Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

February 20, 2011

Hanya Seperti Suasa

Gambar Hiasan
Tandus lapangan selera jasadku ,
Lunak gembira, mengudang duka
Aku berjalan, melilau pandangan, menambah hina,
Ingin tersedu, tuli hatiku, butanya dia, kelu tuturnya
Kami berjumpa, mereka ketawa, aku melara,
Dengkur kerap, iman berkurap
Ujian datang aku kecundang
Masa terluang sering ku buang
Cinta membuak, tak kenal muak
Menguis perhatian, mencoret catatan, duka ku simpan

Mana hatiku?
Mohon sampaikan jika ketemu
Kepingin sekali aku bertuhan
Menapak langkah penuh kesedaran
Bertepuk dada ku desak hati
Mahalkah amal suasa ku, di neraca adilnya Ilahku?

Pembaris iman;
Menyukat pendek panjang segarnya amalan
Warasku bertegas mendesak keadilannya dipertahan
Masih gagal ku dapati laras lurus bersapuh hijrah
Sepertinya Ibrahim yang berfikrah
Yusuf yang kacak berfikir, teguh pegangan jernih putusan
Musa gagah, tiada mengalah, berserah jua pada el Ilah
Lemahnya aku, meninggi pundak, menguncup bijak
Sedang Firdaus terkuak indah menanti pengisi yang bijak berbakti

Perigi tangisku kekeringan
Lapar hausnya tergamak ku siksa ku tega
Moga kembali tangki itu menyimpan
Setiap inci amalan langsung terpenuhkan
Segalanya
Aku mahukan segalanya kepada adil tanpa cela
Bertepuk dada ku desak hati
Mahalkah amal suasa ku, di neraca adilnya Ilahku?


20 Februari 2011, Pulau Gadong, Melaka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...