"Wahai wanita, janganlah kamu mengambil lelaki-lelaki yang tidak bersolat Jumaat sebagai suamimu......Lelaki itukan ketua keluarga. Hahaha."
Maka bertubi-tubilah asakan pendapat yang menyatakan sokongan dan percambahan idea dari kalangan ahli di laman sesawang terkemuka itu.
Lelaki itu ketua keluarga. Benar katanya. Namun pemahaman sebagai ketua keluarga itu akan berlainan, selagimana sang pemikir tidak merujuk kepada panduan yang satu, yang jitu : Quran dan Hadis.
Peranan sebagai ketua keluarga pastinya kita terfikirkan pencarian nafkah, pembuat keputusan, mendidik zuriat, dan menguruskan lain-lain hal lagi yang kita rasa sang ketua harus lakukannya.Namun tugasan sebenar adalah membawa pulang sesuatu ‘anugerah’ yang sangat-sangat berharga buat ahlul baitnya.
‘Anugerah’ itu perlu di cari, di selongkar, perlu di minta, perlu di pohon, dan pastinya bukan calangnya orang yang memiliki, melainkan dia berjaya menjadi ‘sesuatu’ di pandangan Sang Esa.
Kerana itu digelarkan ‘anugerah’, datangnya dari Si Pemberi yang merupakan pemilik segala-galanya, yang merajai sekalian makhluk dan segenap urusannya tanpa leka.
Tempat khususnya ‘anugerah’ itu adalah di RumahNya. Ya, di mana-mana musolla, masjid, atau surau. Sepertimana yang diajarkan oleh nabi saw dalam sabdanya yang menyarankan sesiapa saja yang memasuki masjid memohon ‘‘anugerah’’ itu :
“ …Wahai Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatMu…”
Ya, ‘anugerah’ itu sebenarnya adalah pembukaan pintu rahmat.
Rahmat
Seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, rahmat itu anugerah bagi yang bertuah. Untuk memiliki rahmat, tidak cukup sekadar memiliki nama Rahmat.
Bukan sekadar berkawan rapat atau menjadi jiran dengan Encik Rahmat bin Saadon, atau memiliki album set penuh Rahmat bekas vokalis kumpulan Rock Ekamatra, atau tinggal di Jalan Rahmat 3, Taman Rahmat.
Si ketua keluarga adalah yang paling diharapkan untuk memiliki rahmat, dan mereka sememangnya perlu untuk ke musolla memohon agar dibukankan baginya pintu rahmat, agar sekurang-kurangnya dia dapat berkongsi rahmat yang dianugerahkan padanya itu dengan ahli keluarganya di rumah.
Lebih baik kiranya seisi keluarganya dapat bersama-sama dengannya ke musolla bermohon untuk keterbukaan pintu rahmat itu. Maka mereka dapat pula kongsikan dengan rakan-rakan dan sahabat taulan di sekelilngnya. Begitulah seterusnya.
Rahmat adalah permulaan bagi segala kebaikan. Rahmat itu adalah tapak untuk hidayah betempat. Mana mungkin kita dapat berlari tanpa terlebih dahulu kita mengesot dan merangkak? Bagaimana mungkin rumah dapat didirikan kiranya tidak mempunyai tapak?
Sang ketua keluarga yang pulang dari musolla mestilah mengharap agar rumahnya menjadi tempat membiaknya segala macam kebaikan. Untuk itu dia dan ahlul baitnya mestilah mendampingi, membaca, menterjemah, mendengarkan dan meneliti alQuran dan juga hadith nabi saw. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
“ Dan ini adalah Kitab(Quran) yang kami turunkan dengan penuh berkah. Ikutilah, dan bertaqwalah agar kamu mendapat rahmat” (Quran; 6 :155)
“ Dan apabila dibacakan Quran, maka dengarkanlah dan diamlah, agar kamu mendapat rahmat “ (Quran; 7 : 204)
“ Dan tiadalah Muhammad itu melainkan rahmat bagi sekalian alam “
Maka seterusnya rumah yang di anugerahi rhmat menjadi asbab berkembangnya kasih sayang, eratnya ikatan persaudaraan, memuncaknya keprihatinan antara sesama ahli rumah, selain mengharapkan pengurniaan hidayah dalam setiap diri sesama mereka, walau hidayah itu terlalu mahal harganya.
Seorang muslim perlu faham akan hakikat keperluan ke masjid/musolla. Apa yang perlu dimohon adalah pengurniaan rahmat Allah buat dirinya.
Kerana itu Allah mewajibkan agar semua lelaki muslim yang akhil baligh mesti ke masjid besar berhampiran kediamannya pada setiap Jumaat untuk memohon terbukanya pintu rahmat, sebelum rahmat dapat dimilikinya.
Sekurang-kurangnya seminggu sekali setiap rumah mesti dibukakan pintu rahmat. Kalau seminggu sekali sudah cukup disisi Allah, pasti lebih baik kiranya setiap hari, lima kali sehari kita berjaya membukakan pintu itu. Nah, itu bicara dari sudut bisnes.
Kalau seminggu sekali sudah memadai untuk membentuk suasana sihat di rumah, maka lima kali sehari sepanjang seminggu memberikan 25 kali lebih kebaikan bukan? Namun si pemohon mestilah menunjukkan kesungguhan dalam permohonannya.
Adakah dengan cara datang lewat ke jumaat sehingga terlepas khutbah , bercakap-cakap ketika imam berkhutbah walau seperlahan mana, bergegas meninggalkan masjid setelah tamat solat tanpa uzur syar’i adalah tanda berjaya mendapat anugerah pembukaan pintu rahmat itu? Tepuk dada tanya iman.
No comments:
Post a Comment