Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

February 6, 2011

Satu Jam Yang Mewah

Gambar Hiasan
Anak mata saya tertumpu pada kepala sekumpulan remaja dalam lingkungan umur awal 20-an saat mereka  berjalan melintasi gerai dalam meredah banjir manusia. Kopiah putih suci tergarap kemas di kepala.

Kemudian tumpuan beralih pula pada tulisan kuning diraja yang terkait kemas pada jaket hitam yang dipakai mereka.

Hah?! Harapan saya mulai membunga kembang dalam dada walau hati sedikit terperanjat.

Petang tersebut saya diberitakan mengenai ceramah agama yang bakal menjadi agenda pada malam itu, dengan ustaz Roslan yang tidak saya kenali sebagai pengisinya.

Merasa hampa mendengarkan nama pengisi ceramah, saya lebih memilih untuk kekal di gerai dari menghadiri ceramah tersebut.

Bukan mahu tunjuk pandai atau bersikap sombong, tapi saya sememangnya ‘ anti ‘ dengan ustaz-ustaz yang lebih rela menggadai syahadah demi kesinambungan periuk nasi sendiri.

Mereka adalah SI PENJUAL AYAT-AYAT ALLAH DENGAN HARGA YANG MURAH ! (2 : 174). Maka tunggulah bahagian kalian di hadapan Tuhan kelak !

Jamnul Azhar Enterprise ; Kembalilah Pada Ekonomi Islam.

Perkataan-perkataan itu berlegar di minda sepanjang langkah kaki menuju ke dataran tempat ceramah.

Ustaz tu ke? Lantas segera berdoa agar firasat ini benar.

Yeahhh ! Hati saya menjerit melepaskan suara rindunya saat telinga mendengar gemaan lantang suara Dr. Jamnul Azhar dari bucu pembesar suara.

“ Nak cerita bab hati ni, bukan boleh sempat sejam ni je. Bagi seminggu pun belum tentu lagi. Benda ni kena bicarakan setiap hari.” Itulah permulaan kata yang sempat otak kanan saya rakamkan.
“ Ini dahlah slot sejam, slot-slot lain di isi pula dengan aktiviti-aktiviti perosak hati.  Memang tak capai objektif tu. Akhirnya hangus slot sejam ni dek  kebudayaan semua. “
Gambar Hiasan
“ Haa, ambik kau sebiji !” Jerkah saya menyokong puas sambil mata melilau mencuri pandang reaksi para VIP di kerusi baris hadapan malam itu.
“ Masa saya belajar dulu. Depa yang bercinta ni dok nyanyi lagu Alleycats yang rambut kembang tu. Andainya aku pergi dulu sebelummu, Janganlah kau bersedih hati. Mekaseyyyhh !!!!
“ Tapi la ni depa nyanyi lagu lain.”
“ Aku ingin menjadi sesuatu yang bisa kau rindu. “

Hadirin tergelak kecil.
Hangpa ingat aku haprak sangat ka? ”
“ Nyanyi Ustaz Roslan ! 
" Ustaz Roslan tak nak nyanyi hadirin sekalian. Ustaz kena nyanyi ustaz. ‘ Ini malam minggu Kesenian dan Kebudayaan’ ! ”

Haha, rasakan sebijik lagi !
“Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau sentuh.”
“ Aaah sudah. Tadi nak rindu, sekarang nak sentuh pulakk.
“ Kenapa boleh jadi anak luar nikah?”
“ Kalau berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, siapa yang ketiga? “
“ Syaitaaannnn,” jawab hadirin yang kebanyakannya berpangkat pelajar.
“ Tau pun syaitan ! Tapi yang tu suka sekali !! “

“ Tu dia yang ketiga.” Saya tergelak puas di balik khemah putih dengan atap mencuar tinggi.


Sapi Betina, 2 : 146-251

Layar ceramah kemudiannya terarah pada kisah para pemuda yang mempunyai hati yang bersih; menjadi tentera Allah yang terpilih di bawah pimpinan Tolut yang di tentang Jalut. (Kisah dari surah Baqarah)
“ Kisah ini antara dua pemimpin dalam bani Israel di zaman Nabi Dawood.
" Ejaannya bukan ‘ D A U D ‘. ‘ D A W O O D ‘ itu yang betul. Dawooood sebutannya.  Bukan Daod,” tegas Uztaz Jamnul sambil memuncungkan bibir memperbetulkan  norma pemikiran pendengar.
" Seorang bernamaTolut yang memimpin mengikut syari’at Allah dengan kawasan Palestin atau Israel sekarang ni sebagai tanah jajahan. Manakala Jalut pula memimpin mengikut sedap tekak dia aja."
" Penentangan Jalut terhadap Tolut hanya disebabkan oleh cemburu dek kemasyhuran kerajaan pimpinan Tolut saudaranya itu dengan keaman dan keharmonian." 
“ Sebab tu hadirin sekalian, la ni kalau nak pilih pemimpin kena pilih yang memimpin ikut syari’at. Pemimpin yang ikut syariat anjur majlis ilmu macam ni. Pemimpin yang ikut nafsu anjur konsert, perkara-perkara yang menggalakkan percampuran lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Bukan nak cakap apa, tu Jom Heboh tu. Solat entah ke mana, tau berpesta saja.”

