Hold

"..dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan. ." .." (2:191)

December 9, 2011

Ada 'Bran' Ka ? : Finale


Persepsi belajar mestilah kita lihat semula.

Kebanyakan orang belajar berorientasikan peperiksaan. Itu fesyen sekarang. Maka dah dekat-dekat nak peperiksaan nanti baru belajar. Boleh juga begitu. Tapi bukan itu yang terbaik. Kita pun ada hari peperiksaan besar yang Allah anjurkan nanti. Hari Akhirat nama popularnya. Cuma bezanya, kita tak boleh nak belajar bila dah dekat-dekat nak akhirat  nanti sebab tarikh sebenarnya pun cuma Allah yang tahu.

Allah suruh kita beramal berorientasikan hari akhirat; dengan pra-peperiksaannya adalah soalan-soalan Munkar dan Nakir. Masa hari akhirat nanti semua benda akan disetelkan urusannya. Perkara sebesar zarah pun akan dihitungkan. Tahu zarah? Particle tu zarah la tu.

Gempak tak gempak la penelitian Allah kan. Kita ni zarah pun tak nampak, apatah lagi nak mengira. Yang Nampak jelas pun terkadang kita gagal untuk kira! Jadi jangan nak berlagak sombong dengan Allah.
“..dan jika kamu melahirkan apa yang ada dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, pasti Allah berdaya menghitung dan menyatakannya kepada kamu..” (2:284)


November 29, 2011

Ansar Muhajirin - Muadz, Akbar, Dak Nie

Hati sudah tertawan sejak pertama kali mendengarkan lagu ini. Liriknya, suaranya, intonasinya. Benar-benar menggamit. Tapi hanya selepas beberapa lama, barulah Allah mengizinkan saya untuk memilikinya sendiri.

Dengarlah. Telitilah. Carilah makna darinya.


Nabi dan Asma’ beriringan dalam bahasa yang sama
Melihat ke depan dengan pandangan tulus
Memandang ke belakang dengan fikiran dan pasir yang jerlus
Melingkari kerajaan hati dalam keadaan yang sangat lurus
Menjelma rasa sedih yang amat
Tanah yang menemukan anak dan isteri ditinggalkan…
Al Mukarramah…
Pasti suatu hari nanti akan kembali membawa kejayaan…
Insya Allah… 

November 19, 2011

Ada 'Bran' Ka ? part 1


Peperiksaan di Malaysia seringkali gagal berfungsi mencetuskan suasana tegang dan tertekan seperti yang sepatutnya. Berpunca dari gaya ‘Tidak Mahu Tahu’ atau ‘Buat-buat Tak Nampak’ si pengawas peperiksaan, maka si culas pun memulakan agenda kotornya, menguis perhatian sahabat berhampiran untuk memohon bantuan jawapan.

Maka sahabat yang kononnya ‘Baik Hati’ itu pun mengunjurkan atau meninggikan sedikit kertas jawapannya, memberi isyarat badan sekiranya perlu untuk menyampaikan bantuan yang di pinta sahabatnya yang kurang bernasib baik tadi.

Bila keputusan diumumkan, berbahagialah para peniru dengan tuaian hasil kerja jijiknya itu. Tidak perlu bersungguh dalam belajar, kerana peperiksaan bukanlah suatu masalah untuk di hadapi. Malah berbangga dengan usaha tersebut, di canangnya kejayaan itu dengan rasa tidak tahu malu di hadapan orang. Trofi, sijil, wang atau apa saja yang dimiliki hasil dari kejayaan meniru di gantung, di pertonton kepada umum. Lumrah akhir zaman. Berbangga dengan kesilapan, malu dengan kebenaran.

November 9, 2011

sayang = terima kasih = SYUKUR


“ Alahh. Rosak pulak..” Amir duduk membetulkan zip begnya yang rosak.

Saya menjeling. Mengerlingkan mata pada beg tersebut sebentar, kemudian bersuara.

“ Buang ajelah beg tu Mir..Engkau pun banyak dah beg.”

“ Sayang doe beg ni.” Beg percuma yang didapatinya dari program sukan antara fakulti itu masih lagi diusahakan kesembuhannya.

