“ Siapa yang ‘bijak’ sangat beli benda tu? Dah takde benda lain ke nak makan??,” gertak saya didalam hati, saat mata terpaku pada satu pembalut makanan bewarna kuning di atas meja yang cukup saya benci.
Gambar Hiasan
Meski iman selemah ini(membenci dengan hati), namun saya masih bersyukur kerana di kurnia kefahaman mengenai hakikat duniawi.
Beberapa minit sebelum itu rakan setugas saya, Suzana, di tegur oleh presiden kelab selepas dia menjamu selera tanpa berkongsi dengan rakan-rakan.
“ Kalau itu yang nak dikongsikan, bukan tekak ini yang akan menjamahnya dengan rela. Tidak selagi makanan itu adalah keluaran KRAFT !, “ getus saya tegas.
***
“ Alah, setakat sebiji Prosperity mane cukup untuk beli peluru,”ujar Nazrin dengan gurauan yang saya anggap biadab, demi mengajak saya menikmati burger Prosperity Mc Donald yang hanya muncul setahun sekali; sempena tahun baru Cina yang bakal menjelang.
Jelingan tajam saya sebagai balasan membuatkannya memohon maaf. Rasakan 'Prosperity' dari aku. Huh !
Kelmarin, seorang saudara saya menghantar entri di blognya mengenai keadaan politik di Mesir,