Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

January 30, 2011

Ilmu ~ Hijjaz

Gambar Hiasan

Ilmu ibarat penyuluh kegelapan
Menerangi segenap ruang belajar beramal
Mencari bekal perjalanan panjang
Hilangkan resah singkir kegusaran
Bina peradaban garapkan kemajuan
Berpengetahuan dan berilmu cerdik pandai

Masa berubah segalanya
Ilmu jua pembentuk bijaksana
Memaju diri mencipta kecemerlangan
Melepas diri dari cengkaman

Peluang rebutlah sebaiknya
Yang tergadai tebuslah semula
Janakan kembali keagungan
Berteraskan ilmu kebijaksanaan

Bijak mentadbir menilai masa
Memperguna minda sebijaknya

Gemilangkan agama
Gemilangkan budaya
Jangan alah oleh tipu daya

Bacalah dengan nama Tuhanmu
Yang telah menciptakan
Yang menciptakan manusia
Dari segumpal darah

Rasulullah berhijrah mencari kekuatan
Kita pinda bina kecemerlangan
Kegemilangan Islam di zaman Muhammad
Kita pancarkan ceria kembali

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...