Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

February 27, 2011

Banyak Janji, Berapa di Tepati ?

Klik untuk ke web rasmi KEMM 1511
“ Takpelah kalau tak dapat datang. Aku cadang nak pergi, insyaAllah. Nanti aku gitau apa yang aku dapat dari konvensyen tu. ”

Dengan pernyataan itu saya menutup perbualan dengan saudara saya mengenai Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka.


Hamba punya esa, Tuan punya kuasa.

Manusia merencana, Tuhan melaksana.

Tanggal 29 Januari tersebut saya tersangkut di sebuah perkampungan usahawan di utara tanah air sekaligus menggagalkan rancangan saya untuk menghadiri konvensyen istimewa tersebut.

Sebagai manusia yang hina, saya terlupa akan kata saya yang belum di kota.

Menjadi parah apabila saudara saya itu menunggu perkongsian dari saya mengenai konvensyen tersebut.
Banyak Laki, Berapa Jati ?
Banyak Janji, Berapa di Tepati ? 

Lagu Cuba Lagi hasil paduan suara Malique dan Lah VE itu terngiang jelas di benak.


Benar saya terlupa akannya.

Kemaafan jua yang saya pohonkan dari anda, saudaraku.

Hanya inilah yang berjaya saya dapatkan dari laman maya.


Pidato KEMM 1511 oleh Saudara Badrul Sani


Sedikit geram bercampur hampa atas kegagalan mendapatkan rakaman penuh perjalanan konvensyen tersebut.

Terfikir bahawa pihak penganjur tiada rekod untuknya.

Di ajar supaya berprasangka baik, rasa geram dan kehampaan itu saya pinggirkan jauh.

Sememangnya sangat sedikit. Tapi yang sedikit itu boleh jadi banyak, jika saja anda bijak menggunakan iman dan akal.

Moga beroleh manfaat.
Montaj Penutup KEMM 1511




Februari 27, 2011, Gangsa, Melaka.


2 comments:

Anonymous said...

syukran jazilan~~:),,,ana igt enta lupe skali lg,,,,huu~~~

admin said...

sengaja ambil masa panjang sedikit untuk cari bahan. Dapat pun banyak tu aje la.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...