Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

March 8, 2011

Aduhh, Kenapa Ni ???

Gambar Hiasan
“ Kenapa rasa ingin mencari pasangan ini begitu kuat ?
“ Berombak ganas nampaknya syahwat ni. Semakin kerap pula rasanya.
“Aku memang perlukan pasangan.
“ Adakah semua lelaki yang berusia hampir 21 tahun merasakan gelojak jiwa yang sama ?
“ Bagaimana mereka menghadapinya ??

Melihat rakan sebaya bercumbu kata dengan ' isteri haramnya ' cukup untuk membakar kemenyan kecemburuan ini. Bau sengitnya menggigit.

Apatah lagi bergambar dan menghabiskan masa bersama.

Walau menyedari salah silapnya, tapi sememangnya sukar melawan rasa.

Hampir dua bulan saya di gitari permasalahan ini.

Menggunakan kaedah cuba jaya, membuatkan saya beberapa kali berkhalwat dari khalayak ramai dan tersungkur sendirian.

Bila merujuk kepada mereka yang tidak dikurniai pemahaman, mendapatkan bahan lucah adalah jawaban mereka; meski bukan itu yang mereka nyatakan.

Namun syukur. Saya dikurniai jalan keluar yang menenangkan.

Membaca qalam tuhan dan sabda nabi menemukan saya jawapan tepatnya. Hamdulillah.

Allah mengatakan sebagai maksudnya :
"..Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendakah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya.."  (Quran 24:33)
Nabi saw pula menjelaskan maksud Allah perihal cara menjaga kehormatan sebagai :
"..barangsiapa yang tidak mampu kahwin, hendaklah dia puasa kerana dengan puasa, hawa nafsunya terhadap perempuan akan berkurang.."

Hah.

Dah tak mampu, puasa ! Tunggu sampai Allah bagi kemampuan.
" Bila usaha menolak godaan semakin giat, sebenarnya Allah menjadikan jarak dengan si dia semakin dekat, berkatnya berlipat-lipat, bertindan-tindan rahmat. InsyaAllah. "

Demikian nasihat seorang kakak, berprinsip.


Nah, persetan sama kau, hai Syahwat !



Mac 8, 2011, Auditorium Kampus Bandar, Jalan Hang Tuah.

7 comments:

izzat said...

Salam..
waaaaaaaaaaa!mslh kita sama..
jom usaha mencari kewangan dr sekrg spya kita mampu!

mohd Lamka said...

lahtahzan maa'na,,,,,(n_n)

hafizah nasruddin said...

hahaha,, nice,, ^^

admin said...

lamka: laa tahzan,inallaaha ma'ana(jangan bersedih, sesungguhnya ALlah bersama kita).
izzat : cari kewangan sama tak apa, jangan cari calon sama.haha
hafizah : gelak plak.orang seroyus ni..

hafizshapiee said...

asalamualaikum~
subhanaAllah... Allah sentiasa memberikan kita jalan keluar ketika kita susah... ni dah mula ada semangat nak mula berpuasa isnin dan khamis... semoga Allah memberkati kita semua~ ^^

tikus kecil banyak makan said...

aku rse ko cukup kuat nk hadapinya...=)

admin said...

kuat? dah ketaq habih da ltut ni..niway thanks, HE knows the rights to let me have this kind of test..AllahuAkbar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...