Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

January 23, 2011

Aku Bukan Tempatnya

“Maaflah tak dapat bantu. Banyak tanggungjawab lain. Ana baru balik dari Shah Alam tadi terus je pergi meeting persatuan.Tak hilang lagi letih ni."
“Rehat rehat. Orang hebat memang susah dapat rehat. Jadi kalau ada kesempatan rehat kena balun habis-habis," balas saya sedikit jelek bercampur rasa malas melayan.
“Masalahnya ni tengah makan…”
“Kalau gitu cari rehat dalam makan. Kadang-kadang kita tak perlu jadi hebat. Tapi kita perlu rehat. Biar rehat kita tu orang lain dapat gunakan untuk jadi hebat pulak. Macam tu sama-sama boleh jadi hebat," kalis saya.
Tusukan rasa bangga dengan diri sendiri sememangnya antara senjata yang sering dipergunakan oleh sang iblis, malah sangat halus, berbisa dan berkesan.
Terkadang kita memang kenal sangat baik buruk dalam beramal.
Kenal sepertimana kaum yahudi mengenali para nabi ; seperti mereka mengenal anak sendiri. Menepati pepatah barat, like the back of my hand.
Akan tetapi kewaspadaan yang tinggi masih perlu tersemat kemas, risau-risau amalan menjadi sia-sia di hadapan Allah.

Adakah sesiapa yang tak pernah reda dengan segala perilaku baik manusia, walaupun seringan senyuman, selain sang iblis durjana itu?
Sungguh syaitan itu musuh utama kita,namun bukan musuh Allah. Berkali-kali Allah memperingatkan.
Kiranya kita bersungguh dalam beramal soleh, adalah mustahil para syaitan akan membiarkan usaha mereka dan kita setaraf. Mereka akan berusaha dengan lebih keras dan deras. Demi dendam yang membara hingga ke akhir masa.
Bermula dari saat kita memasang niat, sehinggalah kita habis bertindak. Di hasut dengan kemalasan, ketakutan, kerugian, dan kesusahan. 
Malah sememangnya begitulah keadaannya udara yang dihirup, makanan yang di cerna, jarak yang di tempuh, juga rasa yang menjadi rempah ratus dalam diri mereka-mereka yang memegang iltizam untuk mendapatkan redha tuhannya. 
Kalau tidak berjaya, di tembakannya pula panah-panah khusus untuk menonjolkan rasa bangga supaya semua amalan yang telah diusahakan dengan payah, menjadi hangus atau sia-sia dek di selaputi riak. Nyatalah berputus asa itu bukan amalannya, juga bukan amalan keturunannya. 
Jadi hina-dinalah kita berbanding syaitan yang jelas baginya neraka; jika kita mudah berputus asa. Malah layakkah kita meyakini bakal beroleh syurga kiranya penghuni neraka lebih mulia amalannya? Ingat, Tuhanmu maha 'Adil. 
Makhluk punya asa, Tuhan punya kuasa. Indah madah nenek moyangku. 
Pada dasarnya, perlukah  diberitahu orang perihal keletihannya kerana ke sana dan ke sini? Amalannya itu sudah benar dan tepat. Tiada perlunya diberitakan kiranya redha Allah yang di tagih. 
Sama saja keadaannya sama ada dia mengkhabarkan atau tidak. Baik buruknya tetap tercakna; tiggal saja di kanan atau di kiri, Allah tetap mengetahui dengan mendalam. Sebaliknya orang yang diberitahu belum tentu dapat melimpahkan manfaat buatnya. 
Cukuplah Allah yang menjadi tempat aduan keletihan, kebanggaan, permasalahan, malah kejayaan, sedang Dia tidak pernah jemu mengambil berat perihal hamba-hambanya. 
Maha suci Tuhanku, Tuhan seru sekalian alam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...