“ Hah, sayang sangat harta. Dah tak boleh pakai, buang ajelah. Bukan kau tak ada beg lain pun. Tu beg kau yang lain tu. Bukan guna pun !” sambung saya memuncungkan mulut, mengarah kepada susunan begnya yang menimbun.


June 7, 2011

Hari Belia; Hari Mata Belia Menjadi Beliak !

Kemanakah ikon wanita Melayu yang biasanya bertudung?
“ Untuk pengetahuan hadirin sekalian, bajet tahun ini telah berkurangan dari tahun lepas. Kalau dulu, kita bagi enam kali sehari untuk makan. Sekarang berkurangan menjadi empat kali sahaja.”
Pernyataan tersebut disambut dengan keluhan ketara dari para peserta. Meski jumlah peserta hanya sekitar 400 orang, berkurangan hampir 200 orang, namun keluhan itu tetap ketara menggema di dewan Kolej Kediaman Kelima Universiti Pertanian Malaysia itu.
Dato Seri Najib sendiri menyasarkan sejuta orang belia akan berkumpul di bangunan pentadbiran kerajaan di Putrajaya. Saya pula ingin melihat apakah bentuk usaha yang dilakukan untuk mengumpulkan belia seramai itu dari seluruh Malaysia.

May 23, 2011

Perang Dah Tamat ~ Malique feat Rabbani

Harakah AlMuqowwamah Al- Islamiyyah (HAMAS)
“ Lepas ni kita nak buat apa?.. Eh susahnya nak cari parking kat sini. Aku rasa Fauzi tu dah silap jalan laa..Lepas ni kau teman aku pergi buat lesen ea? Tak ingat aku lesen dah mati. Kalau..” 
“ Diam ! Sorry la, tapi aku nak dengar lirik dia…”. Tangan ini mencari butang pengawal tahap isipadu suara. 
Amri diam. Saya pula meneruskan perkara yang hampir mustahil itu; cuba mencari faham dari suara radio yang tenggelam dek kebisingan kota. 

May 3, 2011

Antara Terpercaya & Terpedaya

Gambar Hiasan
“ Obama cakap..”
Saya pula melakukan pertanyaan berulang, membongkar keyakinan dalam kata-kata Isman tadi. Nampaknya dia yakin benar.

Maafkan aku saudaraku, sungguhpun kamu tidak pernah menipu aku, tapi aku hanya boleh berpegang 10% dari berita yang kamu bawakan itu. Taufan fitnah yang kerap melanda sangat memaksa. Dan aku percaya akan suatu perkara yang lain.

Namun benarkah begitu? Benarkah berita itu?
***



April 30, 2011

Permata Hijjaz 1431 H

Gambar Hiasan
“ Tak sedap pun..kau memang takde taste ! ” kata Razi ketika saya menyajikan lagu-lagu baru yang menjadi penghuni baru koleksi external Seagate itu.
Beberapa hari kemudian, dia datang ke bilik saya.
“ Wey, tadi pagi aku ada dengar lagu best dari bilik kau. Bagi aku..”
“ Mana ada, lagu aku kan semuanya tak best. Aku kan memang takde taste. Semua lagu orang mati...”
“ Hahaha. Ada satu lagu tu. Aku ada dengar pagi tadi. Mana? Cepat bukak..”

April 28, 2011

Di Sebalik Tudung, Kasut, dan Empati

Gambar Hiasan
 “ Panasnyaa..Panas dia mencengkam siott. Gila ah Terengganu.”
Ahli sekretariat saya sekadar mendiamkan diri, sesetengahnya tersenyum. Kami membuat lawatan diplomasi selama dua hari ke salah sebuah universiti utama di Terengganu. Jadi aktiviti menziarahi kawasan-kawasan terkenal di sana menjadi keutamaan kedua selepas menyelesaikan misi utama.
“ Selalu aku terfikir.. Macamana la muslimat ni semua boleh stand to use those hijab. Kita yang dok pakai camni(pakaian formal majlis rasmi) pun dah rasa rimas."
“ Padahal kain depa tu bukannya yang jenis nipis. Semua yang jenis legap punya. Tebal semacam. Kita ni boleh la lepaskan butang kalau panas. Depa tu? Tudung labuh bukan tutup tengkuk ja, siap dengan dada sampai ke perut. Dahsyat tol aa..”
Bebelan yang berhasil dari usaha berempati(*empathy) itu  terus berkumandang, mengukir sengih pada para pendengar yang terperangkap dengan situasi. “ Padan muka. Siapa suruh jalan dengan aku. Kan dah kena ceramah. Haha...”

