anggapla ia sekadar senjata syaitan untuk menghasut anta yg ternyata sekali cemburu dengan anta, manusia ter istimewa ciptaan Allah.. anta pasti sudah ketahui mgenai perjanjian syaitan dlm surah Al-baqarahkan? Yakinla, Sesungguhnya, Cinta kepada Allah itu mampu mengatasi segalanya. Teruskan bekerja.. matila sbg syahid dijalan Allah..
Nukilan: Senyum selalu..

admin said...

riangRia: terimakasih. ana akan cuba. entri ni sebagai catatan perbualan ja. ana cuba berfikir dari sisi mereka yang kurang fahamnya. kerana ada hamdulillah, dah tahu cara orang fikrah berfikir.niway thanks sudi baca.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...