Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

March 16, 2011

Mungkin Mereka Melakukannya

Gambar Hiasan
Mac 11, 2011, 2.46 petang (0546 GMT).

Tika itu jarak bulan dan bumi sekitar 354,507 kilometer yang sepatutnya hanya 384,403 kilometer pada hari-hari biasa (beza sekitar 30, 000 kilometer).

Manakala daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi.

Teori itu terbukti.

Gegaran pertama berlaku kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo.

Ombak  susulan setinggi 10 meter melanda dan memusnahkan bandar Sendai, Utara Jepun, juga beberapa pantai termasuk di timur laut Miyagi di Pulau Honshu.

Enam kes kebakaran pula dilaporkan di Tokyo.

Diikuti kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu, mengakibatkan empat juta kediaman terputus bekalan elektrik, selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.


Gempa kedua dan seterusnya pula menyusul sekuat 7.1 skala richter.


Berpegangkan kepada cause oriented , maka tiada layaknya saya membicarakan perkara yang tidak saya rasai atau lakukan.

Namun beberapa kali menelan ayat dari Naskhah Hijau itu, menemukan saya pada kesimpulan pasti berkenaan insiden hitam yang melanda Jepun tempoh hari.
“..Dan kami tidak membinasakan sesuatu negeri, kecuali setelah ada orang-orang yang memberi peringatan kepadanya..” (Quran 26:208)
“..Untuk (menjadi) peringatan. Dan Kami tidak berlaku zalim..” (Quran 26; 209)











Mungkin begitulah yang berlaku pada masa Nuh a.s saat baginda didustakan oleh keegoan kaumnya yang galak menentang risalah kenabian yang dibawanya.

Hanya kerana pengikutnya orang-orang miskin dan tidak ternama.

Mungkin kerana itu; utusan Allah di Jepun didustakan. Kerana amaran tentang kebenaran ditongsampahkan.

Namun sekadar sangkaan semata. Kerana memahami sejarah pastikan berulang.

Apa yang pasti, ada hidayah yang ingin Allah sampaikan dengannya.
“.. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda(kekuasaan Allah), tetapi kebanyakan mereka tidak beriman..”(Quran 26; 121)

Sumber foto : kulanzsalleh.com


Mac 15, 2011, Auditorium Blok D, Melaka

3 comments:

hafizah nasruddin said...

ade sebab Allah berikan bencana,, kat m'sia ni,, bile2 mase je bencana alam yang maha hebat akan datang,, subhanallah,,

admin said...

yepp, tunggu turn ja msia ni. masa tulah entri SIHAT MENJANA LIGAT akan bermakna.mudah2an

Nurfarahana Abdul Aziz said...

kuasa Allah mmg tiada tandingan...subhanallah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...