“ Adik jalan hati-hati,” ujar Jamil menunjukkan keprihatiannya dengan bentuk gurauan.
“ Abang duduk rumah jangan nakal-nakal tau,” sambut Eqval sambil tergelak kecil.
“ Nak suruh orang jangan nakal-nakal, kena spesifikkan. Nak suruh anak belajar, kena spesifikkan. Tang mana nak belajar tu. Jadi nak pesan supaya jangan nakal-nakal, kenalah spesifikkan, jangan nakal tu macamana,” sampuk saya berfalsafah.
“ Aik? Tak faham, tak faham,” Jamal menzahirkan kekeliruan.
“ Kalau tak faham, tak pe. Lain kali bagi faham. Ana nak gerak dulu,” ujar saya sambil mendapatkan topi kaledar dan bergegas menuju ke luar rumah.
Semasa saya di bangku sekolah, pesanan kebanyakan ibu bapa terhadap saya dan rakan-rakan hanyalah ‘ Belajar bersungguh-sungguh.’ Dan jawapan bagi pesanan itu mestilah ‘ iye maakk.’
Semua ibu bapa(IB ) mahukan anaknya berjaya. Namun adakah mereka meletakkan sepenuh usaha untuk membantu si anak mendapatkan kejayaan, atau hanya sekadar melepaskan batuk di tangga?
Mewasiatkan anak supaya bersungguh-sungguh mendapatkan ilmu sememangnya perkara yang tepat.
Mari fikirkan dari sisi si anak.
Kalau sepuluh kali Si IB berpesan dengan pesanan yang menggunakan ayat yang sama, si anak akan hafal benar apakah harapan ibu dan bapanya. Itu perkara yang baik.
Akan tetapi, itu juga memungkinkan si anak merasa muak dengan perkara yang sama.
Jadi, tak perlu di hayati akan pesan IB mereka selepas ini, kerana sudah jemu benar mendengarnya !
Usia di peringkat menengah adalah usia tumbesaran minda dan kematangan. Usia di mana mereka punya rasa ingin tahu yang sangat mendalam.
Kiranya hanya di bekalkan dengan 'belajar bersungguh-sungguh', mereka akan menghadapi kesukaran dalam membezakan antara silap dan yang salah, juga yang baik dan buruk. Maka kebanyakan pelajar mempunyai masalah disiplin pada usia tersebut.
Dalam usaha meraih perhatian si anak terhadap mereka, IB perlulah menggunakan kekreatifan yang mereka miliki. Ubahkan saja struktur ayat, namun dengan pesanan yang sama.
Mereka harus memperincikan wasiat kepada si anak.
Mungkin pesanan lapuk supaya belajar bersungguh-sungguh bolehlah di gantikan dengan :
“ Di sekolah jangan mengejek guru atau kawan-kawan kamu, ” atau
“ Pastikan kamu menumpukan perhatian di dalam kelas. Tumpukan pada pelajaran, bukan pasangan, ” atau
“ Segerakan bertanya bila tidak faham. Jangan tunggu dekat-dekat exam baru nak tanya, ” atau
“ Kalau kawan minta ajar atau ingin meniru, jangan di halang. Yang penting kamu bantu dia mendapatkan kefahaman, “ atau
Apa saja yang anda rasakan seerti dengan maksud wasiat anda.
Hakikatnya, itulah perkara-perkara yang memungkinkan kejayaan si anak dengan memiliki redha semua pihak.
Harapan Si IB masih tetap sama; mahukan si anak bersungguh-sungguh dalam pelajaran agar dia tidakmenghadapi kesukaran yang bisa menghentikan usahanya.
Perincikan wasiat anda supaya orang terpandu menyempurnakan wasiat tersebut.
Saya akui ibu bapa saya tidak begitu; mungkin kerana faktor zaman yang berevolusi.
Tapi Allah mengizinkan saya menyedarinya, maka saya bertanggungjawab memahamkan rakan-rakan sebaya.
Supaya kualiti bangsa dapat sentiasa di naiktaraf. Sentiasa di Update dan Upgrade.
Pandu waris kita berjaya.
Kita mampu mengubahnya.
No comments:
Post a Comment