April 14, 2011

Betulkan yang Biasa, Biasakan yang Betul

Gambar Hiasan
Sekumpulan kanak-kanak memanjat mercu tanda berbentuk separa bulat itu, memegang kuat, mengira sehingga tiga, sebelum menggelongsor ke bawah dan ketawa gembira.

Di kejauhan, kelihatan keputihan kopiah di bawah khemah. Kerusi yang tersusun itu masih banyak rongganya.

Empat buah khemah putih terpasak teguh memayungi hadirin di hadapan pentas Dataran Keris, Alor Gajah itu.

Kami mengikut selera Azam, mahukan lokasi yang menghadap terus ke hadapan pentas. “Kalau tak, tak puas doe.” ujarnya.

Ringan di Badan, Berat di Mizan. Demikian tajuk perbahasan.

April 11, 2011

Fesyen Kebatilan & Fesyen Kebenaran

Gambar Hiasan
“ Perlukah kita jadi baik untuk dapat zuriat baik? ”
“ Aaaaaa..Perlu.”
“ Perlu ek? Kenapa? ”
“ Yelah, nak didik anak-anak..”
Berpusing-pusing saya di atas kerusi di bilik mesyuarat tersebut. Persoalan seperti itu saya ajukan demi melihat pendapat dan pegangan senior yang lebih dahulu di pilih tuhan menjadi jundi-Nya itu.

Bait-bait kehidupan semasa di institusi sebelumnya menyingkap tirai kenangan: felo di sana pernah juga bersyarah mengenai hal yang lebih kurang sama ruang lingkupnya.
“ Tapi, ada je anak-anak orang baik-baik(ustaz ustazah) yang perangai teruk..”

April 6, 2011

Azimat Ibunda ~ FAReAST

Gambar Hiasan
Siling putih kosong itu di pandang dengan pandangan kosong. Mengagau-gagau tangan mencari tetikus buat mematikan penggera yang berdentang seperti yang ditetapkan.

Sesekali menjeling ke arah jam di desktop.

5.13 minit pagi.

“ Malasnyaaa nak bangun..”. Kemahuan itu di turuti, mengakibatkan hampir jam tujuh barulah subuh berjaya ditunaikan.

April 4, 2011

Aku Pergi Sebab....

Gambar Hiasan
Naskhah hijau itu terbuka dengan jejari Ibu, Telunjuk, Hantu, Manis dan Kelingking sebagai mekanisma penahan.

Tali merah penanda bacaan terselak keatas angkara jejari di tangan kiri yang memain peranan. Berbekalkan sedikit niat mencari naungan Tuhan, ilmu bacaan dipertaruhkan seadanya; menghadam makna sepotong qalam Tuhan.

Permukaan jalan yang tidak rata menyebabkan lensa mata ini beberapa kali terlepas tumpuan.

Sekali tertangkap nokhtah di akhir ayat, lensa itu segera memandang jauh menembus saujana ciptaan Illahi, melepasi kaca yang menjadi perantara.

Saat terasa suara jiwa yang gembira di kurnia sedikit faham, potongan ayat seterusnya menjadi santapan.


April 1, 2011

Sanggup ?

Gambar Hiasan
“ Farid, kau ada cerita Cuti-Cuti Cinta?”
“ Ada. Tapi cerita tu tak best la. Baik kau tak payah tengok. ”
“ Kau mana boleh cakap macam tu Farid,” celah saya, bersuara. “ Best ke tak semua tu kan subjektif. Kau rasa tak best, itu pendapat kau. Mana tau si Mirul suka cerita tu. Camane? ”
“ Masalahnya cerita tu memang tak best ! Lainlah kalau best…pot pet…pot pet…”
Ayatnya pedas seperti biasa. Kepalanya juga keras seperti biasa.

March 31, 2011

Perjalanan ~ Se7endays

“ Lagu apa tu? Macam lagu orang mati je…”
“ Lagu orang mati kau kata? ba….. ”. Saya terdiam. Mulanya terlintas untuk mengutuk. Nyaris saja melanggar azam usia 21 ini. Huh!
Kutukan itu akhirnya berganti dengan tawa. Jadi kami menghadap set nasi minyak percuma itu dengan butiran nasi yang terpelanting keluar dari sempadan bibir.

