Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

March 7, 2011

Tanya Sama Itu Hud-Hud ~ M.Nasir

Gambar Hiasan
Ruh perjuangan kini beralih pada semangat Melayu islam.

Maka, lagu-lagu yang benar-benar bersifat kemelayuan saya kejarkan.

Bunyi seruling, rebana dan gendang apabila bercampur dengan bahasa Melayu yang indah, memang mengasyikkan.

Darah kemelayuan ini mengalir deras saat mendengarnya, walau saya hanya Melayu pada bangsa, dan bukan keturunan.

Sifu industri muzik tanah air ini saya tabik.

Pada saya, dia juga penyanyi irama nasyid.

Jadi dengarkan nasyid dendangannya.

Ingin dapatkan pesanan ketuhanan darinya?

Telinga anda mesti tajam, kepekaan anda mesti tinggi, juga anda harus mempunyai puitis dalam berbahasa.

Kerana inilah bahasa Melayu yang indah.

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

..Tujuh puluh tiga pintu,
Tujuh puluh tiga jalan,
Yang sampai hanya satu jalan..

Berkenaan dengan lirik ini, saya cuma menemukan peraitannya dengan hadith nabi yang satu ini:
“..dan sesungguhnya kaum Bani Israil telah berpecah belah kepada tujuh puluh dua puak dan umatku pula akan berpecah belah kepada tujuh puluh tiga puak,  semuanya (akan dihumbankan) dalam neraka kecuali satu puak sahaja”. 
Sahabat-sahabat Baginda bertanya: “Siapa dia puak yang satu itu ya Rasulullah? ” 
Baginda menjawab:  “Puak itu ialah puak yang tetap di atas jalanku dan jalan sahabat-sahabatku..” 
(Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Riwayat Tirmizi, dari Nabi Saw)

..Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini..


Lirik ini pula mempersoalkan keputusan yang kita buat dalam menjalani kehidupan sehari-harian.

Ingin jadi bijak, atau jadi bahan pijak ?

Bahawasanya peraturan di reka kerana ingin mengatasi kekalutan dan kebimbangan manusia.

Tapi kemudiannya peraturan itulah yang mnciptakan kekalutan apabila terdapatnya insan-insan yang melanggarinya.

Ulama kata cara A bagus, A yang terbaik, tapi dia nak pakai cara Z jugak.

Allah kata islam itu dah sempurna, tak perlu cara lain untuk dapatkan keamanan dan kedamaian.

Tapi kerana nafsu yang dipertuhankan, islam pula yang pincang.

Hak asasilah, hak itulah,hak inilah. Walhal yang dikejari adalah hak untuk sensasi.

Apakah rasanya bila kawan tika suka anda membiarkan anda sendirian menghadapi kesusahan ?

Saya cuma mnggelarnya sebagai 'biadab'.

Itu yang saya temukan, mungkin banyak lagi yang akan anda jumpai jika berminat memikirkannya.

Mac 7, 2011, BK3, Melaka.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...