Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

February 24, 2011

Patah Yang Tak Bisa Tumbuh Semula

Gambar Hiasan
Terasa bagaikan dicabut nikmat berbicara.

Hidup sekitar sepuluh minit, sebelum mati penuh tragis tanpa sebarang wasiat.

Dengan tengkuknya yang langsung patah; sentiasa memerlukan sokongan untuk mendongak.

Sunyi sebentar entri di blog dek penyakit ini.

Komputer riba yang juga lisan kedua saya; ASUS FXGL 59 Series telah rosak teruk. Status terkini : koma.

Di saat wang saku hanya berbaki untuk makan.

Di saat assignment datang bertindan-tindan.

Terasa beratnya ujian.

Gambar Hiasan
Bertuahnya saya diingatkan oleh Allah melalui firman.
"..Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu.." (Quran; 3:186) 

Ajaibnya, ketiadaan lisan kedua saya itu telah mengundang puluhan idea untuk di isi dalam blog. Subhaanallah.

Rosaknya dia adalah sebagai tebusan bagi dosa silam. Pasti banyak baik dari buruknya.

Aku yakini hikmahMu, ya ‘Alim.

Patah Tumbuh Hilang Berganti? Bukan untuk kali ini.



Februari 23, 2011, Pusat Persatuan Pelajar, Durian Tunggal.

2 comments:

tuanlukme said...

kenapa blh rosak plk ni,,,

admin said...

Tak tahulah. Ajal dia dah sampai kot.
Atau mungkin dah banyak sangat masa terbuang tanpa manfaat dengan dia. Allah bagi rehat sekejap. Siapa tahu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...