Saya menyokong sedikit pendapat rakan serumah; lagu yang saya pasangkan itu sememangnya suram. Namun hati ini mendesaknya mahukannya.

March 29, 2011

Inilah Tarikhnya, Inilah Waktunya

Gambar Hiasan
Kerisauan menyengat. Rasa cemas mendepani pemikiran. Ombak debaran  gulung gemulung menghempas tebing hatinya. Peluh dingin berputik, bercantum sesama sendiri sebelum menuruni wajah menuju ke bucu dagu.
“ Berdoalah agar anak yang bakal lahir itu adalah lelaki. Kekanda memerlukan seorang putera untuk menerajui kerajaan ini.” ujar sultan itu perlahan seakan berbisik kepada Panglima Tharhan, adindanya. Dia juga turut sama berkongsi kerisauan, namun pasti saja tidak sekencang debaran seorang bapa di dadanya.
“ Bagaimana jika anak itu perempuan? ”
Kata-kata adindanya itu langsung tidak membantu dalam menenangkan naluri kebapaannya, namun berhasil memberikan buah fikiran kepada Sultan Murad untuk menemukan jalan mendapatkan ketenangan.

March 27, 2011

Bukan SATU, Tapi DUA !!

Gambar Hiasan
Tangannya di hulur, meminta Digital Single Lens Reflex(DSLR) D60, kamera milik rakan serumah yang saya gunakan sebagai memenuhi amanah menjadi exko multimedia malam itu.
“ Sekarang ni orang pakai DLSR macam pakai apa ja. Bersepah, macam DSLR tu barangan percuma beli sabun,” ujar saya sebagai muqaddimah celoteh.
“ Haa, tu aaa. Dulu orang pakai sibuk orang cari kamera digital. Sekarang kamera ni pulak,” balas Khairul, pangkat senior kepada saya.
“ Bukan murah benda ni. Bila ana fikir semula, mana laa depa semua ni dapat duit. Kenapa orang-orang yang tak ada fikrah(kefahaman) yang banyak duit? ….”

March 24, 2011

Di Larang Menjadi Buih Yang Kotor

Kuantiti tanpa kualiti
364, 046 calon lulus Sijil Pelajaran Malaysia. Dahulunya cuma 347, 443.

Beza hampir 17, 000 orang.

Manakala 7, 987 mendapat A(termasuk A+, A, A-), berbanding 6,277 sebelumnya.

Hampir 2, 000 orang pula bezanya.

MasyaAllah, banyaknyaaa. Hebat sungguh mereka semua.

Tapi sebenarnya, saya tak tahu apa yang harus saya rasakan.

Perlu bergembirakah? Terasa sukar kerana kerisauan juga menggamit minda.

March 23, 2011

Pedagang Minyak Wangi yang Terbakar Pakaian

Gambar Hiasan
Tiga minggu berturut-turut kami mengerah usaha mencari rumah sewa.

Ke sana sini, mana saja lorong di kebisingan kota kami masuk, demi mencari rumah yang sesuai dengan selera dan poket.

Tahun ketiga pengajian, kami diwajibkan menghuni kediaman luar, setelah empat semester menghirup keselesaan di bawah kelolaan kediaman universiti.

Beberapa yang ditemui, namun masih tiada yang pasti.

Mahukan rumah sekitar RM 4++ lengkap berkemudahan, dekat Bandar Melaka ? Bertuah badan kalau ketemu yang sepadan dengan rasa.


March 22, 2011

Terima Kasih ~ Vagetoz

Gambar Hiasan
Tiba-tiba terkesan dengan liriknya. Mungkin kerana sudah lama tidak cuba mencari erti pada syukur yang sering diucapkan.

Dahulunya sering saja mengucap terima kasih atas kurniaan dengan bahasa ibunda.

Pohon keegoan itu menjalar kukuh pada akarnya tanpa saya sadari. Mungkin kerana tiada faham pada kata yang terucap.

Syukurlah, Kau bangkitkan aku semula dari lenaku; dengan lagu ini.


