Persepsi belajar mestilah kita lihat semula.
Kebanyakan orang belajar berorientasikan peperiksaan. Itu fesyen sekarang. Maka dah dekat-dekat nak peperiksaan nanti baru belajar. Boleh juga begitu. Tapi bukan itu yang terbaik. Kita pun ada hari peperiksaan besar yang Allah anjurkan nanti. Hari Akhirat nama popularnya. Cuma bezanya, kita tak boleh nak belajar bila dah dekat-dekat nak akhirat nanti sebab tarikh sebenarnya pun cuma Allah yang tahu.
Allah suruh kita beramal berorientasikan hari akhirat; dengan pra-peperiksaannya adalah soalan-soalan Munkar dan Nakir. Masa hari akhirat nanti semua benda akan disetelkan urusannya. Perkara sebesar zarah pun akan dihitungkan. Tahu zarah? Particle tu zarah la tu.
Gempak tak gempak la penelitian Allah kan. Kita ni zarah pun tak nampak, apatah lagi nak mengira. Yang Nampak jelas pun terkadang kita gagal untuk kira! Jadi jangan nak berlagak sombong dengan Allah.
Gempak tak gempak la penelitian Allah kan. Kita ni zarah pun tak nampak, apatah lagi nak mengira. Yang Nampak jelas pun terkadang kita gagal untuk kira! Jadi jangan nak berlagak sombong dengan Allah.
“..dan jika kamu melahirkan apa yang ada dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, pasti Allah berdaya menghitung dan menyatakannya kepada kamu..” (2:284)
Salah satu ciri yang perlu ada untuk jadi orang yang berjaya pada hari akhirat nanti telah Allah nyatakan di situ; ‘yaqin pada hari akhirat’. Harus diingatkan bahawa ‘yaqin’ dengan ‘tahu’ itu adalah perkara yang jauh dan besar perbezannnya.
Sebagai nak menyuruh kita beramal berorientasikan hari akhirat, Allah beritahu siap-siap, asas-asas balasan untuk setiap amalan, juga keadaan syurga mahupun neraka. Semua ada dalam Quran. Rajin-rajinlah belek sendiri.
Sebagai nak menyuruh kita beramal berorientasikan hari akhirat, Allah beritahu siap-siap, asas-asas balasan untuk setiap amalan, juga keadaan syurga mahupun neraka. Semua ada dalam Quran. Rajin-rajinlah belek sendiri.
Perkara yang seronok ialah, ALLAH BOCORKAN SOALAN dan JAWAPAN yang berkaitan dengan hari akhirat tu. Soalan pun Dia beritahu, jawapan pun ada. Tapi seronok cuma pada orang yang percaya sajalah. Semakin kuat kepercayaan(iman) itu, semakin seronok jadinya. Memang sayang sangat Allah dengan kita anak cucu adam ni. Subsidi tiada habisnya. ALLAAAAHUAKBAR. Terima Kasih Allah.
Baik. Kalau dulu, rata-rata belajar sebab nak bantu keluarga. Iyalah, sebab dulu tahap kemudahan asas di Malaysia tak macam sekarang. Pun boleh juga. Satu niat yang murni. Cuma jangan sangka kalau dia tiada, keluarga akan susah; kerana hamba tetap hamba, Tuhan hanyalah Allah. Kalau Allah nak bagi senang, dia tak perlu lahir pun Allah boleh jadikan keluarga itu senang.
Akan tetapi, bukankah lebih murni kalau kita belajar sebab Allah; niat ini bergantung kepada tahap berimannya kita kepada Allah dan hari akhirat. Bukankah Allah yang suruh kita cari ilmu? Wahyu pertama lagi. Semak 96:1. Nabi pun sokong.
Bila belajar sebab Allah, sama ada peperiksaan ada atau tidak, ilmu akan tetap akan di cari. Sebab Allah tetap ada, dan tiada had ruang dan waktu untuk belajar. Terus dan terus sampai jumpa liang kubur.
Bila belajar sebab Allah, sama ada peperiksaan ada atau tidak, ilmu akan tetap akan di cari. Sebab Allah tetap ada, dan tiada had ruang dan waktu untuk belajar. Terus dan terus sampai jumpa liang kubur.
