Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

March 31, 2011

Perjalanan ~ Se7endays

“ Lagu apa tu? Macam lagu orang mati je…”
“ Lagu orang mati kau kata? ba….. ”. Saya terdiam. Mulanya terlintas untuk mengutuk. Nyaris saja melanggar azam usia 21 ini. Huh!
Kutukan itu akhirnya berganti dengan tawa. Jadi kami menghadap set nasi minyak percuma itu dengan butiran nasi yang terpelanting keluar dari sempadan bibir.

Saya menyokong sedikit pendapat rakan serumah; lagu yang saya pasangkan itu sememangnya suram. Namun hati ini mendesaknya mahukannya.

March 29, 2011

Inilah Tarikhnya, Inilah Waktunya

Gambar Hiasan
Kerisauan menyengat. Rasa cemas mendepani pemikiran. Ombak debaran  gulung gemulung menghempas tebing hatinya. Peluh dingin berputik, bercantum sesama sendiri sebelum menuruni wajah menuju ke bucu dagu.
“ Berdoalah agar anak yang bakal lahir itu adalah lelaki. Kekanda memerlukan seorang putera untuk menerajui kerajaan ini.” ujar sultan itu perlahan seakan berbisik kepada Panglima Tharhan, adindanya. Dia juga turut sama berkongsi kerisauan, namun pasti saja tidak sekencang debaran seorang bapa di dadanya.
“ Bagaimana jika anak itu perempuan? ”
Kata-kata adindanya itu langsung tidak membantu dalam menenangkan naluri kebapaannya, namun berhasil memberikan buah fikiran kepada Sultan Murad untuk menemukan jalan mendapatkan ketenangan.

March 27, 2011

Bukan SATU, Tapi DUA !!

Gambar Hiasan
Tangannya di hulur, meminta Digital Single Lens Reflex(DSLR) D60, kamera milik rakan serumah yang saya gunakan sebagai memenuhi amanah menjadi exko multimedia malam itu.
“ Sekarang ni orang pakai DLSR macam pakai apa ja. Bersepah, macam DSLR tu barangan percuma beli sabun,” ujar saya sebagai muqaddimah celoteh.
“ Haa, tu aaa. Dulu orang pakai sibuk orang cari kamera digital. Sekarang kamera ni pulak,” balas Khairul, pangkat senior kepada saya.
“ Bukan murah benda ni. Bila ana fikir semula, mana laa depa semua ni dapat duit. Kenapa orang-orang yang tak ada fikrah(kefahaman) yang banyak duit? ….”

March 24, 2011

Di Larang Menjadi Buih Yang Kotor

Kuantiti tanpa kualiti
364, 046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dahulunya cuma 347, 443.

Beza hampir 17, 000 orang.

Manakala 7, 987 mendapat A(termasuk A+, A, A-), berbanding 6,277 sebelumnya.

Hampir 2, 000 orang pula bezanya.

MasyaAllah, banyaknyaaa. Hebat sungguh mereka semua.

Tapi sebenarnya, saya tak tahu apa yang harus saya rasakan.

Perlu bergembirakah? Terasa sukar kerana kerisauan juga menggamit minda.

March 23, 2011

Pedagang Minyak Wangi yang Terbakar Pakaian

Gambar Hiasan
Tiga minggu berturut-turut kami mengerah usaha mencari rumah sewa.

Ke sana sini, mana saja lorong di kebisingan kota kami masuk, demi mencari rumah yang sesuai dengan selera dan poket.

Tahun ketiga pengajian, kami diwajibkan menghuni kediaman luar, setelah empat semester menghirup keselesaan di bawah kelolaan kediaman universiti.

Beberapa yang ditemui, namun masih tiada yang pasti.

Mahukan rumah sekitar RM 4++ lengkap berkemudahan, dekat Bandar Melaka ? Bertuah badan kalau ketemu yang sepadan dengan rasa.


March 22, 2011

Terima Kasih ~ Vagetoz

Gambar Hiasan
Tiba-tiba terkesan dengan liriknya. Mungkin kerana sudah lama tidak cuba mencari erti pada syukur yang sering diucapkan.

Dahulunya sering saja mengucap terima kasih atas kurniaan dengan bahasa ibunda.

Pohon keegoan itu menjalar kukuh pada akarnya tanpa saya sadari. Mungkin kerana tiada faham pada kata yang terucap.

Syukurlah, Kau bangkitkan aku semula dari lenaku; dengan lagu ini.


March 21, 2011

Harapan yang digarapkan

Gambar Hiasan
“ Eh, ghazi clump tu maksudnya apa? ”
“ Kan ada kat blog tu.. ”
“ Eh ada ke? ”
“ Adaaa. Masa mula-mula set up blog ana dah buat dah benda tu. Tengok kat pages, admin. ”
Mungkin anda sudahpun menekan butang Admin tersebut, dan menelaah isinya. Jika belum, itu sepenuhnya hak mutlak anda, dan tiada pula hak buat saya memaksa.

March 18, 2011

Syahwat, Puasa & Dot Dot Dot

Gambar Hiasan
Kentang putar itu tersuap lembut ke bibir. Set Delight B yang saya pesan ditangguhkan 15 minit. Meneka kerana ayamnya belum di goreng, saya redha menamatkan riwayat kentang putar itu sendirian.

“ Zul, ana nak tanya sikit la. Berkenaan nafsu ni.”ujar saya, atas cubaan membawa suasana perbualan ke zon pemikiran dewasa.

Zul memandang, alisnya di balik kaca mata jelas terbeliak. Namun masih menyumbat ayam ke dalam mulut, menelan, sebelum memberikan reaksi buat pernyataan saya.

