"Ni lagu aku mase bercinta dulu," Ujar Halim.
Aku memandang kepada skrin. Lagu duet jiwang 90-an oleh KRU dan Elite rupanya, lalu tersenyum. Dia sukakan lagu techno. Paling digemarinya adalah lagu2 Ne-Yo kerana Ne-Yo itu jogetnya cantik dn teratur.
"Lagu ni membentuk generasi rupanya kan?" aku menambah.
Halim memandang bingung. "Tak faham," ujarnya.
"Contoh macam kau. Gaya bercakap, berpakaian, hidup kau gaya Inggeris. Sebab kau suka lagu2 inggeris yang berbentuk techno" aku menambah. Dia hanya menangguk dn buat muka 'ye, betol 2'.
Besarnya muzik ni kita boleh lihat pada produk2 semasa. Banyak saja syarikat yang keluar dgn produk2 berasaskan muzik. Stereo Hifi, Beats, Bower and Bilkins, Undercurrents, Sol Republics, 2 semua headphone utk muzik. Nokia keluar dgn expressi muzik. Apple keluar dgn iPod, siap versi Nano ngn Shuffle lagi, tak kurang Sony dgn Walkman yang tak pernah2 nak turun harga. Cis.
Aku berpendapat, Muzik adalah salah sebuah medium doktrinisasi. Doktrinisasi dalam gaya yPaling berkesan kerana menarik serta selari dgn kehidupan manusia. Dalam muzik, orang mengekspressikan perasaan, fahaman, suasana, tindakan dan amalan, serta gaya hidup. Contoh mudah, kita tgk lagu2 mat saleh. Menceritakn suasana di dalam kelab, hubungan yMengarut, malah kebanyakannya mencarut2.
Hasilnya?
Budak2 yBaru 'kenal dunia' mewarisi budaya penyanyi sama ada dari segi pemakaian, perkataan dan perbuatan seperti yang terdapat dalam nyanyian dan muzik. Hip-hop, jazz, rock, pop, ballads, techno. Mcam2. Sekarang zaman korea dan barat bertembung. Siapa tidak kenal Oppa gangnam Style? Tak pasal2 anak sedare aku pn tau. Ntah sape aja dia.
Nampak tak? senangnya membentuk generasi !
Kalau lagu itu sesat serba serbinya, Habislah.
Bruno Mars, Rihanna, Linkin park, Maroon Five sering menghasilkn muzik yBerkualiti. Tapi awasilah lirik2 mereka, apatah lagi klip2 videonya.
Coldplay dan One Republic juga menarik kerana aku berpendapat mereka adalah ejen kristianisasi; tinjauan melalui lirik dan klip video mereka.
Sama seperti filem. Cerita2 propaganda seperti Iron Man the series, Transformers, GI Joe, mendapat sambutan hangat, kerana bertujuan mempromosikan teknologi ketenteraan. Chevrolet yMerupakan 'Proton di Amerika' memperagakan produk terbaru mereka kepada seluruh dunia melalui filem transformers. Jadi minat orang terhadap produk dpt ditanam melalui filem. Org akn berkenan terhadap kereta2 tersebut dan berusaha memilikinya.
Lihatlah betapa femesnya Chevrolet Camaro. Juga kereta yTerlibat dlm Fast Furious the Series. Semuanya aku yakin bertujuan promosi.
Kalau aku, aku lebih sukakan muzik asli itu sendiri. Untuk hiburan semata, Aku sukakan bakat piano Maksim, juga Keesamus melalui Putih2 Melatinya. Tak kurang hebar geng dak Sheryar Malik dgn semua covernya. Terkini yAku jumpa adalah hasil tangan Sungha Jung sangat2lah menarik perhatian. Aku jumpa kat You Tube. Ni mase dia kecik2. Skg da besa la gak.
Sangat mengagumkan bakat dn hasil tangan mereka.
Senjata
Muzik dan filem adalah senjata musuh. Maka berwaspadalah. Setan sialan itu meminta izin utk menjadi pembisik bagi menyesatkan manusia saat dia di Expell dr Syurga. Kini aku sedari bahawa bisikan adalah suatu senjata yang sangat merbahaya dn kuat kesannya, selain menjimatkan kos dlm banyak2 kaedah 'brainwash' yAda.
Sugguh rasional si setan 2. Dia bisik2, pastu kat akhirat, bila manusia salahkn dia ats dosa2 yMereka buat, dia selambe je kate yLebih kurang camni bunyinya: Aku sarankan je. Sape suroh ko ikot.
Cilake kan? Mmglah. Nama pun setan. Tp bnde2 ni xBerkesan terhadap org2 yIkhlas. Sebab Allah ajar lalu Nabi saw, doa2 utk hadapi setan dn bebas dari pengaruhnya. Doa pd Allah sbb kta tak nampak setan, apatah lagi nk dengo suara bisikan dia. So kita serahkn urusan ni pd Allah sebab mmg 2 pn adabnya jd hamba.
Doa kan senjata terhebat mukmin? Deadly weapon tuuu..Nabi saw. gtau.
Tapi Kita boleh menetapkn bisikan macamana yIngin kita dengar. Perkara ini memerlukn kita membiasakan telinga kita dengannya. Mendengar lagu2 yMembuat kita berfikir, mengingati, dn semakin membesarkan Allah adalah jalan terbaik. Telinga kita akan terngiang muzik atau bisikan yang familiar dgnnya mse kita tgh dok sgsorang, baru bgun tidur atau sdg berfikir juga bekerja.
Kita ada lagu2 Zubir Ali, M. Nasir, Bimbo, Abiet G. Ade, allahyarham Loloq, Ahli Fiqir, Malique, Altimet, dn beberapa composer tempatan dn luar Negara yang sangat2 membantu kita berfikir tentang alam, tuhan dn hakikat kebidupan. Kalau nak sangat silakan dengar lagu ketuhanan versi nasyid atau religi atau barat. Lagi direct.
Kehidupan itu ada muziknya. Jgn ghullu terhadapnya. Pesanan utk diri sendiri. Mintalah perlindungan dari Allah dgn sesungguhnya dr setan ya.
More Sungha Jung artwork:
No comments:
Post a Comment