Gambar Hiasan |
“ Bodoh ek orang islam ek? " keluh Itha menyatakan kehampaannya terhadap keadaan ummat islam Mesir yang saling merusuh.
“ Habis, si Mubarak tu mangkuk sangat. Itu ajelah yang boleh di buat pun. Baguslah, memang dah patut turun dah si Mubarak tu ! ” sambut saya menahan kemarahan mendengar tuturan sedaging saya itu.Mujur saya sempat bersabar dengan kata-katanya. Sah kurang faham dan ambil tahu !
“ Pengikut dia yang mula serang pro-kerajaan ni semua. Kalau tak, kan cuma kempen suara je,” tambah saya menebarkan kefahaman diri.
“ Kenapa? Dia dah buat apa? “ soalnya kembali saat mendapati saya menolak mentah-mentah pernyataan melulunya sebentar tadi.
“ Dia tu t**i Israel ! Ghazzah kena serang semua tu dia punya kerja lah !” bentak saya agak keras sambil melangkah pergi demi mengelakkan kemarahan ini terlepas pada tempat yang tidak sepatutnya, lantas menjadikan suara pemberita Buletin 1.30 itu sayup-sayup kehilangan.
Fikiran kembali berlegar pada hasil memori tadi.
Terpapar rakaman video semasa pertempuran antara tentera durjana Mubarak dengan lautan manusia yang saya percaya sebahagian besarnya adalah pendukung gerakan Muslimin Brotherhood gagasan asSyahid al Imam Hassan Al Banna beberapa dekad yang lampau.
Namun perhatian saya lebih sibuk menumpu pada menghidu sebarang keharuman berita pengunduran atau kejatuhan rejim kufur Hosni MURTABAK itu.
Maafkan saya wahai saudara sebangsa sebendera.
Bukan tidak prihatin dengan mereka. Malah saya tidak melepaskan peluang untuk mengikut perkembangan mereka di seberang bumi sana dan bergembira kedutaan Malaysia menjalankan tugasan dengan cemerlang.
Akhirnya kapal laut, helikopter milik ketenteraan Malaysia dapat saya ketahui kegunaannya. Selamat sampai ke tanah air sememangnya menggembirakan kami semua.
Akhirnya kapal laut, helikopter milik ketenteraan Malaysia dapat saya ketahui kegunaannya. Selamat sampai ke tanah air sememangnya menggembirakan kami semua.
Besar semangat saya mencari berita, BESAR lagi kehampaan saya tika membaca kisah mereka di dada akhbar.
Mengadu tentang makanan yang tercatu, rehat yang terganggu, jaringan perhubungan yang terbuntu. Malah kebanyakannya ingin beredar dari tempat tersebut.
Tergamaknya memalingkan diri di saat saudara seqiblat seruku’ sedang menghadapi kesulitan yang mampu di bantu.
Mereka pertahankan maruah agama mereka !
Berbezakah Syahadah anda dengannya ?
Sedang melarikan diri dari medan peperangan adalah antara tindakan yang besar salahnya di sisi Tuhan.
Semaklah Quran suci milik anda pada 8 : 15-16.
Semaklah koleksi Hadith di minda anda pada riwayat Bukhari [2766] dan Muslim [89].
Tidak sesalkah melepaskan peluang mendapatkan syurga dengan jalan semulia syahid di medan tempur?
Semaklah Quran suci milik anda pada 8 : 15-16.
Semaklah koleksi Hadith di minda anda pada riwayat Bukhari [2766] dan Muslim [89].
Tidak sesalkah melepaskan peluang mendapatkan syurga dengan jalan semulia syahid di medan tempur?
Gambar Hiasan |
Sungguh, saya cemburukan keberadaan anda di sana, wahai saudara sebenderaku di bumi mumia !
Malang yang Diwariskan
islam di Mesir dialas kakikan, di injak-injak bagai sampah sepanjang beberapa dekad yang sudah.
Kedukaan ummat islam Mesir memulakan zaman hitamnya di bawah telunjuk Jamal Abdul Naseer yang ' sukakan kebersihan yang najis ', kerana berusaha ‘membersihkan’ sebahagian besar ‘mata rantai perjuangan ’ gerakan mulia Ikhwanul Muslimin dengan menyumbatkan kebanyakan mereka ke dalam penjara dan memancung sebahagian yang lain.
Di sambung oleh Anwar Saddat yang terkenal dengan kejayaannya menyempurnakan the unfinished business mantannya sebelum itu, dengan terus menyembelih gerakan Ikhwan. Dia akhirnya menemui ajal di hujung senapang jeneralnya sendiri iaitu as-syahid Jeneral Khalid Islambouli dalam satu majlis perarakan.
Episod malang ummat islam Mesir diberi nafas baru dengan perwarisan kuasa Presiden ke tangan kotor Hosni Mubarak sejak 30 tahun lalu sehingga sekarang.
Episod malang ummat islam Mesir diberi nafas baru dengan perwarisan kuasa Presiden ke tangan kotor Hosni Mubarak sejak 30 tahun lalu sehingga sekarang.
Siapa jua mereka, mereka hanyalah muslim yang menggadaikan syahadah menjadi boneka yahudi zionis.
Menutup terowong yang digunakan rakyat Palestin untuk menyeludup makanan,
Mengawal ketat pintu masuk utama sempadan dengan Palestin,
Menyekat sebarang bantuan ke Palestin, Lubnan, Iraq, Pakistan,
Sentiasa menawarkan bantuan buat yahudi zionis di Israel,
Mencantas sebarang gerakan aktif kearah mengembalikan kebenaran,
Memerintah dengan kuasa tentera,
Kadar pengangguran yang tinggi dalam negara,
Menggalakkan aktiviti yang berbentuk maksiat.
Malah hidup di bawah ketiak hina zionis.
Betulkan kalau saya silap.
Tapi bolehkah bayangkan anda hidup di bawah pemimpinan seperti ini sepanjang lebih dari 50 tahun ??
Makan hati berulam jantung dibuatnya.
Sepatutnya SATU tindakan biadab itu sudah membuatkan kita mengangkat tangan mendoakan kejatuhan rejim durjana tersebut !
" Mesir masih terselamat dengan bencana alam hanya kerana adanya Al-Azhar," ujar guru saya melepaskan geramnya suatu ketika dulu.
Angkatlah tanganmu saudaraku ! Berdoalah !
Hanya dengan doa yang ringkas. Takkan dipersiakan doa mu itu kerana besarnya kasihmu pada saudara seagama.
Walau itu hanyalah kemampuan iman yang lemah.
Berikanlah berita gembira kepada kami dengan kejatuhan rejim kufur pimpinan Hosni Mubarak itu, ya Tuhanku.
3 Januari 2011, Benut, Johor.
No comments:
Post a Comment