“ Ohoo, itu yang tulis kat dalam blog tu ? Haa, kenapa ? ”.


March 16, 2011

Mungkin Mereka Melakukannya

Gambar Hiasan
Mac 11, 2011, 2.46 petang (0546 GMT).

Tika itu jarak bulan dan bumi sekitar 354,507 kilometer yang sepatutnya hanya 384,403 kilometer pada hari-hari biasa (beza sekitar 30, 000 kilometer).

Manakala daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi.

Teori itu terbukti.

Gegaran pertama berlaku kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo.

March 14, 2011

Jawab Kerana Tanggungjawab

Gambar Hiasan
“ Daus, kenapa kau kurus sangat aa ? "
Saya menoleh, memakukan mata kepada wajah penyoal itu. Soalannya yang saya kira sengal itu memburukkan lagi mood saya yang sedia tak baik pagi itu.
“ Kalau aku kurus pun kenapa ? Aku tak solat ke kalau aku kurus ? ”
“ …..”
“ Eyy, ape bende kau ni. Orang tanya lain, jawab lain pulak. “
“ Yelah, yang kau sibuk-sibuk tanya benda sengal macam tu kenapa? Badan aku kurus macamanepun, bukannya aku tak solat. "
" Lantak la badan aku nak macamana bentuk pun, yang penting aku buat kewajipan aku! ", jawab saya beremosi. 

March 13, 2011

Rapuh ~ Opick

Gambar Hiasan
Bukak tv3 sekarang. Ada lagu Opick kat cerekerama tu. Nanti bagi kat aku.”
“ Ooo, kau. Dulu kutuk aku bukan main lagi sebab aku suka lagu Opick. Kata aku villagers la, itulah , inilah. Jangan harap aku nak bagi. ”
“ Haha. Alaa, bukak ajelah.”
Beberapa minit peti mesej kami tidak sunyi menyambut mesej baru yang datang.

Keinginan untuk tahu yang kuat menggagahkan saya untuk menempuh jalan cerita yang hambar dan boleh dijangka, kualiti lakonan dan dialog yang tidak memuaskan langsung pada cerekerama malam itu.

March 11, 2011

Sihat Menjana Ligat

Gambar Hiasan
“ Siapa antara kamu yang bersenam pagi ni? ” soal Pak Anjang prihatin pada slot selepas sarapan pagi itu. Senyum dewasanya terukir riang.
Tiada reaksi positif. Yang ada hanyalah culaan mengenakan rakan dan gelak-gelak kecil.
“ Ada sesiapa?”
Suasana masih seperti tadi.
Tiada tangan yang di angkat, dengan mulut masih berbisik sesama sendiri, sesetengahnya masih melayan rasa mengantuk.
“ MACAMANA BOLEH TAK ADA ??! ”

March 8, 2011

Aduhh, Kenapa Ni ???

Gambar Hiasan
“ Kenapa rasa ingin mencari pasangan ini begitu kuat ?
“ Berombak ganas nampaknya syahwat ni. Semakin kerap pula rasanya.
“Aku memang perlukan pasangan.
“ Adakah semua lelaki yang berusia hampir 21 tahun merasakan gelojak jiwa yang sama ?
“ Bagaimana mereka menghadapinya ??

March 7, 2011

Tanya Sama Itu Hud-Hud ~ M.Nasir

Gambar Hiasan
Ruh perjuangan kini beralih pada semangat Melayu islam.

Maka, lagu-lagu yang benar-benar bersifat kemelayuan saya kejarkan.

Bunyi seruling, rebana dan gendang apabila bercampur dengan bahasa Melayu yang indah, memang mengasyikkan.

Darah kemelayuan ini mengalir deras saat mendengarnya, walau saya hanya Melayu pada bangsa, dan bukan keturunan.

Sifu industri muzik tanah air ini saya tabik.

March 5, 2011

Sudah Saya Hantarkan Buahnya Yang Ranum

Gambar Hiasan
Tika itu di dalam bas, bersiar di Putrajaya, setahun yang lampau.

Secangkir Teh, Pengubat Letih.

Mata ini berkaca-kaca tika meneliti kisah dari dalam salah sebuah buku kesayangan itu.

Saya dapatkannya setelah selesai membaca Rindu Bau Pohon Tin; catatan yang menjadi asbab cinta saya pada sejarah, idola, dan buku. Terima kasih pada-Mu, ya tuhan.

Bermaksud untuk berkongsikan hidayah, salah sebuah kisah yang menjadi sebuah bab dalam buku tersebut saya lampirkan.

March 3, 2011

Berubah ~ EdCoustic

Gambar Hiasan
Telinga ini sudah ingin bertukar selera pendengarannya.

Meski sukar mencari pengganti, namun lagu Opick, Mestica, dan beberapa lagi lagu yang biasa menjadi peneman sunyi kini sudah tidak begitu terkesan pada emosi hati.

Menggitari panel kekunci komputer riba, saya akhirnya menemukan keputusan untuk memuat turun sebilangan lagu yang akhirnya menjadi peneman setia sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Liriknya manis dan ringkas.

Dengarkan.

Dendam Sampai Jahannam

Gambar Hiasan
“ Tapi aku belum solat. Lagipun sekarang dah pukul sembilan lebih. Kedai tutup pukul sepuluh. Mana nak sempat…”
“ Kau nak ke tak nak ??”
“ Kalau kau tak nak, kau pergi balik bilik, pergi tidur !” Arah Ariff.
“ Err, nak…”
“ Kalau kau nak, kau pergi pakai baju, start motor, pergi kedai depan. Setel.”
“ Esok kau meniaga.”
Tersentak.

Dikejutkan oleh rakan yang jelas lintang pukang solatnya? Sungguh mengujakan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...