Kayu Ukur Muslim
Dulu, masa Melaka nak kaut gelaran negeri maju, banyak perkara yang berubah. Kemudahan bertambah-tambah. Nak makan angin ke, jalan-jalan ke, semuanya seronok. Jalan cantik. Selesa perjalanan walaupun dengan kenderaan jenis rakyat marhaen yang saya warisi. Ada juga perkara-perkara yang tak seronok macam sekatan jalan dan rondaan yang sangat kerap, hingga mencapai tiga kali seminggu di kawasan yang sama.
Setelah gelaran tersebut di genggam pada 20 Oktober 2010, banyak perkara yang berbeza. Orang-orang yang jahat macam saya semestinya paling merasa perbezaannya. Dulu saya jumlah saman saya hampir RM500 akibat kesalahan sendiri. Padanlah dengan muka!
Tapi sekarang jumpa polis pun seminggu sekali. Keadaan jalan pun sudah tidak rata seperti dahulu. Kalau dulu sepanjang jalan akan di turap, kini sekadar ‘janji boleh’ saja. Mungkin sekali perubahan itu semata-mata ingin mendapatkan gelaran tersebut. Mungkin.
Tapi sekarang jumpa polis pun seminggu sekali. Keadaan jalan pun sudah tidak rata seperti dahulu. Kalau dulu sepanjang jalan akan di turap, kini sekadar ‘janji boleh’ saja. Mungkin sekali perubahan itu semata-mata ingin mendapatkan gelaran tersebut. Mungkin.
Tapi jangan risau. Peristiwa itu akan berulang, InsyaAllah. Kemungkinan PRU akan diadakan pada mac 2012. Keadaan yang sama boleh kita lihat menjelang pilihanraya nanti. Pasti banyak hodoh yang akan menjadi cantik. Jalan akan berturap. Lawatan-lawatan kerap ADUN ke kawasan taklukan masing-masing. Berdegar-degarlah manifesto yang dicanangkan. Masing-masing menajamkan senjata masing-masing.
Yang berjuang kerana bangsa akan semakin rapat dengan bangsa, menghambur ucapan-ucapan bersifat kebangsaan yang prejudis dan bermuka-muka. Begitu juga dengan yang berjuang kerana tuhan, akan semakin rapat pula dengan tuhan. Bercerita tentang Tuhan setiap kali berpeluang menyampaikan ucapan. Semuanya akan dimaksimakan. Semuanya berorientasikan suatu peperiksaan yang di gelar sebagai Pilihan Raya Umum(PRU).
Sekiranya anda sudah layak mengundi dan hendak mengundi nanti, pemerintah bagaimanakah yang ingin anda pilih?
Banyak sudah asas-asas manifesto yang dapat di dengari sekarang. Saya seronok menilai semua manifesto itu. Seronok melihat orang-orang yang melawan kehendak Sang Penguasa mencari-mencari kesalahan-kesalahan kecil dan peribadi para penegak syariat ketuhanan yang menentang mereka. Lucu sungguh melihat keberanian yang lahir selari dengan kejahilan itu. Selalu tergeleng di buatnya.
Tiada apa yang perlu dirisaukan ataupun gundah gulana dalam memilih. Solusinya teramat mudah. Kiranya anda merasakan bangsa adalah segala-galanya, maka kecenderungan memangkah adalah pada yang memperjuangkan bangsa. Jika anda suka akan jalan yang terturap rata, bangunan tinggi yang tidak berpenghuni, kawasan-kawasan elit yang tersusun indah dalam jangka masa lima tahun sekali, carilah tukang bodek yang akan membodek anda lima tahun sekali itu.
Lima tahun sekali? Agak tidak jujur nampaknya. Menunggu peperiksaan baru mahu belajar. Tidaklah perlu dihairankan kerana minda dan gerak kerja sudah terbiasa dengan orientasi terhadap peperiksaan.
Jika anda merasakan Allah adalah segala-galanya, maka perkumpulan yang membawa dan mempertahankan Allahlah yang akan anda pilih. Perkara ini, iman kepada Allah adalah kayu ukurnya. Itulah kayu ukur seorang muslim. Kalau anda beriman kepada duit, maka duitlah ukurannya.
Harus diingat bahawa Hari Akhirat itu projek Allah. Dialah penguasanya. Bukan mana-mana bangsa yang terkemuka ketika di dunia. Duit boleh habis, tetapi Allah tiada habisnya. Itulah Dia, Sang Maalikul Mulk !
3 comments:
berkait.....
Exam333x... :D
benar syeikh!! islam akan tertegak jua diBumi tercenta
Post a Comment