Gambar Hiasan |
“ Kau memang tak putus wudhuk ea? ” ujar Ammar memulakan perbualan; berminat mengetahui asbab perlakuan saya.
“ Tak jugak. Baru-baru ni je. Sejak ada blog ni baru buat. Sebab blog tu aku tulis tentang kefahaman aku, tentang ilmu yang aku tahu. Jadi takut terbuat kesilapan yang nyata la. Kang tiba-tiba aje ada ajaran Firdaus. Habis aku.”
“ Imam Bukhari tu sebelum meriwayatkan hadith dia mesti mandi dulu, wudhuk, solat sunat. Tau kenapa?” ujar saya meneruskan penerangan yang tergantung.
Sekilas terpandang gelengan ringan.
“ Sebab dia cakap nanti biar ada hujjah kat depan Allah. Iyelah, nak riwayatkan hadith kot. Bila Allah tanya macamana dia boleh riwayatkan hadith sekian-sekian, dia ada hujjah.
“ Tapi saya dah bersih, ambik wudhuk dan solat sunat sebelum menuliskan periwayatan hadith,” ajuk saya berimaginasi tentang kata-kata Imam Bukhari di hadapan Allah kelak.
Saya memohon perlindungan Allah dari memakai pakaian riak. Tiada layak bagi diri yang dina.
Tidak juga berniat untuk melaung amalan diri. Jauh panggang dari api. Cuma memahami hidayah itu mesti di kongsi. Mengharap bernilai di pandangan Illahi.
Ada yang menulis di blog kerana kecintaan menebal terhadap tebalnya uncang.
Ada yang kerana berfikir untuk menempah dan mencipta publisiti. Mengukur dengan ramainya jumlah followers dan kunjungan.
Ada yang blognya tentang perkara kegemaran.
Ada yang kerana menuruti trend dalam berteman.
Sebahagian besarnya menjadikan blog sebagai lapangan melepaskan perasaan. Menjadikan blog sebagai diari mencatat episod jalan kehidupan.
Bermacam-macam. Berbagai-bagai.
Biarlah. Semua mendapat kurniaan akal yang sama. Urusan hidayah Allah yang punya.
Semua punya hak dan kebebasan menyatakan perasaan dan pemikiran.
Cuma mari saudaraku, para penulis sekalian. Kita renungkan.
Merenung jangan termenung.
Asbab untuk menulis di blog bukan perkara yang boleh dipersetankan begitu saja. Ada Allah di sana yang tidak akan pernah terlepas memahami dan mengetahui apa yang anda zahirkan dan sembunyikan.
Jadi apa yang anda zahirkan di blog?
Kelak bakal mencelakakan atau menggembirakan anda tika di hadapan penilaian Allah?
Imam Bukhari begitu tinggi semangatnya dalam usaha menulis periwayatan hadith. Beliau sedar hadithlah pelengkap Quran dan kebenaran. Hanya kebenaranlah pengundang kebahagiaan.
Tinggi semangatnya untuk menulis periwayatan hadith, tinggi lagi kewaspadanya dalam menjaga ketepatan isinya kebenaran(hadith) tersebut.
Waspada kerana risaukan kiranya berlaku penyelewengan yang jauh disebabkan oleh kekhilafannya dalam menulis.
Beliau waspada kerana ingin mencari asbab kukuh tika dipertanggungjawabkan tentang hasil tulisannya di hadapan Allah kelak. Kini beliau punya hujjah yang mampu mempertahankan dirinya, insya allah.
Skala Bicara
Lalu apakah niat anda dalam menulis blog?
Kerana kawan? kerana pengikut? kerana publisiti? kerana wang belanja? atau kerana Tuhan?
Niat anda bukan saja menentukan hasil amalan anda di dunia, tapi juga menentukan benar silapnya di akhirat.
Sudah koreksi isi blog anda?
Membawa pembaca mendekati Ilahnya atau menjauhinya?
Yakinkah semuanya itu kebenaran yang akan dapat mempertahankan anda di hadapan Tuhan?
Jangan sangka saya ridak berbicara dengan anda jika anda tidak mempunyai blog yang rasmi. Jangan sempitkan fikiran yang sedia luas. Facebook juga berkonsepkan blog, telefon bimbit anda, e-mel juga surat menuruti konsep yang sama.
Memikirkan dari sudut yang lebih tajam dan jelas akan membuatkan anda lebih menghargai setiap bait kata yang bakal di tuturkan, komen dan status yang anda pamerkan di laman sosial, juga mesej yang anda taipkan buat sapaan handai.
Malah seremeh mana jua fikiran dan bayangan anda, semua ada beratnya di hadapan Tuhan. Malah tersangat jelas.
Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam Qalbumu. Allah Maha Mengetahui isi dada.” (3:154)
Gambar Hiasan |
Maha jelas pengetahuanNya mengenai kandungan dadamu ! (Quran 64:4, 11:5)
Biarlah ilmu yang menebalkan uncang anda.
Biarlah Quran, hadith dan ijma’ ‘ulamak yang menjadi penyokong anda.
Biarlah mereka itu yang menjadi hujjah anda.
Biarlah mereka itu yang menjadi hujjah anda.
Biarlah mereka itu yang menjadi hujjah anda. Demikian hidup bertuhan.
Kalau sedar kesilapan segerakanlah perubahan. Jangan mesti tunggu esok kalau mampu selesaikan sekarang. Hari esok hanya untuk orang yang lemah. Buku memahamkan saya demikian.
Learn. Think. Adapt.
8 Februari, Pulau Gadong, Melaka
1 comment:
=) benar syeikh,,,,
Post a Comment