Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

November 19, 2013

Sabotaj Yang Tidak Dapat Dihalang


Bila tahu perut si isteri berisi, kedua suami dan isteri masing menjaga adab dan tutur kata; elak mengumpat dn mengutuk. Takut terkenan dengan si bayi dgn org yDikutuk.

Si isteri, Nak makan apa? Sebut saja sambil pegang perut dn buat muka comel. Komfem cair punyalah si suami. Dengan berat hati pun si suami akn bgun dan pergi cari walau camnepun.

November 17, 2013

Kenajisan Dalam Kesucian


Gigi mesti bersih bersinar. Setiap pagi makan penyegar nafas. 3kali sehari gosok gigi. Pagi2, ptg2, Sblm tidur. Lepas makan paling tak berkumuh/cungkil gigi. Kalau tak pun guna listerine. Berus gigi ganti setiap 2bulan, ikut nasihat pakar sebab nak jaga gigi. Pergi klinik gigi dan buang ketarak setiap beberapa bulan.

Setiap kali mandi mesti cuci muka punyalah. Jadi wajib ada pencuci muka. Tghari lepas makan lap muka dgn mekap utk elak habuk dn berminyak. Nak tidur pakai mask pulak. Berharap muka jadi cerah, kulit halus, tak tumbuh jerawat, atau penyakit2 kulit yLain. Janggut, misai, bulu hidung mesti pada kadar panjang yang terkawal.

November 13, 2013

Bos Sebenarnya


"Semalam I pergi beli budak tu punya pampers dan susu. I ambil sedozen tau, yang besar punya. dekat seribu I keluarkan duit untuk dia saja. Mak aih, tinggi siot kos hidup budak tu. I pun tak pakai duit sebanyak tu untuk sebulan," ujar Bos bercerita dengan penuh bersemangat seperti biasa.

Bos aku ceritakan tentang hal pengurusan duit. Dia berbelanja secara pukal untuk putera tunggalnya.

Apa rasionalnya ya? Kerana itu lebih dapat mengurangkan kos berkali-kali ganda lebih banyak berbanding pembelian biasa. Akan datang barang tentunya semakin naik harga. Jadi beli sekarang; ketika harga masih murah, dapat mengurangkan kos perbelanjaan di masa depan.

Aku yang sebelum ini menyangka, aku bekerja untuk memenuhkan kocek bos berubah fikiran. Kami bekerja untuk bos. Tapi kini aku tahu. Bos juga bekerja untuk bos di atasnya. Sangka ku dialah yang paling besar. 
Rupanya ada lagi yang lebih besar dari bos. 

Siapa bos kepada bos itu? Itulah anak lelakinya yang tunggal, kerana bos bekerja untuknya.

Maka selama ini aku bekerja untuk si kecil yang masih kencing beraknya bersepah itu rupanya. Maka bermula hari itu, sebelum pulang aku pasti akan mencubit pipi budak kecil itu bagi melepaskan geram. Haha.

Bukit Beruang, 13 November 2013

November 7, 2013

Deadly Weapon

 
"Ni lagu aku mase bercinta dulu," Ujar Halim.
 
Aku  memandang kepada skrin. Lagu duet jiwang 90-an oleh KRU dan Elite rupanya, lalu tersenyum. Dia sukakan lagu techno. Paling digemarinya adalah lagu2 Ne-Yo kerana Ne-Yo itu jogetnya cantik dn teratur.
 
"Lagu ni membentuk generasi rupanya kan?" aku menambah.
 

November 5, 2013

Ini Baru Namanya Bisnes Beb !

Comel plak ak rase kucing ni. Haha.


Bukan semua kita minat bisnes.
Even ak baru je konvo utk lepasan jurusan Teknologi Perniagaan, Ak bukan otak bisnes. Da blaja 4taon, tp ntah ap ak blaja pn ak xbape nk ingat. Ikut kpale ak, smua ak nk bagi free jer. xYah jual2. Haha.

Tp wey, islam ajar kita bisnes. Dlm Quran bkali2 Allah gtau nak jual beli ngn org2 beriman. Sebab ap? Ntahlah. Tp pd ak, 2 nk tunjukkan bahawa kepentingan asas bisnes dlm islam. Jd ap yPenting sgt tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...