Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

January 17, 2011

Hijrah Itu Fitrah

“Ceramah pasal apa tadi?”  
“ Ma’al hijrah. Sekarang dah awal muharramlah!”, yakin Eqbal dengan penuh bersemangat dan kesungguhan. Jelas perasaan itu menunjukkan bahawa dia tidak tidur di kuliah maghrib yang di hadirinya. 
“ Anta biar betul? Takkanlah dah awal muharram??,”
“Betul. Ni ana ada ambilkan fliers lebih untuk anta,” hulurnya.
Sungguh saya tergamam. Alangkah lalainya aku ya Allah. Cepat-cepat saya memasang niat, dan memikirkan azam baru saya tahun 1432 hijriah yang kononnya baru menguap daun pintunya. 
Lima hari kemudian, telefon berdentang menjalankan tugas mengingatkan tuannya perihal sms yang baru diterima.


Semuanya mengenai Ma’al Hijrah. Setelah merujuk, nyata Eqbal tersilap. Nyata pula kasihnya Allah yang mahu diri ini bersiap sedia dengan azam baru sejak lima hari yang lalu. Alhamdulillah.



Hadis Pertama dari Himpunan Hadis 40 Imam Nawawi
…Sesungguhnya Setiap Amalan Itu Bergantung Kepada Niat…”.
Kata-kata nabi saw ini cukup untuk saya memasang azam setiap kali tahun baru tiba. Bukan setakat tahun baru, melarikan diri dari tempat asal demi mencari Ruh baru untuk mendukung azam baru yang nyata tidak seringan lidah yang menuturkan ini. Sabda baginda lagi;
“…Barangsiapa berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan rasulnya. Barangsiapa berhijrah kerana dunia yang akan perolehinya dan perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ia hijrahkan kepadanya.” ~ soheh Bukhari dan Muslim, riwayat Umar al Khattab.
Hijrah itu fitrah. Makan kerana untuk mengelakkan dari kelaparan itu hijrah. Mencari ilmu itu hijrah. Ke tandas kerana berhajat itu hijrah.Membersihkan pakaian itu hijrah. Merompak demi kesenangan hidup juga hijrah. Semua perkara yang membawa manusia ke peringkat hidup yang seterusnya adalah hijrah.


Hijrah! Hijrah! Hijrah! Semuanya adalah hijrah.
Sebagai makhluk yang paling baik penciptaannya, rohani manusia tidak pernah puas untuk melakukan penghijrahan. Kerana hijrah itu suatu keperluan asasi rohnya. Kerana hijrah itu fitrah.


Manalah Cukup Sekali…
Doa kesejateraan buat Saidina Umar AlKhattab yang mengasaskan penggunaan kalendar Hijrah dengan mengambil detik sekitar penghijrahan agung Nabi saw bersama kaum muhajir sebagai muqaddimah perkiraan.
Bermakna, setahun sekali kaum muslim yang peka akan sentiasa memperbaharui azam dan tujuan hidup mereka, demi mencari kebaikan, demi mencari Tuhan, demi cintanya terhadap kesinambungan kehidupannya sendiri.


Namun setahun sekali memperbaharui azam tidaklah memadai dari sisi manusia. Apatah lagi sekali seumur hidup.
Hijrah mesti dilakukan sekerap kemampuannya, sebagai ganti hela nafas yang dihirup. Hijrah adalah kunci kebahagiaannya. Lalu sebagai cara hidup yang fitrah, islam sentiasa menyokong kehendak baik manusia.


Maka oleh kerana maha Mengetahuinya Dia, sudah pasti kerana kasihNya yang maha luas dari globalisasi fahaman manusia di alam bumi, ditetapkannya supaya manusia memohon bantuan hidayah dariNya; sekurang-kurangnya lima kali sehari agar dapat dibantunya manusia itu memperjelas perihal kehidupan dalam hijrah yang ingin mereka lakukan. Ujar mereka didalam solat :
“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus” (Quran 1:6)
Bukan sekali ketetapan yang Allah berikan untuk memohon hidayah, tapi lima kali.
LIMA KALI BEB! Kalau minta sekali tak dapat, takkan minta lima kali tak dapat jugak kot? Itu belum masuk solat-solat rawatib. Dhuha lagi, witir lagi. Mesti kena punyalah.


Maka menjadi mudahlah urusan mereka-mereka yang bulat-bulat berserah diri kepadaNya itu. Begitulah pengasihnya Allah terhadap manusia. Allahu Akbarr.
Mana mungkin azam di pasang jika bukan kerana mendamba diri berganjak dari buruk ke arah mendapatkan yang lebih baik. Azam mestilah jelas setiap masa. Perlu ada jangka pendek dan panjangnya.


Kerana bukan mudah untuk berhijrah. Bukan murah harganya hijrah itu. Bukan sedikit korban yang perlu dipersembahkan dalam berhijrah. Strategi mesti mantap. Pelaksanaan mesti berkesan.


Namun sebagai sebaik-baik ciptaan, nafsu dan syaitan pasti ditawan, tiada apa yang boleh menghentikan, hijrah musafirin mencari kebenaran, perjuangan pahlawan mendakap keredhaan, HIJRAH HAMBA MENCARI TUHAN!


Salam Hijrah 1432.

2 comments:

cahaya iman said...

bukan 5 kali kita meminta..
fatehah adalah rukun solat,
1(4)(3)=12 (untuk zuhur, asar and isyak)
1(3)=3 (maghrib)
1(2)=2 (subuh)
so, total adalah 17 kali..

admin said...

thanks komen. cahaya iman memang teliti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...