Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

January 29, 2011

Tiada Lampu Merah Untuknya

“ Kau sekarang ni asyik bukak laptop je dalam kelas ea?” tegur Nor memulakan perbualan.
“ Takpelah, bukannya aku tak tumpukan perhatian. Aku cuma bukak je, untuk tunggu download siap.” Saya berhujah mempertahankan diri.
“ Memanglah, tapi kan lecturer mengajar kat depan tu. Dahlah kau duduk depan sekali, apa pula kata lecturer tu nanti.”
“ Mmmmmm. Ha’ah la. Betul jugak kau cakap. Tak beradab kan? ”
Soalan itu hanya dijawab dengan anggukan ringkas dan kening yang diangkat berulang-ulang.
Dalam memahami ertinya tarbiyyah(pendidikan), perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah kesediaan untuk menerima pendidikan itu sendiri.

Hakikatnya muslim bukanlah golongan yang hanya belajar apabila pergi ke kelas atau kuliah.

Mendapatkan ilmu pada waktu-waktu tersebut sudah menjadi ketetapan.

Jadi, daripada menunggu peluang untuk mendapatkan ilmu, mengapa tidak kita cipta peluang tersebut?

Setiap detik yang berlalu perlu digantikan dengan pencarian ilmu.

Kalau anda terima pernyataan PROTON; orang yang  mendapatkan modelnya Inspiranya adalah orang yang bijak (Smart Guys Get It), maka anda harus koreksi semula diri anda.


Benarkah sebegitu besar nilainya Inspira? 

Sedangkan nilai harga kenderaan yang dinamakan ’ ilmu’ lebih dari harganya semua kenderaan yang ada di dunia, malahan setanding dengan harganya seisi dunia !

Harga akhirat juga begitu, malah harga kedua-dua dunia dan akhirat adalah setanding dengan harganya ilmu !

Dapatkan ilmu kalau anda mahukan semua benda. Saya kira, itu bukanlah sifir yang susah.

Sungguh saya tidak membenci PROTON, tetapi sangat-sangat menyukainya malah bangga dengannya. Cuma sekadar tertarik dengan slogan bagi model tersebut. Maafkan saya jika menyinggung perasaan anda, para pencinta PROTON.

Bicara motivasi membisikkan mengenai gelas dalam bab berkaitan pendidikan.

Jikalau gelas anda penuh dengan air, mustahil anda dapat mengisi lagi air didalamnya melainkan air tersebut akan melimpah keluar.

Cara bijaknya, kosongkan gelas anda jika ingin mengisi lagi.

Lapangkan dada anda jika anda ingin belajar lagi.

Awas! Pantangnya larangnya adalah keegoan yang disebabkan oleh ilmu yang sudah anda mahir.



Seringkali keegoan menjatuhkan manusia.

Kerajaan Babylon pimpinan Hercules dikoyak-koyak oleh Allah setelah nabi mendoakan kemusnahan mereka; akibat dari keegoan mereka terhadap perdamaian yang nabi tawarkan.

Richard The Lion Heart akhirnya masuk ke dalam perangkap peperangan yang di pasang oleh Salahuddin Al-Ayyubi akibat keegoannya yang memandang enteng pendapat yang dikemukakan tenteranya.

Malah sang arnab juga tewas kepada si kura-kura dalam cerita rakyat akibat keegoannya yang meggunung.

Maka rendahkanlah keegoan di dadamu, juga laras megah di bahumu, agar beranak pinak keturunan ilmumu.

Learn, Think, Adapt. 


Belajar? Tiada lampu merah untuknya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...