March 21, 2011

Harapan yang digarapkan

Gambar Hiasan
“ Eh, ghazi clump tu maksudnya apa? ”
“ Kan ada kat blog tu.. ”
“ Eh ada ke? ”
“ Adaaa. Masa mula-mula set up blog ana dah buat dah benda tu. Tengok kat pages, admin. ”
Mungkin anda sudahpun menekan butang Admin tersebut, dan menelaah isinya. Jika belum, itu sepenuhnya hak mutlak anda, dan tiada pula hak buat saya memaksa.

March 18, 2011

Syahwat, Puasa & Dot Dot Dot

Gambar Hiasan
Kentang putar itu tersuap lembut ke bibir. Set Delight B yang saya pesan ditangguhkan 15 minit. Meneka kerana ayamnya belum di goreng, saya redha menamatkan riwayat kentang putar itu sendirian.

“ Zul, ana nak tanya sikit la. Berkenaan nafsu ni.”ujar saya, atas cubaan membawa suasana perbualan ke zon pemikiran dewasa.

Zul memandang, alisnya di balik kaca mata jelas terbeliak. Namun masih menyumbat ayam ke dalam mulut, menelan, sebelum memberikan reaksi buat pernyataan saya.

“ Ohoo, itu yang tulis kat dalam blog tu ? Haa, kenapa ? ”.


March 16, 2011

Mungkin Mereka Melakukannya

Gambar Hiasan
Mac 11, 2011, 2.46 petang (0546 GMT).

Tika itu jarak bulan dan bumi sekitar 354,507 kilometer yang sepatutnya hanya 384,403 kilometer pada hari-hari biasa (beza sekitar 30, 000 kilometer).

Manakala daya graviti bulan adalah sangat kuat dan dikhuatiri boleh mencetuskan bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi.

Teori itu terbukti.

Gegaran pertama berlaku kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo.

March 14, 2011

Jawab Kerana Tanggungjawab

Gambar Hiasan
“ Daus, kenapa kau kurus sangat aa ? "
Saya menoleh, memakukan mata kepada wajah penyoal itu. Soalannya yang saya kira sengal itu memburukkan lagi mood saya yang sedia tak baik pagi itu.
“ Kalau aku kurus pun kenapa ? Aku tak solat ke kalau aku kurus ? ”
“ …..”
“ Eyy, ape bende kau ni. Orang tanya lain, jawab lain pulak. “
“ Yelah, yang kau sibuk-sibuk tanya benda sengal macam tu kenapa? Badan aku kurus macamanepun, bukannya aku tak solat. "
" Lantak la badan aku nak macamana bentuk pun, yang penting aku buat kewajipan aku! ", jawab saya beremosi. 

March 13, 2011

Rapuh ~ Opick

Gambar Hiasan
Bukak tv3 sekarang. Ada lagu Opick kat cerekerama tu. Nanti bagi kat aku.”
“ Ooo, kau. Dulu kutuk aku bukan main lagi sebab aku suka lagu Opick. Kata aku villagers la, itulah , inilah. Jangan harap aku nak bagi. ”
“ Haha. Alaa, bukak ajelah.”
Beberapa minit peti mesej kami tidak sunyi menyambut mesej baru yang datang.

Keinginan untuk tahu yang kuat menggagahkan saya untuk menempuh jalan cerita yang hambar dan boleh dijangka, kualiti lakonan dan dialog yang tidak memuaskan langsung pada cerekerama malam itu.

March 11, 2011

Sihat Menjana Ligat

Gambar Hiasan
“ Siapa antara kamu yang bersenam pagi ni? ” soal Pak Anjang prihatin pada slot selepas sarapan pagi itu. Senyum dewasanya terukir riang.
Tiada reaksi positif. Yang ada hanyalah culaan mengenakan rakan dan gelak-gelak kecil.
“ Ada sesiapa?”
Suasana masih seperti tadi.
Tiada tangan yang di angkat, dengan mulut masih berbisik sesama sendiri, sesetengahnya masih melayan rasa mengantuk.
“ MACAMANA BOLEH TAK ADA ??! ”

March 8, 2011

Aduhh, Kenapa Ni ???