“ Perrghh, memang kena batang hidung. Point keempat. Hahaha.”
“ Lepas si Jalut tetap memilih peperangan untuk melunaskan cemburunya, maka si Tolut pun membawa kesemua 700 orang tenteranya ke medan tempur. Dalam perjalanan mereka bertemu dengan sebatang anak sungai yang airnya tersangatlah sejuknya. Allah memerintahkan agar Tolut mengarahkan tenteranya itu menyeberangi sungai tesebut dengan berenang. Tidak dibenarkan seorang jua pun meminum air sungai walau sedikitpun sepanjang lintasan mereka. Hanya saja sesiapa yang meminumnya, mereka bukanlah dari kalangan tentera yang layak bertempur atas nama Allah.
" Maka sesampainya disana, kesemua 630 orang dari jumlah keseluruhan 700 telah minum air dari sungai tersebut walaupun sedikit, yang menyebabkan mereka gagal dalam ujian yang ditetapkan Allah. Mana taknya, dalam keadaan cuaca yang sangat panas dapat pulak air yang tersangat sejuk, dalam mandi pulak tu, memang susah nak elak dari minum walaupun tak sengaja. Hanya 70 orang tentera sahaja yang berjaya melepasi ujian tersebut dengan jayanya, dan salah seorangnya adalah Nabi Dawood a.s."
" Rupa-rupanya, arahan Allah itu bersebab(Dan semestinya bersebab). Bila saja tentera yang minum air tersebut naik ke darat, mereka terus mengalami kecederaan dalaman. Keadaan air yang sangat sejuk tu memberi reaksi negatif pada badan saat pancaran matahari yang panas menggigit tu terkena badan. Perpindahan haba dari luar ke air sejuk dalam badan telah merosakkan tubuh tentera-tentera tersebut(Sepertinya tembikar yang pecah akibat perpindahan haba tinggi yang mendadak )."

“ Saat tentera Jalut ternampak kelibat 70 orang tentera Tolut itu mereka tertawa besar. Depa kata “ Weyy balik la weyy ! Kami ludah ja hangpa lemas laa !” .
" Mereka tak tahu, 70 orang itu adalah mereka-mereka yang lulus ujian Allah dengan cemerlang. Nabi Dawood ada dua kelebihan utama. Walaupun badan dia kecik ja, tapi dia ada suara yang sangat lantang dan kekuatan yang sangat menakjubkan. Setakat besi tu satu tangan ja dia bagi lentur. Melihat para tentera Jalut yang sibuk menertawakan mereka, Nabi Dawood lantas menyergah mereka.  
“ Woii ! Kalau berani mari la. Hangpa ingat kami takut ka??”. 
Mendengarkan suara nabi Dawood yang sangat lantang itu, mereka gerun habis. 
“ Ni baru seorang, badan kecik pulak tu, dah hebat macam tu.” 
Lalu kedua-dua belah tentera pun bertembung. 
“ Hangpa tau Chest tak? Permainan Chest tu. Nabi Dawood faham cara permainan tu berfungsi. OK. Permainan tu ada dua baris. 
Baris depan tentera biasa. Baris belakang pulak tentera dengan kehebatan istimewa. Hujung sekali ada Castle. Fungsi Castle ni tak ubah macam tentera terhebat. Jalan dia ke depan atau ke tepi ja. Sebelah dia tu Horse, Panglima Tentera Berkuda. Sebelah lagi Bishop. Bishop ni ketua agama. Tapi Bishop ni tak betui sikit. Tu yang jalan pun senget tu. Sebelah dia ada apa? Queen. Tapi la ni depa tak pakai dah istilah Queen. Depa panggil First Lady !

“ Tinnggg ! Point kelima sudah muncul. Memang terbaekk la ustaz.”
“ Tugas dia menyokong King. Haa, yang lembab sekali tu apa? King ! Jalan setapak – setapak. Kalau dia King mati permainan tamat."
" Nabi Dawood ni faham cara main permainan Chest ni. Masa orang dok sibuk berperang, dia ambil seketul batu, dia cari Jalut. Nampak ja Jalut, dia pun baling batu tu. Berdesup batu tu menuju kepala Jalut. Kelajuan 160 kilometer sejam. Kena ja kepala Jalut, POM ! berkecai kepala Jalut. Automatik peperangan tamat. Tentera Jalut nampak ketua depa mati, depa pun menyerah kalah. Nampak tak? Betapa hebatnya orang-orang yang punyai hati yang bersih ni?? ”
Gambar Hiasan
***
Saya bersalaman dengan rakan tuan rumah temasya itu setelah memastikan slot Dr. Jamnul Azhar telahpun tamat. Kaki ini melangkah penuh bersemangat kerana rindu yang baru pulih dari gebuk barahnya.

Walau saya hanya dapat satu point dari Ustaz Roslan; Hati Itu Ibarat Cermin, perasaan saya tetap mewah.

Rindu yang tertonggak selama dua tahun, terbayar dengan pengisian tersebut yang menjadi nilai tambah terbesar yang saya genggami sepanjang lapan hari berkampung di sana.

Satu jam yang mewah !


Duduk sejam di balik khemah lebih terasa nilainya dari berkampung lapan hari di kediaman mewah !


2 Februari 2011, Benut, Johor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...