Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

January 25, 2011

Rendang Tak Berbuah : Jangan Sampai Tak Berdaun !

“ Kau bila nak basuh cawan tu?”
“ Sabar la. Tak reti sabar ea?”
“Aaah. Kau tu kalau aku tak cakap memang kau biarkan jela kan? Cawan semalam pun kau tak basuh, kopiah kau yang kau biarkan kat singki, kata nak basuh. Tu air dalam baldi kau kat depan tu, kau nak bela ikan ke apa? “. Saya tahu ' sabar ' itu cuma alasannya.
“Alah, kau tu basuh pun macam tak basuh. Cawan dengan sudip yang kau basuh tu ada sisa lagi. Baik tak yah basuh!”
“Baik tak yah basuh? “. Saya tersentak.
“Aku ni suruh kau buat sebab nabi suruh. Kau beramal ikut siapa? Kalau tak pandai buat sesuatu, jangan langsung di tinggalkan. Sekurang-kurangnya aku ada usaha buat jugak,” hujah saya membalas.
Wajah gelap ini tetap ketara merahnya menahan marah. Diri ini memang tak pernah reda dengan sikap teman serumah yang tidak selaras dengan ilmu di dada. 

Hampir tidak percaya seorang lepasan Falahiah tidak mengerti hakikat ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Benarlah hidayah itu milik Allah.

Nahas menanti kiranya ilmu hanya menjadi santapan sendiri. Itu sumpah Allah.

Apa gunanya punya ilmu setinggi langit kiranya ilmu itu hanya mengangkat diri sendiri dan bukannya seluruh ummat kesayangan nabi ini? Kita bukan hidup sendirian.

Mereka tahu Allahlah yang tuhan mereka yang memberikan pinjaman kepada mereka, namun masih menjadikan nafsu sebagai Tuhan, pentadbir hidup mereka lalu enggan memulangkan pinjaman yang baik itu kepada Allah.

Mereka tahu islam itu agama yang lengkap, namun masih mencari sumber-sumber lain untuk menjadikan prinsip berkehidupan; sekaligus menafikan kesempurnaan islam.

Mereka mengakui islam, namun perkara asas hukum yang jelas dalam Quran ditolaknya mentah-mentah, malah diperkenalkannya cara berhukum yang kononnya bersumber dari wahyu !


Mereka tahu couple itu haram, namun masih mejunjung couple sebagai satu kemestian; seperti tidak ada salahnya dalam mencari pasangan.

Mereka tahu nabi Muhammad saw itu utusan terakhir yang membawa risalah ketuhanan yang lengkap; membenarkan para nabi yang di terdahulu;pemutus antara haq dan batil, namun mereka masih mencari jalan untuk menamatkan riwayatnya, demi menghentikan kebenaran yang di bawanya.

Di sambung oleh generasi baru yang ‘membunuh’ nabi dari dalam diri mereka dengan cara meninggalkan sunnah-sunnah yang mereka ketahui !

' Baik Tak Yah ' cukup untuk membuatkan saya sendiri mengangkat hijab kesabaran saya.

Istilah itu untuk orang yang berputus asa.

Orang yang tidak percaya kepada Tuhannya.

Orang yang tidak sanggup memulangkan pinjaman dari Tuhannya dengan penuh kerelaan !

Perkataan “ islam” yang tercatat pada kad pengenalan diri anda bukan untuk sikap itu !

Jikalau tetap begitu hujjahnya, jangan makan kerana nanti anda akan lapar semula !

Jangan bersihkan diri kerana anda akan kotor semula !

Tidak perlu lagi membuat apa saja kerana hasilnya akan mengembalikan anda kepada keadaan asal yang serba memerlukan itu.

Sungguh, manusia itu makhluk yang paling banyak bantahannya (degil) ! (Soheh Bukhari)

1 comment:

cahaya iman said...

'Dan sesungguhnya Kami telah menjelaskan berulang- ulang kepada manusia dalam Al-Qur'an ini dengan bermacam- macam perumpamaan. Tetapi manusia adalah memang yang paling banyak membantah' (Quran 18: 54)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...