Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

February 20, 2011

Siapa Itu Haji Bakhil ?

Gambar Hiasan
** Kebetulan baru-baru ni saya berceramah di kolej Manipal, mengenai muslim 24 jam. Maksudnya menjadi muslim secara keseluruhan sepanjang masa.

Ada macam-macam kes yang saya lalui.

Di MMU(Malaysia Multimedia University), ada pelajar yang berjumpa dengan saya mengadu tak boleh attend kelas saya jam 8.

Saya tanya pasai apa, dia jawab dia kerja kelab malam sampai jam 5 pagi. Jadi sewaktu kelas mula dia sedang tidur.

Ada lagi yang minta kebenaran nak cuti dua minggu. Alasan sebab nak gugurkan kandungan.

Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, untuk kadar masa dari tahun 2002 hingga 2008, sebanyak 200 ribu jumlah anak yang tak sah taraf.

Bermakna, dalam sehari sekitar 80 orang bayi luar nikah yang lahir di seluruh Malaysia. Itu belum kira yang tidak berjaya didaftarkan.

Semasa saya jadi pemeriksa, tengah-tengah dok semak ID pelajar, saya berhenti pada seorang pelajar perempuan.

Saya tanya ni gambar siapa, sebab tak sama orang dengan gambar. Gambar tu pakai tudung elok. Luar gambar rambut merah sebelah, putih sebelah.

Dia kata gambar dia. Pasal apa tak sama?

Dia kata itu gambar, ini live.


Satanity Port

Ada tiga tempat yang seorang lelaki mesti jaga sebab syaitan duduk di tiga tempat ni.

Yang pertama bahagian mata.

Orang lelaki ni mata dia memang cukup-cukup hebat dalam bab menangkap kelibat wanita. Dari jauh dah boleh scan sasaran.

Yang kedua hatinya.

Hati lelaki memang hebat. Walaupun yang dia pandang tu wanita yang berpakaian, tapi sampai kat hati dia boleh ubah jadi pakai skirt.

Dan yang ketiga di bahagian kemaluan yang merupakan kesinambungan dari kegagalan manusia mengawal kedua-dua anggota yang saya sebutkan tadi.

Orang perempuan juga tiga tempat yang syaitan duduki pada mereka.

Yang pertama pada lirikan matanya. Kalau lelaki pada mata, maka perempuan pada lirikan matanya.

Keduanya ialah pada lemah-lembutnya.

Orang perempuan ni tak perlulah terlebih lemah-lembut dalam pergaulan dengan bukan muhrimnya.

Sebab orang lelaki ni gerenti cair punya dengan kelembutan seorang wanita.

Ada pelajar yang memberi salam pada saya. Iyelah kita ustaz.

Bukan salah memberi salam, tapi dengan lemah-lembut yang terlampau. Siap melambai-lambai pulak masa memberi salam.

Tak perlulah buat begitu. Cukup sekadar salam, tak perlukan lambaian dan lirikan mata.

Dan yang ketiganya juga sama, pada kemaluan.

Maka semua orang harus menjaga ketiga-tiga tempat ini dari di diami syaitan.

Jika kamu jaga, Allah akan berikan nikmat kesedapan yang merupakan suatu nikmat khas buat kamu pada malam pertama.


Haji Bakhil bin Haji Kedekut

Ketika saya belajar di Syria dahulu, saya ambil subjek Sirah Nabawiyyah.

Syria ni terkenal sebagai universiti yang paling susah di dunia.

Pada peperiksaan akhir, saya tulis Nabi Muhammad Sallahu ‘alaihi wasallam(saw) sebagai Nabi Muhammad dalam kurungan Sod(Huruf jawi), sebab nak ringkaskan.

Bila keputusan keluar, saya terperanjat melihat markah saya. Kosong. Pelik.

Saya kata takkan sebodoh-bodoh aku dapat kosong kot? Saya pun pergi jumpa pensyarah nak tanya pasai pa sampai boleh dapat kosong.

Bila di semak, pensyarah tu kata anta baakhil ! Kamu kedekut !
Gambar Hiasan
Berselawat atas nabi pun kamu malas nak tulis.
“Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. “ ~ Nabi saw, (HR Ahmad, Tirmidzi, Nasai dll)

Bila dia kata macam tu saya tunduk la. Diam ja.

Biasalah, pelajar Malaysia. Kena marah pun diam, kena soal pun diam. Bila pensyarah tanya, tunduk ja, buat-buat selak buku.

Kemudian saya terpaksa ulang ambil subjek tu pada tahun berikutnya.**

** Isi ceramah Ustaz Mohd Najib bersempena sambutan Maulidur Rasul 1432 anjuran bersama jawatankuasa kolej kediaman dan persatuan pelajar fakulti.

Antara “ untung bersih “  yang saya perolehi dari ceramah tersebut (tidak termasuk diatas): 
  1. Selawat juga boleh membebaskan mayat dari azab kubur dengan izin Allah.
  2. Usah risau berkenaan rezeki jika telah kita punya niat beramal tulus kerana Allah.
  3. Perempuan bila mengandung, angin dia sedikit pelik. Terkadang hilang langsung ‘alim dia.
  4. Betapa istimewanya kenikmatan bersetubuh yang Allah berikan jika kita sanggup bersabar menuruti syariatNya dalam penjagaan nafsu.
  5. Seringkali kita melihat orang-orang berkopiah putih mendapat ujian berupa anak yang langsung tidak menjejaki langkah mereka dalam beramal. Meski iman tidak diwarisi, namun ke’aliman itu berupaya menyediakan tempat untuk hidayah bertapak, juga dengan izin Allah. Maka, menjadi ‘alim adalah pilihan yang tepat untuk dalam memilih jalan hidup.


2011 Februari 20, Bertam Perdana, Melaka

1 comment:

Unknown said...

Harap adik tambahkan butang google follower untuk difollow.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...