Gambar Hiasan |
Seminggu kami di uji dengan ketiadaan bekalan air.
Setiap orang disarankan untuk menyimpan sekurang-kurangnya sebaldi air dari tangki sementara yang di sediakan oleh Syarikat Air Melaka untuk kegunaan sendiri.
Saya keseronokan saat membaca pengumuman itu. Sebelum ini saya butuh benar melihat telatah manusia disaat-saat sukar.
Yang bertaring akan menunjukkan taringnya, yang berbelang dengan belangnya, yang bertanduk mungkin akan menggilap tanduknya.
Yang berkopiah berjubah boleh terdedah, yang telanjang jadi berselendang. Boleh jadi.
Saya sememangnya mengidamkan transformasi mereka. Bentuk apakah mereka akan berubah? Mungkinkah seperti dalam filem Transformers ?
Kesannya surau menjadi sunyi, pembesar suara kebisuan, subuhnya hening sekali.
Ada yang menetap di rumah kawan kerana air.
Ada yang mula berkenalan dan berkawan rapat dengan kawan-kawan yang tinggal menetap di Melaka, kerana ingin mendapatkan mandi; juga kerana air.
Ada yang memendekkan waktu tidurnya untuk mengambil giliran terawal mendapatkan air.
Baldi besar, baldi kecil, malah ada yang terus mandi di sekitar tong simpanan air !
Air ! Air ! Air ! Mereka berubah kerana air !
Walau waktu itu hujan berlalu lebat setiap petang, Allah tetap dengan ketetapannya yang telah lama tertulis di Luh Mahfuz: tiada bekalan air untuk penduduk sekitar Pulau Gadong buat sementara waktu.
Seperti biasa, facebook menjadi tempat meluahkan perasaan. Bermacam-macam komen, berjela-jela. Masa ke surau habis bersama facebook. Masing-masing menuding jari kepada Syarikat Air Melaka kerana gangguan tersebut.
Semua mencari asbab utuk mempersalahkan. Dari manakah mereka mewarisi sikap yang menghampakan ini? Galak menuding telunjuk dengan lidah dan hati.
Siapa yang mereka persalahkan sebenarnya?
Syarikat tersebut hanya entiti yang memainkan watak mengikut qada dan qadar Allah,itupun jika mereka faham akan syahadah yang pernah, yang selalu mereka ucapkan.
Jadi Allahkah yang bersalah kerana menginginkan ketetapan tersebut?
.. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu .. (2: 185)
Tiada siapa yang bersalah pada dasarnya.
Jalan hidup manusia takkan senyap dengan kesukaran dan dugaan dari Tuhannya, sedang semua ketentuan dan dugaan tersebut disertakan dengan hidayah dan petunjuk demi untuk kemudahan manusia di kemudian hari.
Hanya saja manusia perlu menggunakan akal.
Berfikirlah ! Renungilah !
Maka hidayah tersebut akan menjadi milik kita, yang memungkinkan kita tidak tersesat dalam melangkah.
Jalan hidup manusia takkan senyap dengan kesukaran dan dugaan dari Tuhannya, sedang semua ketentuan dan dugaan tersebut disertakan dengan hidayah dan petunjuk demi untuk kemudahan manusia di kemudian hari.
Hanya saja manusia perlu menggunakan akal.
Berfikirlah ! Renungilah !
Maka hidayah tersebut akan menjadi milik kita, yang memungkinkan kita tidak tersesat dalam melangkah.
dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasiq;(2 : 26)
Gambar Hiasan |
Kerana hanya orang-orang yang fasiq(derhaka; kerana tidak menggunakan akal untuk berfikir tentang kebesaraan Allah) yang akan terlepas hidayah tersebut.
Itulah caranya Allah mendidik; menggunakan perumpamaan seperti perumpamaan-perumpamaan di atas(banjir, kemarau, kehilangan harta) dalam memberikan kefahaman. Amalinya ditekankan lebih dari teori.
Dengannya(perumpamaan itu) banyak orang di biarkannya sesat, dan banyak pula yang diberi petunjuk. Allah menjanjikannya. Allah menapis penegak syariatNya.
…kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka;
dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?"
(Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya;
dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasiq;(2 : 26)
“ Ooh, patutlah surau jadi sunyi. Bahana taufan kefasiqan rupanya,” getus hati kecil ini tersenyum syukur mendapat kefahaman, namun sedikit berduka dengan ' bentuk ' baru mereka.
Mohon di kurnia hidayahMu buat aku dan mereka, ya Allah.
28 Januari 2011, UUM Inn, Sintok, Kedah
2 comments:
setuju!
tp kan air ade pon surau lengang jgk..camano tu?apo nak buek?
Rapatkan Saff sesama ahli surau sendiri. Itu punca perpecahan, tiada kesatuan semangat dan jasad. Ana tgh cari hdis nbi tntg bnde 2. xjmpe lg.msing2 nmpkny beramal kerana mengikut.ni cme pndpt peribadi.
Post a Comment