Gambar Hiasan
“ Kenapa rasa ingin mencari pasangan ini begitu kuat ?
“ Berombak ganas nampaknya syahwat ni. Semakin kerap pula rasanya.
“Aku memang perlukan pasangan.
“ Adakah semua lelaki yang berusia hampir 21 tahun merasakan gelojak jiwa yang sama ?
“ Bagaimana mereka menghadapinya ??

March 7, 2011

Tanya Sama Itu Hud-Hud ~ M.Nasir

Gambar Hiasan
Ruh perjuangan kini beralih pada semangat Melayu islam.

Maka, lagu-lagu yang benar-benar bersifat kemelayuan saya kejarkan.

Bunyi seruling, rebana dan gendang apabila bercampur dengan bahasa Melayu yang indah, memang mengasyikkan.

Darah kemelayuan ini mengalir deras saat mendengarnya, walau saya hanya Melayu pada bangsa, dan bukan keturunan.

Sifu industri muzik tanah air ini saya tabik.

March 5, 2011

Sudah Saya Hantarkan Buahnya Yang Ranum

Gambar Hiasan
Tika itu di dalam bas, bersiar di Putrajaya, setahun yang lampau.

Secangkir Teh, Pengubat Letih.

Mata ini berkaca-kaca tika meneliti kisah dari dalam salah sebuah buku kesayangan itu.

Saya dapatkannya setelah selesai membaca Rindu Bau Pohon Tin; catatan yang menjadi asbab cinta saya pada sejarah, idola, dan buku. Terima kasih pada-Mu, ya tuhan.

Bermaksud untuk berkongsikan hidayah, salah sebuah kisah yang menjadi sebuah bab dalam buku tersebut saya lampirkan.

March 3, 2011

Berubah ~ EdCoustic

Gambar Hiasan
Telinga ini sudah ingin bertukar selera pendengarannya.

Meski sukar mencari pengganti, namun lagu Opick, Mestica, dan beberapa lagi lagu yang biasa menjadi peneman sunyi kini sudah tidak begitu terkesan pada emosi hati.

Menggitari panel kekunci komputer riba, saya akhirnya menemukan keputusan untuk memuat turun sebilangan lagu yang akhirnya menjadi peneman setia sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Liriknya manis dan ringkas.

Dengarkan.

Dendam Sampai Jahannam

Gambar Hiasan
“ Tapi aku belum solat. Lagipun sekarang dah pukul sembilan lebih. Kedai tutup pukul sepuluh. Mana nak sempat…”
“ Kau nak ke tak nak ??”
“ Kalau kau tak nak, kau pergi balik bilik, pergi tidur !” Arah Ariff.
“ Err, nak…”
“ Kalau kau nak, kau pergi pakai baju, start motor, pergi kedai depan. Setel.”
“ Esok kau meniaga.”
Tersentak.

Dikejutkan oleh rakan yang jelas lintang pukang solatnya? Sungguh mengujakan.


February 27, 2011

Banyak Janji, Berapa di Tepati ?

Klik untuk ke web rasmi KEMM 1511
“ Takpelah kalau tak dapat datang. Aku cadang nak pergi, insyaAllah. Nanti aku gitau apa yang aku dapat dari konvensyen tu. ”

Dengan pernyataan itu saya menutup perbualan dengan saudara saya mengenai Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melayu Islam Melaka.


Hamba punya esa, Tuan punya kuasa.

Manusia merencana, Tuhan melaksana.

Tanggal 29 Januari tersebut saya tersangkut di sebuah perkampungan usahawan di utara tanah air sekaligus menggagalkan rancangan saya untuk menghadiri konvensyen istimewa tersebut.

Kecil Lidah, Besar Hidayah

Gambar Hiasan
“ *Daeng Daus, awak tak nak pergi masjid ke?” soal bocah kecil itu kepada saya saat dia mendengar laungan keramat dari masjid berhampiran, namun hairan dengan saya yang masih duduk terpaku. 
“ Nak, nak. Kejap, sikit lagi. Awak dah ambik wudhuk ke? Pergi ambik dulu,” soal saya terpinga-pinga mencari alasan menyembunyikan rasa malu.
Melirikkan semula pandangan kepada komputer riba, senyuman gembira kebanggaan saya ukirkan, di sambut dengan pujian kepada Tuhan atas kurniaan kesedaran dari kanak-kanak sekecil itu. Hamdulillah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...